My Little Pony Sling Bag untuk anak jiran k.fiezz yang sambut birthday ahad lepas. Kebuntuan nak bagi hadiah untuk budak perempuan ni. Jarang beli hadiah untuk budak perempuan. Mula-mula cadangnya nak bagi teddy bear. Sekali bila nak pi beli bear kat kedai mainan area Chow Kit sebelum tahun baru cina haritu, kedai banyak dah tutup. Aihhh..Nak bagi apa ni weii. Nak ulang semula ke Chow Kit, tak berapa nak rajin. Lagipun takut kedai-kedai ni tutup lama. Maklumlah dah berapa tahun beraya berkurung. Ni dah lepas, memang balas dendam lah kan. 

Udah lah k.fiezz & mr hubby ni tak ada pengalaman bagi hadiah kat budak perempuan. Yea tahu banyak je barang boleh bagi hadiah kat budak perempuan berbanding budak lelaki. Tapi k.fiezz & mr hubby tak ada experience cari hadiah untuk budak perempuan. Hadiah untuk budak lelaki selalu juga beli. Untuk budak perempuan ni jarang-jarang sikit. 

HADIAH UNTUK BUDAK PEREMPUAN


Dapat idea nak bagi sling bag untuk anak jiran ni sebab cari dalam shopee. Memang dah berkenan benor dengan sling bag yang k.fiezz nampak dalam shopee tu. Sekali tengok seller nya dari mana. Tu dia Chinaaa mari. Apa ke dekat benor. haha. Boleh je nak beli kalau majlis birthday nya lagi seminggu dua. Ni dalam masa 2-3 hari, mana maunya. So cancel cancel. Selain dari sling bag ni, satu lagi idea k.fiezz nak bagi botol air. Sebab anak jiran ni umur 8 tahun. Dah sekolah. Boleh bawa botol air ke sekolah. Tapi nak beli kat shopee, takut ada masalah pengeposan tu. Biasa lah bila kita nak barang tu cepat, time itu lah penghantaran bermasalah. Sangkut kat kurier lah, seller duk prepare the parcel sampai beberapa hari. Haih, stress pula k.fiezz kalau jadi macam ni. Fikir negatif dulu. haha.

Mr hubby cakap try lah tengok kat SOGO. Mula macam errr ada ke kat SOGO barang untuk budak-budak yang boleh jadikan hadiah. Tak apa lah try je lah kan. Tak tengok mana nak tahu. So balik kerja minggu lepas, k.fiezz singgah ke SOGO. Laju cari bahagian budak-budak. 

Pusing-pusing kat area tu ternampak My Little Pony Sling Bag ni.  Dah berkenan sling bag ni benornya tapi usya dulu barang lain. Nampak teddy bear. Eh besar lah pula weii. K.fiezz ni naik tren. Jenuh pula nak bawa. Tanya pendapat mr hubby, dia cakap My Little Pony Sling Bag ni pun okey. So onzz lah. Botol air?Haha. Sambil lalu nak ke kaunter  untuk bayar, baru k.fiezz tengok harga dia. Ada tu memang ada tapi sebab aunty fiezz dah berkenan sling bag ni, hah. Sejenis suka bag kan. haha. Hadiah pun bag juga. 

My Little Pony Sling Bag, hadiah untuk budak perempuan

Comel tak?Sesuai kot untuk budak umur 8 tahun. haha. Hope she like it
Harga RM49.90


My Little Pony Sling Bag, hadiah untuk budak perempuan

Bahagian dalam dia. 


My Little Pony Sling Bag, hadiah untuk budak perempuan

Ada 1 zip kat bahagian belakang. 


My Little Pony Sling Bag, hadiah untuk budak perempuan

Nak balut hadiah, tangan tak berseni. Cari dalam You Tube cara balut hadiah tanpa kotak. Senang je rupanya uolls. Ni nak jadikan paper bag. Lipat dua dulu, lepas tu lipat pula bahagian bawah dia untuk jadi tapak. 


My Little Pony Sling Bag, hadiah untuk budak perempuan

Dah siap, dia jadi camni. Masukkan hadiah kat ruang yang terbuka ni. 


My Little Pony Sling Bag, hadiah untuk budak perempuan

Lepas tu lipat bagi kemas. Reben tu DIY juga tau. Gigih aunty fiezz melipat-lipat nak jadikan reben. Tak membazir pembalut hadiah 5 hengget ni. Fully use.  haha. Terkejut jap masa bayor, rega dia RM5 sekeping weii. Haha.

Overall puas hati dengan My Little Pony Sling Bag ni sebab aunty fiezz suka bag. Material dia best, bulu-bulu lembut je. Suka pula pegang. Harapnya Mia (anak jiran k.fiezz) pun suka juga. Dah nak jadi anak dara ni boleh start ber sling bag slow-slow. hehe.

So kalau korang yang nak cari hadiah untuk budak perempuan, ni antara idea yang rasanya sesuai untuk bagi seperti sling bag, botol air, teddy bear, peralatan menulis (kalau yang dah bersekolah) & lain-lain. Banyak je. Ni antara yang melintas kat kepala k.fiezz. hehe..Kalau ada yang lain, share lah kat ruangan komen. Sharing is caring

Happy Birthday Mia. Moga Membesar jadi anak yang baik & mendengar kata Umi dan Abah, suksess selalu dalam akademik..

6 Comments

  1. mesti Mia suka...cantik sling bag tu

    ReplyDelete
  2. wah..comel..acik nor pun berkenan jgk..haha

    ReplyDelete
  3. alololo.. comeyyy.. ini kalau dpt kat si kasih anak sis.. mau dia lompat sampai bintang.. hahaha.. fav dia purple pink ni!

    ReplyDelete
  4. Kalau gegirl saya tengok ni, mesti menyibuk nak juga hehe

    ReplyDelete
  5. mesti dia suka dapat hadiah tu. cantik dan bergaya.

    ReplyDelete
  6. Cantik beg tue . Mesti suka kan .. Lipatan bungkusan hadiah pun kemas je

    ReplyDelete