Cuti-cuti ni korang ke mana?Tak ada ke mana. Boleh lah melawat Mr DIY. haha. Macam tak ada tempat lain nak bagi cadangan k.fiezz, oooiiii. haha. Eh tempat terapi kaum wanita tau Mr DIY, kedai ECO, Daison & semua lah tempat yang jenis ber saka sekarang ni. haha. 

Baru-baru ni k.fiezz ajak mr hubby ke Mr DIY sebab nak cari bekas krim jenis travel. Senang nak bawa ke mana-mana. Sebab moisturizer k.fiezz dalam bekas saiz besor. Nak bawa ulang alik moisturizer gedabak tu memang idak lah. Berat beg sis. Itu yang mencari bekas krim travel ni. Buh sikit dalam ni, lepas tu boleh bawa ke mana-mana. 


Nak Beli 1 Barang Konon


Ni lah kan konon nak beli 1 barang je katanya. Haha. Macam biasa lah dah ke Mr DIY ni, idak nya lah beli satu barang tu je. Mesti melekat barangan lain yang tetiba bila masuk dalam Mr DIY. 'ooo yang ni boleh guna untuk ni..oo yang tu boleh guna untuk tu'. haha. Betul tak?Bukan k.fiezz saja macam ni kan. Majoriti wanita Malaysia pun sama berfikiran macam k.fiezz. Typical wanita Malaysia gitu. haha..

Mr DIY

Bekas krim untuk travel. Kononnya nak beli ni je lah..

tapi tapi dah masuk dalam Mr DIY. Macam mustahil je tak melekat benda lain. haha.  

Apa lagi yang k.fiezz melekat beli kat Mr DIY ni, jom's check it out!!!


Mr DIY

Tadaaa

Bekas untuk letak span basuh pinggan, bekas untuk letak berus dawai, jaring pencuci pinggan, sponge mekapk & plastik sampah. 

Tu diaaa..Dalam nak beli 1 je konon. haha

Masuk ke sini macam satu terapi kat kaum wanita. K.fiezz tak terkecuali. Jejak kat Mr DIY, ECO, Daiso, Kaison & semua kedai yang jual barang harga murah-murah ni memang buat jadi ralit bila dalam kedai-kedai ni. Rasa semua barang dalam tu nak beli. Tapi ku kontrol nafsu. haha. 

Jadi korang kalau tak tau nak ke mana cuti-cuti ni, boleh lah ke Mr DIY. Terapi minda gitu tau. haha. 

Siapa Suka ke Mr DIY, kita geng. hehe...

4 Comments

  1. Tak bleh la masuk sini...kalau masuk memang x leh keluar dengan satu barang kan Fiez

    ReplyDelete
  2. maduk mr.diy macam xjumpa jalan keluar. haha

    ReplyDelete
  3. Sama la lea pun.. kalau masuk DIY, macam2 bende nak dibelinya..

    ReplyDelete
  4. Lama tak singgah Mr diy di ktcc mall ganu

    Heheh . Kalu pergi situ byk membelinya

    ReplyDelete