Bertambah lagi koleksi beg k.fiezz. hehe. Terbaru dalam koleksi k.fiezz, bucket bag coach. Gred 1:1 (one to one) je. Boleh lah. Nak beli hat ori, ukur baju di badan sendiri konsepnya. haha. So copy ori pun boleh. Banyak koleksi beg-beg k.fiezz sekarang pun semua beg copy ori je. hehe. Tak malu nak ngaku k.fiezz biasa beli beg-beg branded ni semua beg copy ori sajo. Apa ada hal. Nak beli hat mahal-mahal, kalau k.fiezz ada duit banyak pun, pikior banyak kali nak beli tau. haha. #sayangduit. haha. Nak begaya tapi kedeks (kedekut). haha. 

K.fiezz pun jenis tiap kali keluar ke mana-mana kecuali gi kerja, k.fiezz akan guna beg yang berlainan ikut occasion. Ewah macam rajin je attend event apa-apa. haha. Point dia kat sini, k.fiezz memang jenis suka tukar-tukar beg tiap kali keluar. Kecuali untuk pergi kerja saja, k.fiezz pakai beg yang sama sebab malas nak alihkan barang-barang yang biasa bawa dalam beg kerja. Untuk jalan-jalan, k.fiezz akan tukar-tukar beg ikut keselesaan dan mood nak bawa beg yang mana masa tu. 

BUCKET BAG COACH


Berbalik pada cerita koleksi terbaru beg k.fiezz iaitu bucket bag coach ni, k.fiezz beli di Shopee dari kedai seller favourite yang biasa k.fiezz beli beg-beg copy ori branded. Siapa nak link seller ni, boleh pm k.fiezz kat facebook. Tak boleh letak kat sini sebab sebenornya tak boleh jual beg berjenama copy ori kat shopee. Hehe. 

Tapi orang nak cari rezeki macam-macam cara. Yang penting usaha. Bila ada orang cari rezeki dengan jual beg branded copy ori melalui platform shopee, rezeki untuk kita juga yang suka beg-beg branded tapi nak beli original tak mampu, jadi dapat copy ori pun puas hati gitu. Nak beli yang original? Mak aihhhh ribu riban weiii. Kita bukannya orang ada-ada. So bila ada yang jual beg copy ori macam ni di platform shopee, boleh lah memenuhi kehendak kita yang ala-ala orang have-have, gitu..haha

Kenapa tak boleh letak link seller kat sini?Nanti k.fiezz explain sikit kat bawah. 

Jom tengok dulu bucket bag coach yang terbaru dalam koleksi k.fiezz ni..


bucket bag coach,beg coach copy ori, beg copy ori

K.fiezz pilih pattern zig zag ni sebab simple & tak nampak macam girly sangat. K.fiezz tak suka beg-beg yang bercorak bunga-bunga atau nampak girl. Suka corak abstrak macam ni..Simple je.. 


bucket bag coach,beg coach copy ori, beg copy ori
Bahagian dalam dia luas weiii. Ada 1 compartment berzip kat bahagian tengah, 1 lagi compartment zip kat tepi serta ada 2 compartment jenis terbuka. Dalam dia, luas. Macam-macam boleh letak..

bucket bag coach,beg coach copy ori, beg copy ori

Setiap besi ada label coach. Nama pun copy ori, harus lah sebiji macam ori gitu tapi kualiti yang original lagi wow lah kan berbanding ni. Tapi ikut kemampuan masing-masing, rasa mampu beli yang original, tak ada masalah. Poket masing-masing..

Harga - RM100 (free postage)

Ni salah satu sebab kenapa k.fiezz selalu beli bag copy ori branded dari kedai yang sama. Dua-dua kedai ni cover kos postage untuk Semenanjung. Sabah Sarawak je kena bayar postage

Dua kedai.k.fiezz?hehe. Yea k.fiezz suka beli bag cop ori branded dari dua kedai adik beradik kembar. Suka tengok diaorang buat live, sempoi & harga yang diaorang jual pun tak mahal macam seller lain. 

Kenapa Tak Boleh Letak Link Seller Kat Sini?

Menjawab persoalan kenapa k.fiezz tak letak link seller dalam entry ni sebab nak elakkan kedai seller kena banned dengan shopee. Mana lah tahu ada orang shopee terbaca entry ni & buat report kat management diaorang, habis hilang tempat favourite k.fiezz beli beg copy ori. Lagipun  orang nak cari rezeki kot. Kita pula yang jadi punca periuk nasi diaorang di tutup. 

