Belanja diri sendiri bag coach uoll. Wah kemain tau k.fiezz beli bag branded je. Haha. Nama je bag branded tapi idak lah mampu beli bag coach original. haha. Ikut kemampuan poket sendiri. K.fiezz ni memang peminat bag. Pantang lah nampak orang jual bag, mesti lekat seketul dua. Tapi selalunya beli bag biasa & tak ada jenama. Sesekali  tukar lah citarasa beli bag branded pula. Bag branded murah je uoll. Baru ni k.fiezz dapat duit job dari blogging, belanja lah diri sendiri bag berjenama walaupun fake je. haha. Ukur baju di badan sendiri gitu. Kang sis beli hat original pun orang tak percaya sebab sis golongan rakyat marhaen je. Jadi beli je hat fake. Sama je ada cop brand kat luar bag. Dalam pun lebih kurang sama. hehe.

Nak Beli Kat Mana Bag Branded Murah Ni?


Beli kat mana bag branded murah ni. Seperti biasa, shopee saja. Tapi k.fiezz tak berani nak bagi link seller yang jual bag branded murah ni sebab kat shopee ikutkan tak boleh jual bag copy branded. Bila seller buat live jual bag branded ni, siapa yang berminat kena typo nama brand untuk elakkan seller kena banned dengan shopee. 

Ramai juga seller yang jual bag branded murah macam ni kedai diaorang kena banned dengan shopee sebab melanggar peraturan jual barang berjenama copy macam ni. Jadi sebagai pembeli, kita tolong lah seller. Yelah diaorang pun cari rezeki kat situ. Kita pun sebagai pembeli nak juga beli bag branded tapi kalau yang ori memang tak mampu lah kan ceritanya. Jadi ada seller yang jual bag branded murah macam ni, rezeki lah kita dapat beli bag branded murah. 

Nak juga fefeling mak datin pakai bag branded. hehe


BAG COACH


Nak tahu tak berapa rm k.fiezz beli bag coach ni?Bawah RM100.. hehe. Murah kan. Masa seller beritahu dia lelong bag ni harga RM**. Laju k.fiezz komen nak. Murah weiii. Bag Coach. Orang bukan tahu pun kita pakai ori ke fake. Tapi kalau orang tengok appearance k.fiezz, confirm diaorang cakap sis pakai bag fake je. Hah!! Rugi je beli ori tapi orang ingat bag fake. So baik lah beli yang fake je. haha. 

Eh. Ni beli nak berlagak ke camne?Haha. Idak lah nak berlagak. Cuma nak beritahu lah kalau k.fiezz beli ori pun orang mesti ingat sis pakai yang fake. Jadi baik lah beli yang fake je. haha. Harga pun murah. Jimat duit dalam bank. Pakej eksen macam orang ada-ada pun boleh...haha. Motif tau..
 


bag coach, bag branded murah

Bag Coach ni tali panjang & ada 2 compartment.Bahagian tepi depan & belakang pun ada slot lagi. Tali boleh adjust. 


bag coach, bag branded murah

Dah rasmi guna minggu lepas masa jalan-jalan kat Low Yat. 

Overall k.fiezz puas hati dengan sling bag Coach ni. Ruang dalam dia pun luas. Boleh letak macam-macam. Handphone, purse panjang, power bank, hand sanitizer, spray sanitizer

K.fiezz memang suka sling bag. So bag ni memenuhi piawaian k.fiezz..

Ada lagi bag branded yang k.fiezz beli kat shopee dari seller lain. Nanti k.fiezz share yea bag branded lagi satu.

DUA TRUSTED SELLER JUAL BAG BRANDED MURAH


Setakat ni ada 2 trusted seller k.fiezz beli bag branded murah berbanding dengan seller lain. Harga kat kedai 2 seller ni memang murah dari kedai-kedai lain. Kalau masuk kat shopee tu banyak kedai jual bag branded yang k.fiezz follow. Dan dua seller ni harga bag branded yang diaorang jual agak murah & mampu milik. 

Kalau hat premium, harga memang mahal sikit. Tapi kalau bag yang gred biasa macam k.fiezz beli ni, murah.  Kedai-kedai lain, bag gred biasa pun harga lebih RM100. Kalau premium, apa tah lagi. Itu yang kalau tengok seller lain buat live jual bag branded diaorang, k.fiezz cuci mata je lah.

Tapi tu lah nak share link 2 seller ni, k.fiezz tak berani. Sat gi takut orang pi report ke apa. Mana nak tau kan.Rambut sama hitam, hati lain-lain. Tutup kedai diaorang, nanti sis nak shopping bag branded murah kat mana lagi. haha. Dah dapat lubuk tempat murah ni,kan. Kena lah simpan. 

Kalau korang nak beli bag branded murah ni, boleh pm k.fiezz kat facebook. Nanti k.fiezz share link seller

5 Comments

  1. Cantik bag tu..skrg orang macam- macam perangai kan..PM me pleaseeee....nak jugak terjebak

    ReplyDelete
  2. Susah nak cari barang branded yang harga murah

    ReplyDelete
  3. Cantikkk baggg tu
    My mom beli bag di shopee jugak

    ReplyDelete
  4. sebab tu lah saya sangat suka shopee hahaha

    ReplyDelete
  5. Beg branded pun kuakiti memang tiptop . Memang murah ccl pun suka shopping dalam shopee

    ReplyDelete