Apa nak buat bila positif covid?Mesti ramai yang blur apa nak buat bila test kit yang kita buat samaada saliva, rtk atau pcr menunjukkan keputusan positif!!So apa nak buat bila positif COVID ni?K.fiezz kongsikan sikit info sebab k.fiezz & mr hubby antara yang dijangkiti covid juga. Beria elak punya elak, kena juga..K.fiezz pun mula-mula tak tahu nak buat apa?Tapi mr hubby laju bertindak. First of all kemaskini MySejahtera kita dulu. Bila dah kemaksini MySejahtera kita kepada positif covid, dia akan bertukar warna seperti gambar bawah ni. Warna MERAH - Home Isolation of Surveillance Order. Kat bawah tu ada tertera sekali tarikh yang kita kena home quarantine dari tarikh mula hingga tamat. Jumlah 7 hari..Tak pasti untuk yang cuma 2 dos vaksin atau belum vaksin sepenuhnya tempoh kuarantin sama atau lebih. Boleh rujuk di website KKM untuk lebih info..

Simptom Yang K.Fiezz & Mr Hubby Alami Sebelum +VE < SINI >

HOME ISOLATION OF SURVEILLANCE ORDER


Bila dah kemaskini MySejahtera & bertukar warna kepada MERAH mak ngah ni, bermula lah kuarantin kita. So masa ni memang kita kena duduk di rumah saja yea. Jangan gatal nak berjalan sana sini. Nak beli barang ke apa, order online saja. Kalau tak pandai nak order online, minta tolong lah pada sesiapa yang boleh belikan & hantar pada kita di rumah.

Apa nak buat bila positif Covid,kemaskini mysejahtera

KATEGORI [CAT 2a]


Apa ni kategori CAT 2a ni pula?Untuk yang dah positif covid, ada dua kategori akan tertera di MySejahtera kita. Tengok pada simptom-simptom yang kita alami. Untuk yang ada gejala ringan seperti batuk, demam, sakit tekak, selsema masuk dalam kategori CAT 2a. K.fiezz & mr hubby kategori CAT 2a sebab kitaorang bergejala ringan.



Apa nak buat bila positif Covid,kemaskini mysejahtera

JAWAB SOALAN HOME ASSESMENT TOOL (HAT) 


Sepanjang kuarantin di rumah, kita kena pantau juga simptom-simptom yang kita alami & wajib untuk kemaskini dalam MySejahtera. Setiap hari 2x kita kena jawab soalan dalam MySejahtera di Things To Do (rujuk gambar bawah)..Nanti akan naik notification dari MySejahtera di hp untuk kemaskini things to do sebagai peringatanDari jawapan yang kita bagi dalam ni, KKM akan pantau semua pesakit COVID-19 yang tengah kuarantin di rumah. K.fiezz ada terbaca blogger share exprience dia dipanggil ke CAC sebab tak update info bacaan oksigen & tekanan darah dan dia update sekali sehari dalam MySejahtera. Sepatutnya kena update 2x sehari. Pagi & Petang..Leceh juga tau sebab setakat jawab soalan tak apa..Ni sekali kena check juga tekanan darah, degupan jantung, oksigen & suhu badan...Haih..What to do...


Antara soalan-soalan yang ditanya dalam Health Assessment Tool (things to do), kita ada simptom-simptom batuk, demam, sakit tekak, selsema, susah bernafas, sakit dada dan lain-lain. Tak lupa juga, wajib masukkan bacaan tekanan darah, oksigen, kadar degupan jantung & suhu badan..Walaupun ada tulis kat situ, sekiranya tiada peralatan boleh tulis N/A tapi k.fiezz ada terbaca di blog yang k.fiezz beritahu kat atas ni, blogger tersebut dipanggil ke CAC sebab tak berikan bacaan tekanan darah, oksigen, degupan jantung & suhu badan. Jadi maksudnya wajib isi kat situ. Tak ada peralatan untuk check, sila lah beli. Bak kata seorang kawan k.fiezz di facebook, sakit COVID ni penyakit mahal sebab bila dah dijangkiti kita kena ada oximeter pulse, thermometer & blood pressure monitor di rumah untuk pantau tahap kesihatan.

K.fiezz & mr hubby pun kena beli thermometer baru sebab yang lama punya dah hint macam nak rosak. Harga yang thermometer baru kitaorang beli ni dalam seratus lebih (kalau tak silap)...

SESI PENGASINGAN

Bila dah dijangkiti virus covid ni kita kena asingkan diri pula dari semua orang dalam rumah untuk elakkan menjangkiti orang lain pula. Tandas pun kena asing. Fuhhh memang mencabar rasanya. Macam k.fiezz & mr hubby sama-sama positif so okey lah. Tak payah nak sanitize tandas tiap kali lepas guna sebab udah dua-dua positif.. K.fiezz nak masak pun, tak ada masalah. Masak je macam biasa cuma masa tengah kuarantin haritu, mood malas nak masak mai..Banyak order je makanan dari Food Panda..hehe

Peralatan Yang WAJIB ADA Bila Dah Positif COVID

Macam k.fiezz mention atas ni.  Apa yang perlu ada di rumah bila kita dah dijangkiti virus COVID. Ni yea peralatan WAJIB ada..Sebab kita kena update dalam MySejahtera 2x sehari. Bukan setakat menjawab soalan-soalan berkaitan simptom yang kita alami je tapi juga bacaan oksigen, tekanan darah, kadar degupan jantung & suhu badan pun ada sekali..

Apa nak buat bila positif Covid,kemaskini mysejahtera


Blood Pressure Monitor - Untuk check tekanan darah & kadar degupan jantung
Thermometer - Untuk cek suhu badan
Pulse Oximeter - Untuk cek bacaan oksigen & sekali dengan kiraan degupan jantung

Jadi setiap rumah wajib standby peralatan di atas ni. Tambah pula kes makin tinggi & sekarang ni orang sekeliling yang kita kenal ramai dijangkiti virus covid ni. K.fiezz rujuk pada diri sendiri juga. Bukan setakat ahli keluarga, kawan-kawan tapi kitaorang sekali positif covid...Aihhh..Jenuh elak selama 2 tahun, sekali kena juga..

SENTIASA BERINGAT COVID BERADA DI SEKELILING KITA...

3 Comments

  1. Tips yang bermanfaat!!!!!! Boleh lah setiap rumah dah prepare alat alat seperti ini

    ReplyDelete
  2. Bagus entri yg kak fieza share . Serba sedikit dapat tahu juga keperluan apa yg patut disediakan

    ReplyDelete