I'm okey orang nak bersembang tapi ada limit dia. Terutama kalau nak bersembang dengan orang tak kenal masa naik pengangkutan awam. Kalau setakat nak tanya sikit-sikit, sis boleh jawab tapi kalau nak bersembang lebih-lebih & suara si penanya tu pula macam pasang mikrofon kat peti suara tu, sorry tak minat. 

Pagi ni terjadi kejadian ada seorang makcik yang duduk kat sebelah k.fiezz. Sebelum tu makcik ni duk bersembang dengan seorang pakcik yang duduk berhadapan dengan dia. K.fiezz ingatkan suami makcik tu. Jadi k.fiezz abaikan je lah. Lagipun k.fiezz tengah layan Tik Tok & pasang earbud. Masa makcik ni duk bersembang dengan pakcik depan dia tu, k.fiezz perasan juga makcik ni duk tunjuk-tunjuk ke arah seorang lelaki india yang nampak ada masalah kaki. K.fiezz ingatkan makcik tu suruh pakcik bagi seat kat lelaki india tu. Rupanya idak..Tak lama lepas tu pakcik ni turun kat stesen mana entah. Baru lah k.fiezz tahu pakcik tadi bukan suami makcik yang duduk sebelah k.fiezz ni. Lepas pakcik tu dah turun baru lelaki india tadi duduk kat seat pakcik tu pula.

Start dari pakcik tu dah turun, makcik ni mula nak bersembang dengan k.fiezz. Mula-mula dia tunjuk iklan kat skrin dalam tren tu. K.fiezz angguk-angguk je masa tu. K.fiezz cakap sorry kat dia, tengah dengar lagu. tak lama lepas tu dia tanya pukul berapa pula. K.fiezz beritahu pukul 7 dan dia start nak bersembang benda lain pula. K.fiezz cakap sorry lagi tengah dengar lagu. Makcik ni tak reti-reti ke, telinga k.fiezz ada earbud & mata mengadap handphone. Memang idak lah sis nak layan dia bersembang. 

Tapi memang sejenis tak reti bahasa agaknya, lepas tu dia tanya pula pasal BRIM 2022 dah dapat ke?K.fiezz cakap 'tak tahu lah saya, makcik.Saya tak kerja kat bahagian tu.' Then dia start membebel dah pergi check kat LHDN Perak & bla bla bla.' & masa ni semua orang pandang ke arah k.fiezz, yea..Maluuuu...

Dah kenapa makcik ni tak nak duk diam weiii. 

Sis dah naik rimas layan. K.fiezz cakap kat dia 'saya tengah dengar lagu ni'. Dia senyap. Lagi 2 stesen nak sampai stesen yang k.fiezz nak turun, dia tunjuk iklan kat skrin dalam tren tu lagi sekali. K.fiezz tunjuk thumbs up je. Lepas tu dia duk ikut pula k.fiezz tunjuk thumbs up tu. K.fiezz terus bangun walaupun tak sampai lagi stesen yang k.fiezz nak turun. Tak lalu weiii nak layan makcik tu. Terlebih ramah. Masa k.fiezz tengah berdiri kat pintu & dah sampai kat stesen MJ, ada seorang mamat india yang duduk berdepan dengan k.fiezz sebelum tu turun kat situ. Dia nampak k.fiezz tak keluar dari tren. Dia patah balik tunjuk dah sampai stesen. Dia ingat k.fiezz tak perasan. K.fiezz geleng kepala kat dia, bagi signal tak turun kat situ. 

Tak pasal-pasal harini sis malu sebabkan makcik terlebih ramah ni bersembang nak bagi 1 tren dengar dia bercerita dan jadi mangsa dia untuk layan, k.fiezz sebab duduk sebelah dia.


membebel
Sumber Gambar : Mr Google

Makcik ni confirm tak biasa naik tren pagi2. Kat KL ni, pagi-pagi dalam tren. Tak bersembang antara satu sama lain. Kalau yang mana naik dengan member atau ahli keluarga je bersembang tapi suara terkawal. Bukan kongsi dengan 1 tren apa yang nak disembangkan tu. Dalam tren, pagi-pagi orang melayan handphone tengok cerita ke, dengar lagu ke, layan sosial media ke atau main game. Tak ada nak sesi berkenalan atau borak-borak kosong dalam tren. Haih, makcik ooo makcik. Ramah tak bertempat.

1 Comments

  1. Bertegur dan bersapa dengan org sebelah tu boleh . Tapi kalau tlebih ramah ni pun tak selesa juga di buatnya . Lagi2 dalam tren . Nak sembang2 kuat2 pun takut menggangu penumpang yg lain

    ReplyDelete