Sambung lagi cerita cuti k.fiezz & family ke Penang. Lupa nak sambung. haha. Faktor usia.Bersambung dari entry ni JALAN-JALAN CARI MAKAN >. Esoknya sebelum kitaorang gerak balik ke Perak, wajib lah cari Jeruk pak ali Penang yang glamour ni. Biras k.fiezz terus bawa ke kilang Jeruk Pak Ali. Mak k.fiezz nak belikan untuk kawan yang kirim Jeruk Pak Ali ni sebab kawan mak ternampak mak share status dalam Whatsapp, kitaorang cuti-cuti ke Penang ni. 

Dah kebetulan singgah ke sini, wajib lah menyibuk juga beli Jeruk Pak Ali walaupun k.fiezz bukan peminat asam jeruk ni. Tapi sesekali tu makan juga lah tapi bukan fabourite sangat.  Udah ada depan mata tu, ngap juga. haha.

KILANG JERUK PAK ALI

Kat sini rambang mata tengok jeruk-jeruk dia yea walaupun k.fiezz bukan peminat jeruk. Tengok tu nak. Tengok ni pun nak. Eh...Tahan je nafsu. Selain jeruk, sini ada jual juga barang-barang lain antaranya rempah-rempah, baju t-shirt ada, botok air pun ada, kerepek-kerepek pun ada. 1 stop centre lah sini. Agak-agak kalau dah sakan pusing Penang, lupa nak beli cenderamata untuk family, kawan-kawan, boleh lah singgah kat sini. Pakej beli sekali Jeruk Pak Ali kat sini. 

Harga kat sini?Berpatutan. Ada yang harga biasa & ada harga promo. Ambil 2-3 peket jeruk, harga RM10 saja. Murah tu sebab boleh campur-campur. Wajib ambil..hehe


jeruk pak ali

Bahagian Depan Kilang Jeruk Pak Ali Penang


jeruk pak ali

Jeruk



jeruk pak ali

Jeruk


jeruk pak ali

Hat ni tak silap k.fiezz, 3 peket RM10.. Dalam dia campur-campur. 


jeruk pak ali

Abah k.fiezz tengah pilih nak beli apa lah tu..


jeruk pak ali

Ni selain dari Jeruk yang ada kat sini



jeruk pak ali

Hasil tangkapan kat Jeruk Pak Ali yang k.fiezz & mr hubby punya. Ni pun control nafsu sebab ingatkan diri sendiri  tak makan sangat jeruk. Sat gi beli banyak-banyak, tak makan. Membazir...Terselit botol air sebiji, ada offer. Mr hubby beli nak guna kat offce. 


So kalau korang yang suka makan jeruk, wajib singgah sini. Sila lah rambang mata pilih macam-macam jeruk yang ada kat sini. K.fiezz yang bukan peminat jeruk pun rambang mata, macam nak beli semua. Tak tahu lah yang suka jeruk-jeruk ni. Rasanya penuh bakul. hehe..

K.fiezz ada selit juga beli rempah kari yang dijual kat sini. Rare kan sebab jenama tempatan. Tak ada kat KL. Saja lah cuba beli. Eh sedap juga kari dia tau. Nanti k.fiezz share kari yang k.fiezz masak guna rempah kari beli kat sini. Lain kali ke Penang, boleh beli lagi rempah kari tu. Tanya mr hubby sedap tak kari yang k.fiezz masak guna rempah beli kat sini, mr hubby cakap sedap. Kembang kempis hidung sis. Tak tahu lah kot mr hubby saja jaga hati je. haha. Tapi ikut deria lidah k.fiezz, sedap kari dia..

K.fiezz beli 3 peket je haritu. 2 untuk k.fiezz, 1 bagi kat jiran sebelah rumah. Sekali dengan 1 peket jeruk pak ali. Ole-oleh dari Penang, gitu. hehe

So itu je cerita cuti-cuti ringkas k.fiezz & family ke Penang awal tahun haritu. Saja cuti-cuti release tension..


CUTI-CUTI REHATKAN MINDA.,,,hehe


3 Comments

  1. uishh..dia tayang jeruk la plk..kita dah lama xmakan jeruk madu pak ali ni..sedapnya..:)

    ReplyDelete
  2. wah kari jenama apa tu fiez.. jeruk pak ali ni mmg dari dulu fav mama

    ReplyDelete