Cuti-cuti ni korang ke mana? Ada yang balik kampung ke?Maklumlah dah boleh rentas negeri ni. Hehe. K.fiezz  & mr hubby bulan depan balik kampung. Awal-awal baru dapat green light ni, biar lah dulu. Confirm jalan jammed sebab berpusu-pusu orang balik kampung. Balas dendam, 2 tahun berkurung tak boleh nak ke mana-mana yea tak? Yang mana belum bergerak balik kampung & masih menunggu jalan reda sikit, kita geng. hehe. Eh lupa pula nak share, Sabtu lepas k.fiezz & mr hubby gigih lah nak mencari tempat sarapan di KL. Ewah kemain rajin bangun awal-awal pagi. haha. Saja lah kan. Sesekali gitu. Mula-mula cadang nak ke kedai makan depan Klinik Tanglin. Mr hubby nak makan roti telur goyang kat situ. 

Sekali sampai-sampai, tu diaaa. Meriah weii. Nak masuk kat situ pun kena beratur. Parking pun penuh. Arghhh malas lah. Terus tukar plan

Mr hubby suruh cari tempat sarapan di KL dalam Mr Google. Ada lah jumpa kat area Pantai Dalam tapi mr hubby tak nak sebab ramai orang. 

RESTORAN TELAWI DEKAT KTM KL


Kebetulan masa kitaorang berpusing nak cari jalan masuk ke tempat makan depan klinik Tanglin tu, ter lalu kat satu kedai tepi jalan, nama kedai ni RESTORAN TELAWI. Bukan di Bangsar tau. Gerai ni betul-betul tepi jalan di Stesen KTM Kuala Lumpur. Mr hubby ter lalu kat situ. Nak jadi cerita ternampak adik k.fiezz. Dia tengah nak sarapan kat kedai ni. K.fiezz call dia cakap nampak dia kat situ. Kitaorang berhenti kejap kat situ, sembang sat. Tanya dia macamana nak masuk ke area tempat kedai makan Tanglin tu. Orang KL tahu lah gerai makan Tanglin ni. Glamour. 

So adik k.fiezz beritahu masuk ikut jalan sebelum Masjid Negara. Sebab masa tu Dataran Merdeka & jalan yang lalu betul-betul depan Masjid Negara, tutup. Ada sambutan Hari Sukan Negara kalau tak silap. 

Lepas beberapa minit, adik k.fiezz call saja tanya jumpa tak gerai tu?Of course lah jumpa tapi orang ramaiiii. 

Adik k.fiezz bagi cadangan, makan breakfast kat tempat dia tengah makan tu. Mr hubby pun onz. Jadi pusing balik ke situ.

Order Roti Sarang

Ni adik k.fiezz lah yang cadangkan menu sarapan pagi yang popular kat Restoran Telawi ni. Roti Sarang nama dia. K.fiezz pun tak tahu macamana ke rupa roti sarang ni,hah. 

Nak order kat sini pun boleh tahan. Dekat setengah jam juga lah mr hubby beratur baru dapat roti sarang & roti canai telur. 

Kat sini style layan diri. Nak order roti, kena beratur. Air kena order sendiri. Kalau menu lain macam Nasi Lemak dan seangkatan yang dah siap goreng , boleh terus ambil kat tempat dia. Tak payah tunggu lama pun. Cuma part nak order roti sarang & roti canai saja, menunggu lama. Kitaorang bahagikan tugas masa makan kat sini. Mr hubby beratur untuk order roti sarang & roti canai. K.fiezz order air. Meja kena cop. Masuk je sini nampak meja kosong terus duduk. Jadi masa sampai je, mr hubby terus beratur. K.fiezz cari meja kosong. Dah dapat meja kosong, letak beg kejap (tapi k.fiezz keluarkan handphone & purse), just in case . Mana lah nak tahu orang nak curi ke apa. Ambil lah beg kosong tu. Tapi alhamdulillah, tak hilang pun bag. Masa k.fiezz pi order air & tunggu kejap sampai air siap. Bag elok lagi terletak kat kerusi.   

Okey nak tengok tak mana ke rupa roti sarang ni?

Tadaaa....

roti sarang

Roti canai & tengah-tengah ada telur 2 biji yang dalam dia ada hirisan bawang & cili. 

Sedap Ke Roti Sarang?

First time rasa, sedap. Cicah roti & kuah kari tu. Good combination. K.fiezz suka rasa dia sebab telur tu ada letak bawang & hirisan cili sikit. Jadi tak ada lah rasa dia kosong. Kalau telur tu je,rasanya muak juga. Tapi sebab ada bawang-bawangan tu, ada penambah rasa kat situ. Cicah pula dengan kari. Layannnn.

Overall rasa dia, sedap. K.fiezz bagi 4/5.

Kat Mana Restoran Telawi Ni?

Haha. Bukan di Bangsar tau. Dia gerai tepi jalan saja kat area Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Lalu je kat jalan stesen keretapi KL tu, ambil jalan sebelah dalam yang nak ke Dayabumi. Gerai ni betul-betul tepi jalan nak menghala ke Dayabumi. Kedudukan dia sebelah dengan tempat parking bertingkat.  Kalau korang masuk je jalan situ, dah boleh nampak gerai ni tepi jalan. Ada signboard dia Restoran Telawi

Senang je lah nak cari gerai ni. Nama dia Restoran tapi dia gerai tepi jalan saja. Jangan lah korang duk expect Restoran yang curlass tu pula tau. 

So kalau korang nak cari tempat sarapan di KL,  boleh cuba ke sini. Harga murah & makanan dia pun boleh tahan. Kalau ikut tekak k.fiezz & mr hubby, okey je kat sini. 

K.fiezz & mr hubby kalau nak cari tempat makan ni, area rumah kitaorang payah sikit. Tak banyak pilihan. Tak macam kat tempat lain yang kedai makan, gerai tepi jalan berlambak. Pilih je nak yang mana. Area rumah kitaorang, aduihhh. Susah sikit. Bila sebut nak makan kat luar je, pening. Nak makan kat mana? Sebab tak ada kedai makan area sini. Bukanlah tak ada langsung tapi kedai mamak banyak. haha. Food court depan blok kitaorang ni pula, gerai banyak tapi yang buka ada lah satu dua. Itu pun bukan selalu buka. Kadang-kadang (bak kata P.Ramlee dalam cerita Nujum Pak Belalang). haha.

So lepas ni rasa nak sarapan di luar, dah tahu tempat sarapan di KL selain dari Tanglin tu. Kalau idak, kitaorang tahu kat Tanglin tu je. Haha. Maklumlah kitaorang jenis duduk di rumah. Tak berapa nak rajin berjalan explore cari tempat makan. Eh, mengadu ke camne ni?haha. Idak lah mengadu, cuma mr hubby memang tak berapa nak rajin berjalan. Jadi memang cari tempat yang tahu je. 

Eh membebel pula k.fiezz. So korang yang nak cuba roti sarang KL, boleh lah cuba kat sini. 

Ingat Burung Je Ada Sarang. Roti Pun Ada Tau. hehe. 

4 Comments

  1. fuh mengancam! sedap betul nampaknya tu!

    ReplyDelete
  2. Burung yang bertelur 2 biji sahaja ialah burung merpati.
    Anaknya akan jadi sepasang

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik untuk dicuba..cuma SA x pernah cuba lagi la...

    ReplyDelete