Allah.. Dalam elak punya elak, jaga SOP. Bila Allah dah tetapkan kita antara insan terpilih untuk di uji kena penyakit COVID ni, tak boleh nak elak. Kita ikhtiar lah untuk sihat semula seperti biasa. K.fiezz pun tak jangka boleh terkena COVID. Cuma k.fiezz dah syak macam kena COVID sebab simptom yang berlarutan. Banyak perkongsian simptom covid yang duk lalu lalang kat facebook, instagram, tik tok. Dah hari-hari scroll kat sosial media ni, harus lah terbaca. Jadi masa k.fiezz alami simptom covid macam dalam senarai, cuba juga berfikiran positif tapi tak boleh sebab tanda covid tu obvious sangat tambah pula bila part demam k.fiezz & mr hubby lama sangat sampai 2-3 hari. Biasanya kalau dah makan ubat, sehari dua dah boleh elok semula. Ni berlarutan pula. 

K.fiezz share sikit simptom covid yang k.fiezz & mr hubby alami sebelum sah positif. 

KRONOLOGI SEBELUM DISAHKAN POSITIF COVID


7hb Mac 2022 -  K.fiezz dah start macam nak sakit tekak. K.fiezz singgah farmasi beli ubat sakit tekak. Tapi macam tak ada effect apa pun lepas makan 2 biji. Biasa k.fiezz sakit tekak, makan ubat difflam untuk sakit tekak, sekejap je dah elok. Yang ni tak yea. K.fiezz kalau sakit tekak je, memang cari kat farmasi ubat difflam sebab serasi & cepat elok..

8hb Mac 2022 - Bangun pagi, k.fiezz dah rasa perit tekak & badan rasa tak sedap. Macam nak demam. K.fiezz tak masuk pejabat. Mr hubby bawa ke klinik untuk check. Sebelum jumpa Dr, kena buat rtk dulu sebab simptom yang k.fiezz alami macam simptom covid. Sakit tekak & demam. Mr hubby demam & sakit kepala. K.fiezz & mr hubby buat rtk test. Dua-dua negatif.  Jumpa Dr & dapat ubat sakit tekak, demam, antibiotik & ubat batuk. Kitaorang dapat mc sehari. 

9hb Mac 2022 -   Sama juga, simptom yang k.fiezz & mr hubby alami tak nampak berkurang. Sakit tekak k.fiezz makin perit. Ulang semula ke klinik ambil mc lagi sehari..Mr hubby dapat kebenaran dari pejabat untuk kerja dari rumah sampai Jumaat. 

10hb Mac 2022 -  Masih sama. Demam, batuk, sakit tekak, tambah sakit kepala & hidung tersumbat pula. K.fiezz terus mohon cuti dengan bos dari Khamis - Isnin.. Bos pun cakap okey tapi dia ada mention suruh k.fiezz ulang lagi sekali test. Petang, k.fiezz & mr hubby buat saliva test & keputusan kat bawah ni. 


simptom covid, tanda covid

Mr hubby -ve & K.fiezz +ve. Adehhhh..Uwaaaa. K.fiezz nak positif lain, lain pula yang positif. Adeh..

Dah boleh agak keputusan k.fiezz positif sebab simptom yang k.fiezz alami ketara sangat macam tanda covid. Mr hubby masa ni simptom dia demam, sakit kepala & sakit sendi. 

11hb Mac 2022 -  Sakit tekak masih sama. Hidung tersumbat, batuk, demam on off. K.fiezz & mr hubby buat test pcr untuk confirm positif covid ke idak sebab saliva test k.fiezz positif. Mr hubby pun nak confirm juga walaupun saliva test dia negatif. Tapi mr hubby syak dia mesti positif sebab simptom sama & mr hubby alami juga sakit sendi, pening. Pening ni badan macam melayang..So tunggu keputusan keluar esoknya. Hati k.fiezz masa ni memang kuat cakap pcr test k.fiezz confirm positif sebab masa buat pcr test keadaan k.fiezz teruk dari mr hubby. Mr hubby 50-50. 

