1st time order guna shopee food delivery. Biasa beli guna food panda je. Grab jarang-jarang guna sebab area rumah k.fiezz, grab tak nak hantar sampai ke rumah. Kena turun ke bawah. Alahhh malas nak turun. Itu yang tak berapa gemor order kat Grab. Lebih suka food panda dan panda mart kalau nak beli barang-barang kering. Tapi kat Food Panda, area rumah k.fiezz ni tak banyak pilihan. Jom cuba shopee food delivery pula.  Mr hubby buka shopee food delivery & try tengok kedai-kedai yang ada dalam tu..

Cari kedai yang ada jual kuih-muih untuk minum petang. Yesza,  mr hubby sejenis suka minum petang tapi k.fiezz sangat lah malas yea nak buat menu minum petang ni. haha. Jadi biasanya kalau nak minum petang, memang buka apps Food Panda, order kat situ. Sonang. hehe. Tapi yang ni kitaorang cuba order guna shoppe food delivery pula..Tengok banyak tak pilihan. Tengok punya tengok, eh banyak lah weiii..

Order Shopee Food Delivery


Apa lagi laju kitaorang order. Tak padan dengan tengah kuarantin, selera makan tetap onzz hokay. haha. Alhamdulilah, kitaorang bergejala ringan. Alhamdulillah bukan suka pula kena covid tapi alhamdulillah, gejala yang kitaorang alami tak teruk sangat.  

Berbalik pada cerita order menu minum petang kat shopee food delivery, kitaorang order - Kuih Keria, Putu Piring & Kuih Bakar dari satu kedai di Pantai Dalam. 

shopee food delivery

Tadaaa..kuih-muihnya...

shopee food delivery

Mahal sikit caj delivery dia tapi udah kena kuarantin, #redha je lah bayor sebab perut laporrr. hehe..

Bayar kena guna shopee pay saja. Jadi kena top up duit dalam shopee pay kita & lepas tu buat bayaran melalui shopee pay saja. 

Nak buat bayaran tu tak perlu top up banyak-banyak, masa nak bayar baru top up pun boleh. 


shopee food delivery

Ni beli kelapa pula guna shopee food delivery. hehe..


shopee food delivery

Caj penghantaran untuk ayor kelapa ni RM6..

Cepat Tak Penghantaran Guna Shopee Food Delivery Ni?


Cepat weii..Bak kata mr hubby, caj delivery mahai laju runner antor barang yang customer order. hehe..

Hat air kelapa tu memang laju. K.fiezz baru kejap order, eh tetiba runner dah sampai depan rumah nak hantar. Serius cepatnya..Terbaikkk gitu..

Berbaloi lah dengan caj delivery dia yang mahal tu.

Overall kuih-muih & air kelapa yang beli melalui shopee food delivery ni sedap & boleh ulang beli lagi..Eh cuma putu piring tu je rasa macam hangit sikit. Yang lain semua okey.

So lulus tak shopee food delivery ni?Harus lah lulus piawaian k.fiezz & mr hubby. Jadi tambah satu lagi platform untuk beli makanan secara online selepas food panda. 

MACAM-MACAM ADA KAT SHOPEE!!!

2 Comments

  1. wow bestnya..sy x pernha guna shopee delivery... limited sgt kt sini

    ReplyDelete
  2. Ada usha-usha shopee delivery ni . Tapi tak pernah guna

    ReplyDelete