Siapa pembaca setia blog k.fiezz, mesti tahu k.fiezz & mr hubby masih berusaha untuk dapatkan zuriat sendiri. Banyak k.fiezz share info berkaitan trying to conceive kitaorang. Setakat ni masih belum berjaya lagi tapi kitaorang masih bersemangat walaupun dua-dua dah berusia. hehe. #Redha.. Allah masih belum hadirkan rezeki zuriat pada kitaorang tapi positif positif, percaya pada Allah. Lambat atau cepat Allah akan bagi juga. Jadi teruskan usaha. Antara usaha k.fiezz adalah konsisten amalkan Susu Efferty iaitu Susu Kesuburan yang popular di kalangan ttc (trying to conceive). K.fiezz dah amalkan susu Efferty ni sejak hujung tahun 2020 sampai sekarang. K.fiezz pernah stop kejap masa awal tahun 2021 tapi start Mac 2021 k.fiezz sambung semula sehingga sekarang..Sebab k.fiezz konsisten amalkan susu Efferty ni? Jap lagi k.fiezz beritahu kenapa.

SUSU KESUBURAN EFFERTY

Susu Efferty ni susu pracampuran yang diformulasikan dengan gabungan istimewa untuk hasilkan rasa susu yang sedap untuk diminum. 

Susu Efferty ni juga dah lengkap dengan segala vitamin seperti Inositol (B8), Folic Acid (B9), Madu Asli (Asid Organik), Susu Kurma (FOS-Prebiotik Usus), Multivitamin. Untuk wanita yang ingin hamil, digalakkan untuk amalkan folic acid seawal 3 bulan sebelum mengandung. Dengan susu efferty ni, tak perlu ambil folic acid secara berasingan sebab salah satu vitamin yang ada dalam susu Efferty ni adalah folic acid.

Meh tengok apa lagi fungsi & kelebihan susu efferty ni..

Fungsi & Kelebihan Susu Efferty


1) Haid lebih teratur dan lancar & atasi masalah sengugut 2) Stabilkan ibu kepada SEX hormon , DHEA di kelenjar adrenal (precursor kepada hormon estrogen dan progesteron) 3) Mengatasi masalah PCOS dengan merendahkan androgen di kilang telur 4) Tingkatkan ‘keinginan’ bersama 5) Tambah pelincir untuk memudahkan sperma berenang ke tiub fallopia untuk proses persenyawaan 6) Tebalkan dinding endometrium, perkukuh proses implantasi zygot (telur yang dah tersenyawa) 7) Galakkan kilang telur hasilkan telur matang 9) Meningkatkan potensi persenyawaan telur ovari matang dan sperma 10) Bantu dan elak masalah tiub fallopia tersumbat 11) Bantu masalah endometriosis,fibroid,adenomyosis 12) Kuatkan dinding rahim untuk penempelan janin 13) Rendahkan kandungan glukosa dalam darah yg menjadi asbab kepada pcos 14) Tingkatkan metabolisma badan 15) Tingkat sel Hb dalam darah

Kelebihan Susu Efferty Untuk Wanita

  • Stabilkan hormon haid teratur
  • Senang jumpa waktu subur
  • Telur matang & berkualiti
  • Menyokong penempelan janin
  • Mudah bersalin

Perasa Susu Efferty


Susu efferty ni ada 3 perasa iaitu Madu Kurma, Coklat & Strawberi

Antara 3 perasa ni yang mana k.fiezz suka. Hehe. Semua...Paling favourite coklat. hehe. Semangat nak minum pagi-pagi bila dapat perasa coklat ni, tau. Perasa coklat antara hot selling & selalu habis. Jadi biasanya tiap kali nak top up k.fiezz akan beli je apa perasa yang ada dekat agen. 

efferty. susu kesuburan, susu efferty

Perasa coklat.


efferty. susu kesuburan, susu efferty

Kandungan susu efferty


efferty. susu kesuburan, susu efferty

Cara bancuh susu efferty :-

1. Minum 15 minit atau lebih sebelum breakfast.
2. Bancuh Efferty mengunakan air suam atau air sejuk. AIR PANAS TIDAK BOLEH
3. Bancuh dalam 250ml-300ml. Nak rasa yang just nice bancuh dalam 250ml air. 
4. Sehari 1 sachet sahaja 
5. Minum air secukupnya
6. Boleh diminum Ketika period dan sehingga kandungan berusia 16 minggu.

