Siapa suka minum teh?Siapa tahu jenis teh dan khasiatnya?Tak tahu, okey jap lagi k.fiezz cerita detail sikit jenis teh dan khasiatnya.Siapa peminat teh? Yeay, sep sikit kita geng. K.fiezz memang peminat teh tapi k.fiezz ada satu kelemahan kalau minum teh ni. Asyik mengulang ke bilik ayor weii. Kalau minum je teh, get ready lah mengulang ke toilet. Bukan cerry berry tapi shishi. haha. 

Sebut pasal teh, semua tahu air teh. Ada orang rasa minum secawan teh boleh bagi ketenangan & refresh minda setiap hari. Bagi peminat teh, minum teh setiap hari sebagai salah satu rutin wajib. 

Jangan tak tahu selain dari rasanya yang memang sedap, setiap teh ada khasiat tersendiri yang boleh membantu masalah seperti sakit kepala, sakit otot, masalah kulit & lain-lain. Banyak khasiat teh tapi disebabkan kelemahan k.fiezz, minum teh = bertemujanji dengan bilik air, k.fiezz cuma minum air teh bila duduk kat rumah saja. hehe. Kalau nak berjalan ke mana-mana, memang tak sentuh air teh. Risau jap gi asyik berhenti menyinggah ke bilik ayor..Bising mr hubby. haha

Okey berbalik pada jenis teh dan khasiatnya. Jom kita tengok apa khasiat teh-teh di bawah ni dari segi kesihatan. 

Entry berkaitan < Teh Chamomile Untuk Yang Susah Tidur > 

Teh

JENIS TEH DAN KHASIATNYA

Korang suka teh yang mana?Sebelum korang kongsi suka teh yang mana, meh tengok dulu fungsi setiap teh ni dan apa khasiatnya. 

TEH HALIA

Halia dikenali untuk mengatasi masalah loya & perut tidak selesa sejak dulu lagi. Ia boleh bantu kurangkan tekanan pada perut, memberikan kelegaan pada masalah pencernaan. 

Minum air teh halia boleh bantu rilekskan sistem pencernaan kita. 

Cara buat Teh Halia - Letak 2 keping halia yang kering dalam periuk & didihkan sekejap dalam air untuk 5 minit. Kemudian masukkan dalam cawan & boleh diminum semasa masih suam. Boleh tambah madu sikit untuk penambah rasa & dapatkan khasiatnya.

Khasiat Teh Halia - Membantu masalah pencernaan, kembung, sejuk, sakit perut, sengugut & sakit tekak

TEH LEMON

Pengambilan air panas dengan sikit perahan lemon, cara terbaik untuk mulakan hari. Lemon kaya dengan Vitamin C & rendah kalori. Ia boleh bantu tingkatkan kesihatan kulit, detoks badan, tingkatkan penghadaman & bantu kurangkan berat badan.

Cara buat Teh Lemon - Masukkan satu uncang teh hitam dalam satu jug air yang panas & bancuh selama 3 minit. Keluarkan teh uncang & tambah 1 sudu kecil jus lemon dalam jug. Tambah madu untuk penambah rasa. Boleh letakkan ais kiub kalau suka sejuk.

Khasiat Teh Lemon - Legakan selsema & batuk, bantu penghadaman dan kurangkan berat badan.

MATCHA TEH

Mengandungi anti-oksidan yang menghasilkan pengeluaran tenaga dalam badan selain dari membantu kuatkan sistem imun badan kita. Jumlah anti oksidan yang tingga ada dalam Matcha, membantu melindungi kulit kita dari sebarang jenis penyakit & juga melindungi secara semulajadi dari sinaran UV. 

Khasiat - Membakar lemak perut, tingatkan sistem imun badan & detoks.

TEH HITAM

Boleh mengawal kadar gula dalam darah & kurangkan rasa lapar. Selain boleh bantu masalah sakit kepala dan sakit perut. 

Khasiat - Mengatasi masalah gula dalam darah, turunkan berat badan, sakit kepala & cirit-birit

TEH HIJAU  

Teh yang paling popular dalam ahli keluarga teh. Serba boleh untuk membantu pelbagai jenis penyakit & masalah kesihatan. Antaranya teh hijau dapat kurangkan sakit arthritis, keradangan dan kesakitan yang disebabkan oleh otot selepas bersenam. Boleh juga bantu kurangkan masalah kembung (angin).

Teh Kegemaran

Ni antara jenis teh & khasiatnya yang bermanfaat untuk kita amalkan. Terutama kalau kita alami masalah-masalah kesihatan seperti yang disenaraikan di atas. 

Mana favourite korang?

K.fiezz suka teh lemon. Sebab ada rasa masam-masam bercampur dengan teh tu. Rasa sedap je lalu kat tekak. Teh hijau, k.fiezz pernah cuba. Rasa dia so-so saja. Boleh lah minum tapi bukan jadi favourite sangat.

Di Mana Nak Dapatkan Teh-Teh Ni?

Ada antara teh-teh ni senang untuk dapatkan di pasaraya. Tapi kalau matcha teh tu, tak pasti lah pula k.fiezz. Mungkin boleh cari di mana-mana website shopping macam shopee/lazada. K.fiezz ada cuba cari di Mr Google matcha teh ni.. First time benornya dengar nama matcha teh ni dan baru tahu ada matcha teh. Peghak kejap sebab baru kenal. haha. Kalau teh hijau, teh lemon, teh hitam tu biasa dengar. 

See bermacam jenis teh ada. Hah, lepas ni nak minum teh, kita minum teh atas ni untuk kesihatan. hehe. Terutama teh lemon tu, boleh bantu kurangkan berat badan & dapat vitamin C juga. Pakej 2 dalam 1.

So ni antara jenis teh dan khasiatnya tersendiri yang boleh bantu dari segi kesihatan. Jadi kalau korang yang ada masalah-masalah kesihatan seperti senarai di atas, boleh cuba teh yang bersesuaian sebagai alternatif untuk membantu masalah korang tu. 

Walaupun orang cakap teh ni berangin tapi ada teh yang berkhasiat seperti di atas. Jadi jangan pandang rendah tau dengan teh. 

My Favourite Tea..Lemon Tea!!!

3 Comments

  1. Betul tu .kalau awal pagi minum air teh , mesti awal je ke toilet .

    ReplyDelete
  2. mama suka teh halia.. cuma matcha tea tu tak tau boleh telan ke idok

    ReplyDelete