Pantas juga DHL buat penghantaran yeak. Boleh masuk dalam kategori kurier paling cepat. Ni untuk area rumah k.fiezz la yea. Kurier ni servis dorang tengok tempat juga. Ada yang cepat servis dia. Ada yang 'krik krik'.. 

K.fiezz part kurier ni, particular sikit. Kalau kurier yang jenis cepat hantar barang. Terbaikkk. Tapi kalau lambat memang laju sis up status kat facebook, bising. haha. Perangai sangat tau. haha. Benornya terkagum sebab baru ni beli barang kat shopee. Seller guna DHL. Jarang k.fiezz dapat kurier DHL ni. Sekarang ni macam kita tahu lah bila membeli kat shopee, kurier mana yang akan hantar barang kita...Surprise. Biasa k.fiezz lepas beli barang kat shopee, mesti tunggu seller update guna kurier apa. Kalau nampak J&T. Yeayyy. Sebab k.fiezz suka J&T. Area rumah k.fiezz J&T memang pantas & terbaikkk. Tapi kalau nampak kurier lain, k.fiezz macam 'errrrr'. Tapi #pasrah je lah kalau dapat kurier selain dari J&T. 

KURIER DHL


Haritu k.fiezz beli singlet mr hubby kat Shopee. Seller tu guna DHL lah pula. Adeh. Tak sure servis DHL kat area rumah k.fiezz ni okey ke idak?Sebab jarang k.fiezz beli barang kat shopee dapat DHL. Biasanya ramai seller guna J&T. 

Tapi udah seller yang kali ni guna DHL, nak tak nak terima je lah. Tunggu & lihat berapa hari proses penghantaran barang guna DHL ni. DHL cepat tak hantar barang macam J&T..

1 HARI DAH SAMPAI


Jeng jeng jeng..Surprise surprise...1 hari dah dapat barangnya weiii.. Kagum.Pantas DHL buat kerja. Memang layak dapat kurier paling cepat setanding dengan J&T untuk area rumah k.fiezz. 


dhl cepat tak,kurier paling cepat

DHL ambil masa 1 hari je untuk deliver barang. Yeayyy...


dhl cepat tak,kurier paling cepat

Pick up dari seller 27hb Januari. 28hb Januari, barang dah sampai pada k.fiezz...



dhl cepat tak,kurier paling cepat

Singlet mr hubby..

 
Satu lagi kurier yang lulus piawaian k.fiezz. So lepas ni kurier DHL hantar barang tak was-was dengan servis diaorang. Ewah kemain tau. Mentang laju dorang hantar barang, tak was-was..Cuba kalau lambat ke pending ke, hah mula lah sis meroyan kat facebook. haha..

So okey lah lepas ni dapat DHL, no problem. Sis loike sebab lajuuu...

KORANG SUKA KURIER APA?


6 Comments

  1. setakat ni kat rumah ammi ni semua courier service ok.. yg deliver barang pukul 9 malam pun ada. Gigih mereka demi sesuap nasi.

    ReplyDelete
  2. kalau kat kluang ni takde masalah sangat semua kurier setakat ni.. tapi paling tip top Jnt..

    ReplyDelete
  3. Haah kak fiez, kurier DHL memang laju selain JNT.. tapi tempat kinah la. sabella pun guna DHL ni, memang superb 👍👍

    ReplyDelete
  4. Kt kelantan semua kurier laju.. Tambah2 jnt sbb yg kerja tu bdak kg sblh.. Haha

    ReplyDelete
  5. terbaik DHL. sakan fieza shopping ye

    ReplyDelete
  6. Semua courier sebenarnya ok ..tapi..tapi ikut pada cawangan / kawasan tertentu juga kan . But DHL area rumah CCL not bad juga dia punya services .

    ReplyDelete