Suka Mekap. Kena Rajin Juga Cuci Brush Makeup
Rajin mekap kan? Jadi kena rajin lah juga cuci brush makeup. Konon lah rajin. Padahal. haha. Lepas tu jerawat menepek, bising. Sampai membebel dalam tidur kenapa jerawat naik?haha. Perangai sangat kan. Padahal sendiri yang tak berapa nak rajin cuci brush makeup.
KENAPA PERLU CUCI BRUSH MAKEUP
Penting ke cuci brush makeup ni, uoll?Penting lah weii. Sebab bila kita mekap, berus ni lah yang jadi peralatan paling penting supaya mekap kita jadi cantik & kemas. Cantik hasil mekap tu okey dah tapi berus pun kena lah cantik juga. Kena sentiasa di manja, di belai & di bersihkan. Baru lah nak tenyeh kat muka pun, confident gitu.
Paling penting untuk mengelakkan perpindahan segala kuman yang melekat pada berus mekap pindah ke muka kita. Kalau dah segala kuman/bakteria melekap kat muka, padan muka lahh kalau Cik Jerawat pun tumpang sekali naik kat muka. Haha. Rasain, malas sangat nak jaga muka sendiri, kan. 'Meh sis tumbuh kat muka uolls', kata si Jerawat. haha.
- Elakkan dari Miss Jerawat muncul di muka - Bukan main lah kita pakai & buat segala rutin penjagaan muka tapi cik jerawat tetap muncul. Rupa-rupanya bukan salah produk tapi salah kita sebab brush makeup kotor.
- Katakan Tidak Kepada Kuman/Bakteria - Bila kita jarang basuh brush makeup kita, kuman & bakteria membiak kat situ dan menjadi punca brush makeup kita berkulat. Bukan beauty blender yang sponge tu je boleh berkulat (tompok hitam) tau tapi berus pun boleh. Agak-agak kita nak guna tak kalau brush makeup berkulat. Memang tak lah kan. Macamana nak tahu brush makeup berkulat?Kalau di basuh pun, tompok hitam (kulat) tu tak boleh nak hilang.
- Jangka Hayat Brush Makeup Tahan Lama - Kekerapan basuh brush makeup kita, kuman serta bakteria susah nak melekat & dalam masa yang sama elakkan muka kita dari breakout. Kita pun mesti nak brush makeup tu tahan lama, idak lah lalu asyik beli yang baru je,weii.Jadi untuk pastikan brush makeup tahan lama, kena rajin basuh. Nak basuh pun kena dengan cara yang betul untuk elak dia cepat rosak. Sebelum ni k.fiezz ada guna egg brush cleaner untuk sesi menggosok brush makeup nak bagi warna-warna yang melekat pada berus tanggal. Memang senang sangat gosok dengan egg brush cleaner ni tapi udah rosak pula. Kena beli baru lah nanti. Entry berkaitan < Egg Brush Cleaner >
- Kekalkan Bulu Tetap Lembut - Guna sabun & cara basuh yang betul boleh kekalkan kelembutan bulu brush makeup kita. Elakkan guna sabun badan untuk cuci brush makeup. K.fiezz guna pencuci muka k.fiezz je untuk bersihkan brush makeup sebab secara logik brush makeup kita guna kat muka jadi nak cuci pun k.fiezz guna pencuci muka. Selamat gitu. Tapi kalau nak guna pencuci khas untuk cuci brush makeup pun sangat digalakkan.
Jadi siapa yang rajin bermekap, kena rajin juga cuci brush makeup hokay. #cakapkatdirisendiri juga ni. haha.
Suka Mekap. Rajin Bersihkan Brush Makeup hokay...
7 Comments
malas betul nak buat... tapi bila tengok semua berus dah siap cuci... macam best je... terus rasa nak tambah berus lagi...hahaha
ReplyDeleteAda yang air untuk cuci berus makeup tu jual kat Watsons. Beli je yang tu lagi senang nak tanggalkan kesan-kesan makeup pada berus
ReplyDeleteSeminggu sekali ccl wajub basuh semua berus2 mekap & span foundation
ReplyDeleteselalunya mya cuci bila kemas bilik je. pakai mekap jarang sangat sbb tak confident. Tapi mya suka touch up for fun sambil blush pipi.
ReplyDeleterabia pun cuci brush makeup
ReplyDeleteboleh baca entry rabia ni kak
https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2021/05/done-cuci-brush-makeup.html
komen tau
taknak ada bakteria melekat kat muka pula kan.. berus lembut baru best nak guna
ReplyDeleteBanyaknya berus.. Ammi ada seketul je untuk blend Bedak kat muka.
ReplyDelete