Jeragat!!Oh nooo. Jeragat ni pun antara masalah yang jadi perhatian kita juga. Nak hilangkan jeragat bukan senang bila dia dah bertepek kat muka kita ni,hah. Sakit mata tengok jeragat ni bertepek kat kawasan muka. K.fiezz pun dh ada sikit-sikit jeragat muncul kat muka. Tu lah dulu masa muda-mudi, eksen tak nak pakai sunscreen. Dah tua ni, mendapat lah hadiahnya. haha. 

Dah dapat jeragat ni, memang susah nak hilangkan dia tau?Itu yang kena jaga sebelum dia muncul kat muka kita ni. Bila dia dah muncul, memang masalah pada kita sebab nak hilangkan tu kena cari bahan untuk merawat jeragat. Jangan beli produk sebabkan jenama tapi bahan yang digunakan tu betul ke tidak boleh pudarkan jeragat. Jeragat ni tak boleh nak hilang cuma kita boleh pudarkan jeragat dari nampak keterlaluan kat muka yang sebabkan tona kulit kita jadi gelap & kusam. 

APA ITU JERAGAT?

Sebelum kita tengok punca jeragat. Meh tengok dulu jeragat ni apa?Jeragat ni tompok-tompok kecil yang muncul di kawasan muka kita seperti dahi, pipi, hidung & kawasan mulut. Tompok jeragat ni biasanya berwarna lebih gelap dari warna asal kulit kita & ini sebabkan tona kulit kita tak sekata.

Untuk yang berkulit cerah, tompok jeragat warna coklat & yang berkulit gelap tompok jeragat berwarna hitam.

Jeragat kecil ni bila dibiarkan, lama-kelamaan bercantum dengan jeragat lain dan boleh membesar. Akhirnya habis muka kita dipenuhi dengan jeragat. Bila ni terjadi, kulit muka kita akan nampak tak berseri dan gelap.

Jeragat
Sumber Gambar : Mr Google

PUNCA JERAGAT

Meh kita tengok pula apa punca jeragat ni?Dari mana dia muncul kat muka kita yang licin & cantik ni. haha. #perahsan. 

Terdedah kepada Sinaran Matahari

Cahaya matahari mengeluarkan sinaran UV (Ultraviolet). Sinar UV ni ada 3 jenis iaitu :-

  • Ultraviolet A : Cahaya yang paling banyak dalam matahari. Boleh tembus lapisan atas kulit dengan mudah. Cahaya UVA ni boleh sebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambung & seterusnya jadi masalah kulit (punca jadinya jeragat & lebih teruk boleh sebabkan kanser kulit
  • Ultraviolet B : Cahaya ni kurang sikit berbanding UVA sebab UVB ni kebanyakkannya telah diserap dalam lapisan ozon. Cahaya UVB ni menjadi punca kulit terbakar atau sunburn
  • Ultraviolet C :  Cahaya ini paling bahaya pada kulit tetapi kita tak perlu risau sebab cahaya ini tak sampai ke bumi kerana telah diserap oleh lapisan ozon
Itu lah sebabnya kita diwajibkan guna sunscreen walaupun duduk di rumah saja. Kalau keluar dari rumah, lagi lah memang wajib tepek sunscreen dulu. Jadi untuk elakkan jeragat di usia tua, kena rajin pakai sunscreen/sunblock dari muda yea adik-adik. 

Perubahan Hormon / Rawatan Hormon

Mengambil pil perancang kehamilan salah satu punca terjadinya jeragat. Pengambilan pil perancang kehamilan ini memang jelas diperkatakan sebagai punca terjadi jeragat.

Penggunaan Kosmetik

Menggunakan kosmetik yang berbahaya & tak sesuai dengan kulit juga menjadi punca terjadinya jeragat. Bahan-bahan terlarang yang digunakan boleh sebabkan kerosakan kulit kita.

Faktor Keturunan

Genetik juga dipercayai menjadi penyumbang kepada masalah jeragat yang dihadapi oleh seseorang.

Tips Merawat Jeragat

Ni antara tips merawat jeragat yang boleh di cuba. Idak lah cakap 100% jeragat akan hilang. Macam k.fiezz beritahu di atas, jeragat tak boleh nak hilang cuma kita boleh pudarkan jeragat bagi elakkan muka kita jadi kusam dan gelap. 

So ni antara cara untuk mengelak masalah jeragat pada muka.

1.    Cuci muka dengan bersih sebelum tidur
Jangan amalkan tidur dengan muka penuh mekap dan berminyak kalau nak muka kita sentiasa cantik & bebas dari masalah jeragat. Sebenarnya tak susah pun nak cantik ni, tak payah keluar duit beli produk kecantikan melambak-lambak. Keyword dia kena RAJIN saja. Rajin bersihkan muka sebelum tidur. 

2.       Guna produk kecantikan yang tiada bahan kimia berbahaya
Elak gunakan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia & pengawet berbahaya. Kebanyakan produk kecantikan di pasaran Malaysia ni, mula-mula pakai produk tu memang kulit cantik, flawless tapi bila dah lama, bahan kimia dah meresap dalam kulit yang sebabkan kulit muka rosak. Bila dah berhenti guna, muka jadi lagi teruk. Keluar jeragat kat muka yang jenis besar-besar, lagi lah kita segan nak keluar rumah. Lagi teruk, ada kerosakan hati, pinggang dan kena kanser kulit.

