Servis Ninja Van cepat atau lambat yeak?Tak pasti nak cakap. Sebab ikut tempat masing-masing. Ada setengah tempat, cepat. Ada setengah tempat, lambat. Kalau kat tempat yang lambat tu, sabor je lah yea. Kalau area rumah k.fiezz ni, J&T memang laju giler hantar barang. K.fiezz memang suka betul bila beli barang kat shopee, dapat kurier J&T. Sebab sekarang kan pembeli tak boleh pilih kurier. Jadi macam surprise lah duk tunggu penjual update tengah prepare parcel. Kalau dapat J&T memang hooray..hooray. Tapi kalau dapat Ninja Van. Alamakkk..Sorry Ninja Van. It's not you not good but your service need to improve. Korang ada pengalaman guna Ninja Van. Jom share kat ruangan komen. 

Entry berkaitan NV <Barang Hilang Guna NV>

Beli Barang Abah


Ni k.fiezz nak share pengalaman guna Ninja Van & hantar barang kat abah k.fiezz di kampung (Kuala Kangsar).  Ceritanya k.fiezz selalu beli barang yang mak suruh beli ni. Barang ni abah punya tapi nama penerima, k.fiezz letak nama mak. 

Sebabkan dah selalu beli barang abah ni kat shopee. Bila  abah suruh top up lagi, k.fiezz cari dalam track history nak beli barang yang sama kat seller sebelum ni tapi barang dia sold out. Adeh. Kena cari seller lain. Seller yang selalu beli ni, guna servis J&T. Memang okey sangat lah tu. 

Tapi dah sold out lah pula kat kedai biasa beli ni. Cari lah dari seller lain yang ada jual barang sama. Cari punya cari. Jumpa satu kedai ni yang ada jual barang ni. Tapi k.fiezz lupa nak chat dengan seller, tanya dia guna kurier apa?K.fiezz main beli je tanpa was-was. Sekali bila seller dah update, 'Alamakkkk.. seller guna Ninja Van'. Mak k.fiezz ada cakap kat area kampung, J&T dengan PosLaju saja yang masuk. Kurier lain tak pernah nampak masuk kat kawasan situ. 

Sebabkan dah beli, kita cuba lah.  Harap Ninja Van tak ada buat hal. 
 
Seller Hantar Barang Cepat

Alhamdulillah seller ni cepat buat penghantaran. Seller dah siapkan barang 6hb & Ninja Van pick up dari seller 7hb. Lepas dah pick up tu k.fiezz tengok dalam sistem shopee, proses agak laju. K.fiezz agak, 8hb barang dah boleh sampai kat mak & abah sebab dalam sistem, barang dah bawa keluar (out for delivery by courier). 

Whatsapp mak, beritahu barang dalam perjalanan. Nak suruh mak alert takut budak kurier call nak tanya rumah ke apa. Maklumlah rumah kampung. Tak ada nombor. Biasa kalau budak kurier J&T atau PosLaju, memang dah tahu rumah mak abah k.fiezz ni. Tapi sebab Ninja Van ni jarang masuk ke kawasan sini, patutnya diaorang kena call dulu mak k.fiezz.


2x Bawa Keluar Tapi Barang Tak Hantar


Tapi sampai ke malam, status out for delivery. Tanya mak, ada tak budak kurier hantar barang. Mak cakap tak ada. Call pun tak ada. Eiiiii. Buat hal Ninja Van ni. Lagi angin esoknya k.fiezz tengok dalam sistem, NV update barang tak berjaya hantar sebab tak ada orang kat rumah katanya. Mak abah k.fiezz ada je kat rumah. Pandai je diaorang punya alasan. 

Terus k.fiezz call Ninja Van untuk complaint & minta bawa keluar lagi. Aduan k.fiezz di terima. 9hb belah petang, tengok dalam sistem barang dah bawa keluar sekali lagi. Dah alert mak siap-siap juga. Beritahu budak kurier dalam perjalanan. 

Sampai ke malam, sama seperti sebelum ni. Tak lama tu tengok update alasan yang sama. Haih. Boleh timbulkan kemarahan Ninja Van ni. 

Ninja Van
8hb bawa keluar untuk kali pertama..tapi tak hantar. Tak ada orang di rumah katanya.Padahal mak & abah ada je kat rumah weiii. Tak gi mana pun. .



Ninja Van

Esoknya 9hb bawa lagi sekali keluar untuk hantar tapi sama seperti hari sebelumnya. 
11hb - mak k.fiezz pi collect barang. Tetiba 12hb bawa keluar barang apa pula?haha

Collect Sendiri kat Ninja Van Kuala Kangsar

Sebabkan esoknya (10hb) Ninja Van tutup. K.fiezz call Ninja Van hari Isnin untuk buat arrangement nak collect barang kat situ je lah. Udah susah benor diaorang nak hantar kan. Kita beralah pi ambil sendiri barang kat sana. 

Tapi masa k.fiezz call customer service, diaorang cakap tak boleh terus ambil. Kena telefon dulu untuk buat arrangement. Biasanya bila dah buat call untuk collect barang harini, esok baru boleh gi ambil. Ehhh cantiknya muka diaorang. Ingat dari kampung nak ke pekan Kuala Kangsar tu 5 minit? Dari kampung k.fiezz nak ke pekan Kuala Kangsar ni, 45 minit - 1 jam. Sedap je dia cakap esoknya baru boleh ambil barang. 

