Terjumpa satu video di Tik Tok dari seorang mama yang ada anak kembar. Ada orang tanya dengan mama kembar ni, ada genetik ke dia dapat kembar? Dia ada buat apa-apa rawatan ke? K.fiezz berhenti scroll kat video mama ni sebab dia kongsi makanan untuk dapat anak kembar yang dia amalkan. Untuk pengetahuan korang, dia tak buat sebarang rawatan & ni cara semulajadi yang dia amalkan melalui pemakanan & rezeki berpihak pada dia dan suami, dapat kembar perempuan seiras. Comel sangat anak-anak kembar dia. Suka tengok..Selalu lah nak tengok, moga melekat kembar juga. hehe.

Kat Tik Tok sekarang k.fiezz memang suka tengok video mak-mak yang kongsi anak-anak kembar diaorang. Haha. Moga melekat pada k.fiezz & mr hubby. Haha. Maklumlah dah berusia ni, kan. Biar lah sekali melekat 2 orang ke. Haha. Senang beranak sekali je. Lepas tu concentrate besorkan anak-anak je. haha. 

Berbalik pada cerita mama kembar yang berkongsi tips pengambilan makanan untuk dapat anak kembar yang dia amalkan tu. K.fiezz kongsi kat sini. Dah minta kebenaran dengan mama kembar ni  & dia bagi untuk share dalam blog k.fiezz tapi dengan syarat kena kongsi link entry ni kat dia. No hal lah!! Small the matter gitu. hehe..Thank you mama kembar. 

Korang nak tengok anak-anak kembar mama ni, boleh cari kat Tik Tok > @Twins Mikayla

Kembar

Sumber Gambar - Pinterest

Apa Makanan Untuk Dapat Anak Kembar Yang Boleh Di Amalkan ?

Okey. ni makanan untuk dapat anak kembar yang diamalkan oleh mama kembar ni sebelum mengandungkan kembar perempuan dia yang comel tu. 

  • Produk tenusu (yogurt, susu, cheese & seangkatan)
  • Kentang (Ubi)
  • Pisang Kaki 
  • Roti, Kek & seangkatan

Ni je yang mama kembar amalkan? Simple je. 

Mama kembar ni ada berkongsi tips pemakanan dapat anak kembar ni dengan sepupu & anak saudara dia dan masa nak dekat bersalin, dia dapat tahu sepupu dia pun mengandung dapat kembar juga (kembar lelaki). Anak saudara dia dapat kembar perempuan. Dia pun tak pasti samaada diaorang mengandung kembar tu dari  tips pemakanan dapat anak kembar yang dia kongsikan. Ikutkan genetik keluarga dia, memang tak ada kembar langsung sebelum ni.

Rezeki..

Berbalik pada cerita makanan untuk dapat anak kembar yang  dikongsikan,  k.fiezz tertarik sangat sebab produk tenusu, memang k.fiezz makan / minum. Tak ada pantang. Pantang nampak je. haha. Boleh amalkan ni.

Kentang atau yang seangkatan. Favourite k.fiezz. hehe. 

Roti/Kek. Halah..Memang favourite k.fiezz juga ni. hehe. 

Eh k.fiezz apa yang bukan favourite agaknya.haha. Tak ada yang tolak. haha. Kecuali.. jeng jeng..

Pisang kaki!!Buah ni, to be honest k.fiezz tak pernah makan. Pernah tengok gambar & tahu nama dia. Makan?Tak pernah. Boleh cuba juga ni. Nak tahu juga sedap tak pisang kaki ni.

Sebelum ni k.fiezz tak tahu pun kewujudan pisang kaki ni, tau. K.fiezz ingat bentuk dia macam pisang biasa tu. Sampai lah ada sekali tu, ex officemate k.fiezz bercerita yang suami dia beli pisang kaki. Kawan k.fiezz ni beli saja-saja untuk makan bukanlah usaha nak baby. Masa dia cerita pisang kaki.  K.fiezz macam 'hah pisang kaki'. Lepas tu k.fiezz tanya dengan ex officemate ni pisang kaki tu apa?tak pernah dengar nama dia. Ex officemate suruh google rupa dia. Dari situ lah baru k.fiezz tahu kewujudan pisang kaki ni. Dah tahu rupa pisang kaki macamana,ex officemate k.fiezz cakap 'lepas ni jangan peghak kalau orang  cakap pisang kaki'. haha. Mana nak tau. Sis makan buah-buahan yang glams je. haha. 

Tips Dapat Anak Kembar

Jadi korang yang tengah berusaha macam k.fiezz & mr hubby, nak dapat anak sekali dua terus.haha. Meh lah kita cuba amalkan makanan untuk dapat anak kembar seperti di atas.  Tapi apapun berbalik pada rezeki dari Allah. Kun fa ya kun. Yang penting kita usaha. Selebihnya berserah. 

Selain dari cuba cara secara semulajadi seperti di atas ni, ada juga cara rawatan moden untuk dapat anak kembar iaitu melalui kaedah IVF. Biasanya proses IVF ni,kemungkinan untuk dapat anak kembar tinggi sebab ada makan ubat kesuburan & kemungkinan telur keluar lebih dari satu (kalau tak silap k.fiezz). Lebih detail, korang boleh google. Ada juga kajian, wanita yang berusia lebih tinggi untuk dapat kembar. Eh. Macam kena tu sebab k.fiezz dah berusia. haha. Moga betul lah kajian tu yea. haha. 

Apapun ikut kemampuan poket masing-masing & paling penting apa pun cara yang kita buat, doa & usaha seiring. 

Semoga kita dapat hasilnya. Tak kisah anak kembar atau bukan kembar, tetap anak kita. Tapi tak salah kita mencuba cara ni untuk nak dapat anak kembar. 

K.fiezz berangan nak kembar sepasang. Eh. Berangan tak salah kan. hehe. 

SEMOGA REZEKI BERPIHAK PADA KITA..Aamiin...

3 Comments

  1. Aaminn...usaha je selagi boleh dan tak memudaratkan. Lainlah petuanya suruh panjat gunung ke, terjun bangunan ke kan...

    Dapat kembar 3 pun ok gak Fiezz hahaha lagi sonang...siapa kita nak menidakkan takdir.

    Semoga Allah rezekikan korang berdua dengan cahayamata. Insya Allah

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah ada rezeki adalahh nanti ,yang penting dah usaha kann hee . saya ada anak twins perempuan jugak , dah 6 tahun dah sekarang .

    ReplyDelete
  3. dulu mama terigin gak nak anak kembar hihi tapi xde rejeki

    ReplyDelete