Korang dah beli baju raya. hehe. Saja lah tu kan nak cari geng yang sama pesen dengan  k.fiezz beli baju raya awal. hehe. Baru ni k.fiezz dah shopping beli baju raya k.fiezz & mr hubby kat shopee. Beli siap sajoo. Senang. Nak tempah, tak tahu tukang jahit area rumah kitaorang. So nak senang kerja, beli siap je lah. Tak payah pening-pening. Awal beli baju raya, k.fiezz ooiii. hehe. Over tau. hehe. Sebab mr hubby dia extra size jadi beli awal-awal banyak lagi. Warna pun banyak lagi pilihan. Itu yang suka beli awal-awal ni, saiz & warna yang nak ada stok lagi. Saiz k.fiezz tak susah sangat nak cari. Saiz mr hubby tu yang problem sikit nak cari. Ni pun masa k.fiezz usya kat shopee, ada baju & warna yang k.fiezz berkenan, mr hubby punya pula tak ada. Banyak saiz & warna dah sold out. Mungkin banyak seller promo jual murah habiskan stok lama untuk masuk stok & design baru untuk raya. 

DESIGN LAMA


K.fiezz tak kisah sangat design lama ke baru. Yang penting warna & saiz yang k.fiezz nak, ada. Ni sat gi nak design baru tapi saiz jenuh nak cari. Arghhhh stress. Malas nak stress kan diri sendiri, k.fiezz onz je mana-mana design janji cantik pada mata k.fiezz. 


Order BAJU di Shopee


Nak cari baju raya ni pun pening juga. Keluar masuk cart. Cari baju k.fiezz dulu. Dapat warna & saiz k.fiezz, baru cari mr hubby punya pula. Tak jumpa mr hubby punya warna & saiz, pilih design lain. Hah tu lah kerja k.fiezz 2-3 hari kat shopee. hehe. Dah dapat saiz  & warna yang dua-dua ada, terus masuk cart suruh mr hubby pilih warna yang k.fiezz dah letak dalam cart. Ada beberapa pilihan warna. Suruh mr hubby pilih, hah sekali mr hubby ambil warna yang sama 2-3 tahun lepas.  Sabor je lah k.fiezz. Ikut je lah. haha..Dulu design lain. Ni design lain. So okey je lah dengan pilihan warna mr hubby. 

Baju k.fiezz & mr hubby ni dari seller yang berbeza. Jadi kos shipping kena caj lain-lain. Nasib baik k.fiezz berjaya redeem voucher feee shipping so mr hubby punya dapat zero shipping. Jimattt . 

GUNA J&T


K.fiezz tiap kali beli kat shopee, memang duk tunggu seller update guna kurier apa sebab sekarang kan tak boleh nak pilih kurier ikut suka kita. Jadi memang duk tunggu seller update guna kurier apa. Dapat J&T memang legaaa sangat sebab  kurier J&T area rumah k.fiezz setakat ni servis diaorang terbaik sangat.  Barang sampai je kat hub diaorang, hari yang sama mesti akan bawa keluar. 

So berbalik pada baju raya k.fiezz & mr hubby, baju mr hubby yang gerak dulu dari k.fiezz punya. K.fiezz duk aim mr hubby punya baju ni sampai 2hb Feb. Sekali harapannn daaa..Parcel tersesat ke hub J&T Chow Kit. Adeh nampak J&T Chow Kit, k.fiezz fobia weiii sebab kes ni <BARANG KENA HOLD >. Fobia tengok hub J&T Chow Kit sebab barang k.fiezz sebelum ni tersangkut 11 hari kat situ. Barang tu k.fiezz letak alamat pejabat. Ingatkan cepat sampai, sekali sangkut berhari-hari. Jadi memang idak lah k.fiezz nak guna alamat pejabat lain kali. Nak beli barang, k.fiezz guna alamat rumah je. Baju ni pun k.fiezz guna alamat rumah. Patutnya tak masuk pun kat hub J&T Chow Kit. Dia boleh tersesat pula ke situ. 

K.fiezz memang risau baju hilang. K.fiezz dah siap cari baju lain dalam shopee lepas dapat refund. Hah, nampak tak fobia sungguh dengan J&T Chow Kit sebab kes kat link atas ni. 

Tapi esoknya 3hb barang dah sampai kat hub J&T  yang betul. Fuhhh legaaa..Hari yang sama, baju k.fiezz & mr hubby sampai sekali...Yeay...Legaa..Risau hilang je sebab nak cari yang lain jenuh juga memandangkan saiz mr hubby tu susah sikit.


baju raya, kurta,baju kurung

Sesat kat J&T Chow Kit..Adehhh...Dah kenapa gi ke situ...


baju raya, kurta,baju kurung

3hb baju sampai kat tangan. Legaaa

BAJU DAH SAMPAI


Yeayy..Nasib baik parcel yang ni tak jadi macam sebelum ni kena on hold sampai lebih 10 hari kat hub J&T Chow Kit. Serius fobia sangat sebab 1st time jadi macam tu. Sehari je sangkut kat hub yang salah. So okey acceptable. 


baju raya, kurta,baju kurung
Warna pilihan mr hubby. Tak nak reveal dulu. Stay tunee OOTDraya...hehe
Mr hubby, baju kurta & k.fiezz, baju kurung...

So korang tahun ni tema warna apa tu?hehe. #busybody


3 Comments

  1. alaa..dia dah bli baju raya..kita terkebil2 lagi nak pilih tema warna apa..haha

    ReplyDelete
  2. tu namanya parcel makan angin tu Fiez..hee

    ReplyDelete
  3. tak senang duduk kalau parcel tak sampai2 ni kan

    ReplyDelete