12hb Mac 2022 -  Dapat keputusan pcr test & jeng jeng, k.fiezz dan mr hubby positif. Dari keputusan pcr, bacaan k.fiezz lagi tinggi dari mr hubby. K.fiezz punya boleh merebakkan pada orang lain. Mr hubby punya bacaan rendah. So nurse minta k.fiezz & mr hubby tak terlalu rapat walaupun duk serumah. So start lah sorang tidur atas katil, sorang tidur kat lantai beralaskan toto. haha. Masa ni k.fiezz punya simptom sakit tekak dah berkurang, demam pun macam dah okey (cek suhu normal), batuk ada lagi.  Hidung tersumbat & sakit kepala dah okey. Legaaa. Tapi sebabkan result PCR baru keluar 12hb ni, update dalam Mysejahtera kena home quarantine dari 11hb Mac- 17hb Mac 2022. Terus inform bos k.fiezz ikut arahan MySejahtera, kuarantin untuk 7 hari. Bermulalah rutin hantar laporan kesihatan dalam MySejahtera 2x sehari sepanjang kena kuarantin ni sebab kitaorang dua-dua positif..

Keadaan terkini k.fiezz dah okey..Semua simptom dah tak ada kecuali batuk je kadang-kadang muncul terutama waktu malam time nak tidur.  Mr hubby pula simptom dia lepas dapat keputusan pcr, batuk, pening ada lagi & hidung tersumbat. Demam on off. Jadi makan je lah ubat yang Dr bagi. K.fiezz punya ubat setel (demam [ada baki 2 biji -tak makan sebab dah elok], antibiotik licin). hehe. Sebelum ni bila ke klinik sebab demam & dapat antibiotik, k.fiezz makan sebiji dua je. Hat yang ni habis weii. Risauuu... Nak cepat baik punya pasal. 


PENGALAMAN KENA COVID


Dah rasa covid ni macamana baru lah tahu rasa dia weii. Nasib baik lah simptom k.fiezz & mr hubby tak teruk sangat. Alhamdulillah. Tapi tak teruk pun, cuak juga masa demam tak elok-elok sampai beberapa hari. Dah kenapa?Memang dalam hati, harap lah tak kena covid ni. Eh sekali kena juga. Dah terkena nak buat macamana, kan. Hadap je lah. So ikhtiar macam-macam nak redakan simptom covid yang k.fiezz & mr hubby alami. Makan ubat klinik, vitamin & ubat tradisional. Nanti k.fiezz kongsi next entry apa yang k.fiezz buat untuk kurangkan semua tanda covid yang k.fiezz & mr hubby alami. 

MACAMANA BOLEH KENA COVID


Tak pasti lah pula sis. Cuma dari info KKM varian Omicron ni jenis cepat merebak. Simptom awal nak kesan tanda COVID Omicron ni demam, gatal/sakit tekak, hidung tersumbat, batuk, letih, susah nak bernafas,mual/loya, cirit-birit. 

K.fiezz rasa lah puncanya kitaorang terkena ni 2 minggu lepas k.fiezz & mr hubby ada hadir ke majlis kahwin saudara jadi masa berkumpul tu tak jaga SOP sebab ada sesi bergambar & bersembang sambil makan. K.fiezz pun dah lepas makan, tak pakai mask semula. Tempat event pula berhawa dingin, memang senang lah virus ni tersebar bila tak jaga SOP.  Tambah pula antibodi tak berapa nak kuat macam k.fiezz & mr hubby ni, senang lah melekat si virus ni. K.fiezz cuma syak dari sini puncanya sebab kebetulan lepas 2 hari majlis kahwin ni, ada seorang adik sepupu mr hubby beritahu 4 orang family member dia positif covid. Aiyakkk...Mak dia mula-mula test -ve, esoknya ulang semula +ve. Terus cuak masa dia cakap macam tu. Kebetulan pula demam k.fiezz & mr hubby tak elok-elok, lagi lah ghisauuu...Sekali betul kes k.fiezz & mr hubby pun mula-mula buat rtk -ve. Buat pcr test lagi tepat & sahih keputusan dia. 

Lepas ni kena beringat bila hadir majlis kahwin atau apa-apa yang melibatkan berkumpul ramai orang, jangan abaikan pemakaian mask. Kerajaan Malaysia masih wajibkan pakai mask ada sebabnya. Kita je yang suka lalai..


JAGA SOP & SENTIASA PAKAI MASK BILA BUAT AKTIVITI DI LUAR YANG MELIBATKAN RAMAI ORANG..

5 Comments

  1. Semoga kesihatan kak fiezz dan suami pulih seperti sediakala.

    ReplyDelete
  2. Semoga lepas ni cepat sembuh seperti sediakala ye Fiez...SA hari tu pun demam...tp alhamdulillah x positif..demam viral je

    ReplyDelete
  3. Kadang kita dah langkah berjaya-jaga . Tapi bila demam takut juga .. Buat2 swap positif ..

    ReplyDelete
  4. Saya lepas positif jadi serik nak jumpa orang, penat badan pun tak hilang lagi

    ReplyDelete