K.fiezz bila hari cuti baru rajin masak sarapan pagi. Itu pun kalau rajin, kalau idak turun lah ke food court depan flat k.fiezz ni, beli nasi lemak sambal petai. hehe. Tapi bila malas nak turun, kena ke dapur sediakan menu sarapan pagi yang mudah dibuat. Malas nak buat sarapan pagi yang renyah benor nak sediakan bahan sampai ke proses nak masaknya. Nak yang simple tapi mengenyangkan. Hah, gituu. Banyak benor cerita kan. Nak senang, beli je lah k.fiezz ooiii. Haha. Kalau rajin memang turun pi beli. Tapi datang malas nak turun, kena memasak lah jawabnya. Kalau idak lapar laki bini.hehe. 

Bila buat sarapan pagi ni, biasanya k.fiezz masak sama je menu tapi sesekali tukar menu apa salahnya kan. So ni menu terbaru yang k.fiezz cuba. Resipi sandwich salad ayam yang very da simple ni k.fiezz ternampak ada orang share kat facebook. Ada beberapa resipi menu sarapan pagi mudah dibuat yang k.fiezz tengok dalam facebook & k.fiezz start dengan resipi sandwich salad ayam ni dulu. 


resepi sandwich simple,resepi sandwich salad, menu sarapan pagi yang mudah dibua


RESIPI SANDWICH SALAD AYAM


Bahan-Bahan : -

  • Roti 
  • Isi ayam (potong kecil)
  • 3-4 Sudu Besar Mayonis
  • Tomato (potong dadu/kecil)
  • Bawang  (potong kecil)
  • Salad ( beberapa helai)
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam
  • Air Limau/Lemon
Cara Buat : -

  1. Ayam digoreng dahulu. Tak perlu gaul dengan serbuk kunyit & garam. Goreng ayam gitu je. Dah siap goreng, Toskan sekejap.
  2. Gaul semua bahan (tomato, bawang & isi ayam yang telah digoreng) dalam bekas yang dah diletakkan mayonis. Selepas semua bahan sebati, perahkan air limau, letak sikit garam & serbuk lada hitam. Kacau semula hingga sekata.
  3. Selepas inti sandwich ayam ni dah siap, ambil sekeping roti  & letakkan daun salad atas roti. Kemudian sapu inti sandwich ayam pada roti. SIAP

resepi sandwich simple,resepi sandwich salad, menu sarapan pagi yang mudah dibua

Ni rupa inti sandwich salad ayam yang very da simple. Sis loike..

REVIEW SEDAP KE IDAK SANDWICH SALAD AYAM NI?

Of course sedap. haha. Nak lagi sedap, boleh tambah sos cili/tomato ikut selera masing-masing masa makan sandwich salad ayam ni. 

Overall rasa dia memang sedap. Ngam dengan selera k.fiezz & mr hubby. Cuma mr hubby komen, letak sos lagi sedap. Jadi memang standby sos atas meja. hehe

Untuk korang yang mencari menu sarapan pagi yang mudah dibuat, sandwich salad ayam ni memang senang giler nak buat & tak makan masa yang cepat. Sis loike it sangat. 

SUKA MASAK RESIPI YANG SIMPLE-SIPLE ..

2 Comments