Dalam rules Shopee, memang tak boleh jual barang-barang yang copy ori macam ni..Itu sebab juga sesiapa yang nak beli beg copy  ori ni dalam live seller, kena typo nama brand bila nak lock (beli) dalam tu. Sebab kena typo nama brand?Untuk elakkan shopee dapat detect. Bila shopee dapat detect, kedai seller akan kena banned dalam shopee. Automatik kedai seller kena sekat dari shopee. Terpaksa seller buka kedai lain dengan nama lain pula. Tapi yang paling seller risau, duit-duit yang dah masuk dalam akaun kedai kena sekat tu, tak boleh nak keluar. Habis modal diaorang nak restock. Boleh nak keluarkan duit dalam akaun kedai yang dah kena sekat tu tapi banyak proses dia. Jadi tak nak lah kita jadi punca kedai seller kena sekat pula..

CARI ORIGINAL BEG BRANDED DALAM LIVE SHOPEE?


Kadang nak tergelak juga ada pula customer yang joint tengok seller buat live  jual beg branded ni dalam shopee, dah terang seller tulis typo / salahkan ejaan brand. Tetap ada juga yang tulis nama penuh & ejaan betul brand. Adeh tepuk dahi. Tak tahu lah sengaja buat macam tu atau tak sengaja. Kalau sengaja buat macam tu, eiii memang perangai macam *&^%%$..Dengki ke apa orang cari rezeki, ko tutup periuk nasi orang. Hati memang jenis hitam tak boleh tengok orang lain senang. 

Selain dari yang tak reti nak baca pinned seller dah letak kat bahagian atas & bawah live, typo typo nama brand. Ada pula yang tanya beg-beg kat situ 'is this from original boutique'. haha. Hello kalau udah banyak duit, sila lah beli terus kat butik. Kat shopee tak ada beg berjenama dengan harga ratus-ratus je. Fikir logik lah. Nak yang original dengan harga ratus je. Mana mau nya. Kadang annoying juga tengok customer yang tanya macam tu. Adeh. Udah banyak duit tu, pi lah beli terus kat butik. Senang cerita. 

Kalau tengok live seller jual bag copy ori ni, macam-macam perangai customer. Paling banyak yang tak reti nak typo nama brand. Senang konsepnya tengok live seller ni, kita umpamakan gi rumah orang, kita terus masuk ke, tak bagi salam?Mesti bagi salam dulu, betul tak?Jadi sama lah bila tengok seller buat live, bagi salam. Tengok  apa yang seller dah tulis atas & bawah detail untuk syarat masuk dalam live dia. Apa yang kena buat. Baca & faham kan. Dah faham, bila masuk dalam live tu baru lah tahu nak buat apa. Idak lah main langgar je syarat tuan rumah. 


BELI IKUT KEMAMPUAN 


Apapun beli beg berjenama ni yang original atau copy ori, ikut poket masing-masing.  Sekiranya  korang yang jenis cerewet,  sangat pentingkan kualiti beg-beg berjenama ni & poket tebal, better terus beli beg berjenama yang original & berbaloi dengan harga dia. Untuk orang yang biasa-biasa macam k.fiezz ni layan copy ori pun dah syukur...hehe...Apa orang tua-tua cakap, ukur baju di badan sendiri beli ikut kemampuan poket masing-masing. hehe

BERGAYA IKUT KEMAMPUAN POKET..hehe...

8 Comments

  1. wow..cantik lah..nampak mewah..:)

    ReplyDelete
  2. copy ori pun okay
    yang penting selesa dipakai.

    ReplyDelete
  3. cantik fiez.. color dia sesuai dgn baju apapun

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai tetengok lagi beg ni. kali kedua tgk makin lawo plak nampak beg ni

      Delete
    2. haha..dah tertengok kali ke-2 ni, kena beli mamapp..hehe

      Delete
  4. Cantik design beg nya, paling penting luas tu Azwar paling suka. Azwar pula jenis pakai 1 beg je sampai lunyai baru ganti.

    ReplyDelete
  5. Copy ori pun lawa juga . Cantik design bucket beg tu

    ReplyDelete