**JUS KESUBURAN,JAMU,JUS PEMUTIH TIDAK DISARANKAN DAN DIAMALKAN KETIKA IKTHIAR DENGAN EFFERTY


Kenapa K.fiezz Suka & Masih Konsisten Amalkan Susu Efferty?

Okey kenapa yea k.fiezz masih konsisten amalkan susu efferty ni walaupun belum lagi berjaya hamil. Kalau tengok testimoni orang lain yang amalkan susu efferty ni, sekotak dua dah preggy. Tapi k.fiezz belum juga berjaya preggy. #Sedih..Haha. K.fiezz chill je. Setiap kepahitan ada kemanisannya. Percaya & yakin apa yang Allah tentukan untuk setiap umatnya. Walaupun masih belum berjaya  hamil, k.fiezz tetap teruskan usaha amalkan minum susu efferty ni..Caiyok..caiyok..Usaha + Doa + Tawakal = Berjaya...

Jadi k.fiezz masih konsisten amalkan susu efferty sebab susu ni berjaya buat period k.fiezz keluar setiap bulan. Mula-mula masa amalkan susu efferty ni hujung tahun 2020, period k.fiezz sama juga, tak konsisten keluar. Tapi k.fiezz decide untuk teruskan juga amalkan susu efferty ni mulai Mac 2021. Bulan berikutnya baru nampak period k.fiezz dah mula konsisten keluar setiap bulan. K.fiezz ni dari zaman anak dara lagi period jenis tak teratur.  Memang agak susah nak cari waktu subur. So sejak amalkan semula susu efferty ni, period k.fiezz on time. Dah boleh agak lah bila next period k.fiezz kalau kata masih belum berjaya preggy bulan tersebutSebab ini lah k.fiezz masih konsisten amalkan susu efferty ni walaupun harga dia agak ehem-ehem..

Mahal ke susu efferty ni?

Sebelum ni harga susu efferty, 1 kotak RM89 ada 15 sachet. Tapi terkini harga susu efferty RM149 (dalam bentuk jar) & ada 15 sachet juga. Kenapa harga susu efferty ni jadi lagi mahal?Sebab dah ditambah lagi kandungan yang lebih premium. Ni explaination dari salah seorang agen Susu Efferty Tapi kalau jadi ahli, dapat harga lagi murah RM13X..Mungkin korang boleh tanya dengan mana-mana agen susu efferty. K.fiezz bukan agen tau. K.fiezz pengguna saja. hehe..

Sekarang ni k.fiezz masih lagi dapat beli yang dalam kotak dengan harga lama iaitu RM79. Eh tadi cakap harga RM89. Macamana k.fiezz beli dapat harga murah. Sebab k.fiezz dah lama daftar jadi ahli...hehe.. So buat masa ni K.fiezz masih dapat beli yang dalam kotak dengan harga ahli RM79. Beli dari agen yang biasa k.fiezz top up stock setiap bulan dengan dia. Setakat ni agen susu efferty yang k.fiezz berurusan ni masih ada lagi stok lama (dalam bentuk kotak) jadi dapat lah lagi harga RM79..Jadi ahli dapat harga murah sikit (kurang RM10)..Jimat..hehe...

Lepas ni kalau stok lama (kotak) kat agen susu efferty ni dah habis, memang k.fiezz kena beli yang stok baru (jar). Demi mu bakal #fiezasanijunior, ,pejam mata lah bayor...hehe


ANYTHING FOR YOU FUTURE #FIEZASANIJUNIOR...moga dimakbulkan Allah doa k.fiezz & mr hubby..Aamiin...

2 Comments

  1. good job fieza..cik nor dokan moga fieza cepat dapat zuriat..aamiin

    ReplyDelete
  2. Banyak juga kelebihan susu ni . InsyaAllah sama2 usaha ya ..dont giveup . Ccl doakan kak fieza dan husband dipermudahkan dalam usaha mendapatkan zuriat yg comel . Mana tahu sekali Allah nak bg rezeki dapat twins kan ... Aamiin..aamiin

    ReplyDelete