3.    Sunscreen
Bila kita terlalu kerap terdedah pada cahaya matahari yang terik, jeragat lagi semakin meriah di muka. Habis tu takkan nak duduk dalam rumah, tak payah keluar bekerja atau berjalan. Eh tak adalah cakap tak boleh keluar rumah, cuma pastikan pakai sunscreen setiap kali melangkah keluar dari rumah. Sebelum pakai sunscreen jangan lupa guna pelembap juga supaya muka kita sentiasa terhidrat (lembap).

Bawah ni pula cara merawat masalah jeragat sekiranya jeragat dah mula bertapak di muka masing-masing. 

1.     Apple cider vinegar ( cuka epal )

Cuci muka dengan apple cider vinegar

Cara - Larutkan 1 sudu kecil cuka epal dalam air. Pastikan betul-betul larut baru guna. 

Kemudian boleh cuci muka & bilas. 

Petua ni memang berkesan untuk masalah jeragat tapi AWAS jangan amalkan selalu sebab cuka epal ni bersifat asid. Kalau guna dengan kerap, boleh sebabkan hakisan pada kulit muka. Jadi amalkan 1x seminggu pun dah cukup. 


2.    Kulit Kayu Manis + Madu

Guna sebagai masker.

Cara - Campurkan 1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis & 1/2 sudu kecil madu. Kacau sampai sebati. Kemudian pakai di muka. Jadikan masker. Pakai dalam 30 minit kemudian bilas dengan air sampai bersih.

Buat 2x seminggu & jeragat semakin pudar dimuka. Paling best, boleh halang pembentukan jeragat yang baru.


3. Lemon

Sapu di muka

Cara - Potong lemon & sapukan pada muka. Biar dalam 15 minit, lepas tu baru bilas dengan air.

Asid & Vitamin C dalam lemon boleh membantu masalah jeragat dengan cepat cuma amalkan 1x seminggu secara selang seli dengan cuka epal untuk hasil yang lagi baik. Awas!!Untuk kulit sensitif, jangan guna cara ini sebab lemon berasid. Nanti sebabkan reaksi pedih & merah-merah pada muka. 


4.    Rutin Kecantikan

Cara paling berkesan untuk merawat jeragat adalah setiap hari buat langkah penjagaan kulit untuk pudarkan jeragat dengan cepat dan berkesan. Setiap hari wajib buat ini -

  • Cuci  Muka (Cleanser)
  • Guna Toner 
  • Pelembap Muka

tambahan 2 lagi rutin penjagaan kulit untuk di buat setiap beberapa kali seminggu iaitu :-

  • Skrub Muka (2-3x seminggu)
  • Pakai  mask (3 x seminggu)
Jika kita rajin jaga rutin penjagaan kulit muka setiap hari & tambah pula dengan scrub dan masker, jeragat makin berkurangan dan jeragat baru pun malu nak keluar. Amalkan secara konsisten untuk dapatkan hasilnya. Jangan lah buat baru beberapa kali, tengok macam sama je hasilnya dah give up. Kena ingat tau jeragat memang ambil masa nak pudarkan / hilangkan. Jadi keyword nya 'SILA KONSISTEN'. 

Cari Bahan Yang Betul Untuk Masalah Jeragat


Selain dari kerajinan untuk membuat rutin penjagaan muka seperti diatas, cara kedua untuk merawat masalah jeragat dengan menggunakan bahan yang betul untuk merawat jeragat seperti di bawah. Sebab kita bila nak beli produk yang bersesuaian pun kena tahu juga bahan untuk merawat jeragat. Tak boleh nak sebarangan beli. Jadi di bawah ni antara bahan-bahan yang boleh membantu masalah jeragat. 


Bahan Terbaik Untuk Masalah Jeragat


Salicyclic Acid - Kecilkan pori yang besar, singkirkan sel kulit mati, samaratakan tona kulit dan pigmentasi (jeragat)
 
Vitamin C - Menghalang enzim tyrosinase yang mencerahkan pigmentasi dengan ketara

Azeliac Acid - Mencerahkan kulit yang ada masalah pigmentasi

Mandelic Acid - Membantu masalah kulit yang disebabkan cahaya UV & menyamaratakan ton pigmentasi

Retinol - Merangsang pengeluaran kolagen & elastin. Pudarkan pigmentasi

Tinted Sunscreen - Untuk yang terdedah kepada hiperpigmentasi atau melasma

So untuk korang yang nak mencari produk untuk jeragat, pastikan tengok dulu bahan yang digunakan. Atas ni antara bahan untuk merawat jeragat. Mungkin tak semua ada dalam satu produk tapi boleh jadikan sebagai guideline untuk cari produk yang boleh bantu masalah jeragat masing-masing.

TAK NAK JERAGAT, RAJIN PAKAI SUNSCREEN DARI MUDA...

7 Comments

  1. setuju tu keywordnya RAJIN je.. sy sekarang makin malas pulak.. sedih tgk muka sendiri... bilalah nk insaf dlu dh agak ok dh

    ReplyDelete
  2. ada jeragat ni mmg kena baca tips fiez ni. tq for sharing

    ReplyDelete
  3. Kena jaga . Jika dah ada jeragat susah sikit nak pulih

    ReplyDelete
  4. lelaki pun ok kan pakai sunscreen..agar kulit dilindungi kesan cahaya matahari

    ReplyDelete
  5. Kena cegah dari awal . Jeragat ni lagi degil dari parut jerawat

    ReplyDelete