Sebelum tu k.fiezz ada cuba call Ninja Van Kuala Kangsar ni, tak berangkat telefon. Itu yang k.fiezz terus call HQ dia. Bila call HQ, dia cakap macam kat atas ni pula. 

Kebetulan 11hb tu, mak abah k.fiezz turun ke pekan Kuala Kangsar. Ada urusan sikit. Itu yang sekali nak ambil barang kat Ninja Van ni. Eh boleh pula HQ cakap tak boleh terus ambil. Kena buat appointment dulu. Dah satu hal pula esoknya mak abah k.fiezz nak ke pekan lagi sekali. Ingat minyak tu isi dengan air ke apa? Dah lah jarak dari kampung k.fiezz tu nak ke pekan Kuala ni, 45 minit lebih kurang. Haih. Angin pula dengan diaorang ni. Udah lah tak nak hantar barang kita. Kita nak ambil sendiri pun, susah. 

Nak dijadikan cerita mak abah k.fiezz cuba cari kat mana lokasi Ninja Van Kuala Kangsar ni & berjaya jumpa tempatnya. Mak k.fiezz terus ke situ & tanya dengan staff NV nak ambil barang. Mak k.fiezz tak ada no. tracking tau. K.fiezz lupa nak bagi. Tapi salute NV part ni sebab barang berjaya di ambil. Dengan cuma rujuk pada nama penerima & bagi alamat penuh (nama kampung). Terus staff cari barang yang dorang sorting ikut kawasan. 

Legaaa. Barang berjaya di ambil. Risau barang hilang je duk keluar masuk keluar masuk kat situ. 

Yang kelakarnya esok - 12hb, boleh pula Ninja Van update barang bawa keluar lagi. Adehhh slow lah Ninja Van ni update sistem diaorang. Sebab barang dah dapat 11hb. Dah tu 12hb, bawa keluar barang apa. haha. Ninja van Ninja Van. 

Haih, pengalaman guna Ninja Van hantar barang kat kampung. Lain kali kena check dulu dengan seller guna kurier apa?


Ninja Van

Lepas dapat barang, mak bagi gambar atas ni. K.fiezz terus bagi rating kat kedai seller
Tarikh bagi rating 11hb. 


Ninja Van
Ni whatsapp mak bagi gambar barang. Tengok tak tarikh di situ..11hb barang dah dapat. Habis 12hb, Ninja Van bawa keluar barang apa?haha. Kelakar tau Ninja Van ni. 


Pengalaman Guna Ninja Van


Haih. Servis diaorang ni bukan tak okey cuma macam kes mak k.fiezz ni lah. Rumah alamat kampung, budak kurier tak nak call dengan penerima tanya lokasi rumah kat mana memandangkan diaorang jarang masuk ke situ. Lepas tu update barang tak boleh hantar sebab penerima tak ada di rumah. Kononnn. Korang masuk pun idak ke kawasan tu. Sabo je lah dengan Ninja Van ni.

Mungkin sebab ni lah, Ninja Van bukan jadi kurier favourite. 

Tapi k.fiezz tak pasti lah servis Ninja Van kat tempat lain. Sebab servis kurier ni bergantung pada tempat-tempat. Ada tempat NV okey. Ada tempat J&T yg okey. Ada tempat lain, PosLaju pula yang okey. Jadi bergantung pada cara kerja staff kurier yang bertugas kat situ. Kalau laju cara kerja diaorang. laju lah barang kita dapat. Tapi kalau slow & steady cara kerja diaorang, ambil masa sikit lah barang nak sampai kat kita. hehe..

Sebabkan di Shopee sekarang memang tak boleh nak pilih kurier, jadi kita pasrah je lah dapat kurier apa yang seller guna. 

Lagipun kalau semua duk tumpu satu kurier je, macamana pula kurier lain nak cari makan yea tak?Staff kurier ni pun ada keluarga nak tanggung. Tak fair pula kita guna 1 kurier saja. 

Tak kisah lah kurier yang mana pun, as long barang kita diterima dengan keadaan elok & selamat tanpa sebarang kerosakan. Kalau rosak, itu cerita lain lah pula yea. 

Macam barang abah k.fiezz yang guna servis ninja van ni, alhamdulillah barang diterima dalam keadaan elok (boleh rujuk gambar di atas).


Tempat Korang, Kurier Mana Yang Okey. Jom Share...

5 Comments

  1. klu kt tempat cik nor plk..NV ni dia hantar mlm..dia letak dpn muka pintu then dia snap gambar ckp barang dpn pintu..nasib baik rumah yang betul..adoii..

    ReplyDelete
  2. semenjak shoppe tiada pilihan untuk pemilihan courier , barang yg ccl order pernah juga di hantar melalui courier nija van , mujur ninja van ni tak sesat

    ReplyDelete
  3. SA biasa hantar guna pos laju je sebab senang guna mailbox centre kat NuSentral tu...next time bleh la guna Ninja Van ni

    ReplyDelete
  4. Pernah guna courier dari ninja van . Tapi jarang-jarang sekali lah .. Selalu prefer j&t & poslaju sekarang ni

    ReplyDelete
  5. alamak, byk hal plak dia.. nape dia kata takde org pula ye. so far kat shah alam ni ninja van servis dia puas ati lagi

    ReplyDelete