Bekas letak minyak masak yang senang dan mudah untuk buh minyak dalam kuali/periuk bila nak masak. Tak terfikir pun nak beli bekas letak minyak masak ni benornya. Sebab dah ada bekas untuk letak minyak masak kat rumah. Tapi bekas letak minyak yang ada tu dari jenis plastik. Bila salin minyak dalam bekas tu, suka benor lah meleleh kat tepi botol. Udah lah licin pula. So kebetulan k.fiezz nak beli dishrack (tempat letak pinggan) kat satu kedai dalam shopee ni. Saja lah tengok apa lagi produk yang ada kat kedai ni.. Tengok ada bekas letak minyak masak yang jenis kaca ni. Ahahh, cantik. Macam menarik je untuk beli. Berguna hokay. Bukan saja-saja beli. Ada fungsi dia.Mudahkan kerja k.fiezz nak tuang minyak dalam kuali/periuk bila nak masak.  

So apa lagi meh lah beli. K.fiezz beli ni dari bulan Jun 2021 & setakat ni bekas letak minyak masak ni memang helokkk lagi. 


bekas letak minyak masak


Review Bekas Letak Minyak Masak..


Okey dak k.fiezz bekas letak minyak masak ni?

Okey sangat korang. K.fiezz suka. Sebab penutup dia tu tak payah nak buka tutup guna jari jemari bila nak letak minyak dalam kuali/periuk. Bila condongkan (rujuk gambar atas) masa nak buh minyak dalam kuali/periuk, dia terbuka sendiri. Lepas tu kaca bekas letak minyak masak ni sejenis tahan yea. K.fiezz letak bekas letak minyak masak ni kat atas dapur gas. Bila masak kat atas dapur gas, botol ni tak ada apa-apa kesan pun setakat ni...Mula-mula risau juga takut bila kena haba panas dari periuk/kuali yang tengah panas atas dapur gas, botol ni pecah & penutup dia cair. haha. K.fiezz fikir gitu lah. Eh tapi idak yea. Elokkk.. Lulus di situ..Yeay

Lagi satu, bila salin minyak dalam bekas letak minyak masak jenis kaca ni kalau minyak terkeluar & meleleh kat tepi botol tak ada masalah. Lap guna tisu je. Sebelum ni k.fiezz guna bekas botol jenis plastik, bila minyak meleleh tepi botol habis berminyak semua sebab lap pun masih ada kesan minyak. Susah nak tanggalkan. K.fiezz cuci juga botol minyak yang jenis plastik tu tapi dah kering pun tetap boleh rasa berminyak kat botol. Hat bekas letak minyak masak jenis kaca ni best. Lap-lap guna tisu je. 

So rating bekas letak minyak masak ni, k.fiezz bagi 5/5 dari segi material, fungsi & ketahanan dia. 

Kat mana nak beli, boleh klik link >> https://shope.ee/3KkvGSUdYO

3 Comments

  1. Cik nor letak dalam botol 2kg tu jer fieza..mls nak fikir nak guna botol2 cantik..nampak tak elok trus buang..haha

    ReplyDelete
  2. Kinah pun beli yang ni. Mudah kerja

    ReplyDelete