Bag Saddle Dior, beg idaman dah sampai.yeay. Lama duk usya bag saddle dior ni,tau. Sejak ternampak Cik Epal, blogger yang famous amos tu pakai beberapa tahun lepas,sejak itu memang berkenan giler dengan bag ni. Nak beli original macam cik epal memang tak mampu lah weii. Harga original masa Cik Epal beli dulu 12-13k sebiji beg ni,hah. Nak menabung pun,berapa tahun lah agaknya  baru cukup. Haha.

Tapi rasanya kalau ada duit banyak tu pun,idaklah nak beli yang original.haha. Dasar kedekut,kan.Nak bergaya tapi berkira. Hehe. Tapi kalau korang yang memang kategori ada-ada, duit banyak  & jenis tak berkira tak kisah lah yea. Pilihan masing-masing. K.fiezz ni memang dalam kategori berkira sikit. Sejenis nak bergaya tapi berkira. haha  

bag saddle dior, dior saddle bag


Berkenan Design Bag Saddle Dior


Kenapa k.fiezz suka sangat bag saddle dior ni? Haruslah sebab design dia tu. Unik tau. Sekali tengok terus jatuh cinta berkali-kali. 

Seriuslah masa tengok Cik Epal pakai bag saddle dior ni, termimpi-mimpi sebab suka giler dengan design dia. 

Masa tu tengok je lah sebab tak tahu kat mana nak beli bag ni. Tak terfikir pun ada jual yang ala-ala ori. Copy ori lah orang cakap. Tengok je lah orang pakai. Tambah macam Cik Epal yang memang dalam kategori blogger top & ada-ada. Nak jeaolous pun, kita tahu kemampuan dia & kemampuan kita. Jauh beza.  Dia dapat offer review, sekali dapat br K-k. Haha. k.fiezz yang kategori blogger suam-suam air masak ni  (haha), dapat ratus je. Itu pun dah syukur alhamdulillah ada juga orang offer job.  

Masa tu tengok Cik Epal ni pakai dior saddle bag ni berangan je lah weii. 

Tahun lepas masa beraya kat rumah kakak ipar, dia tunjuk dior saddle bag dia baru beli. Erm...sebiji macam Cik Epal punya. Mak aih, panasss je rasa. haha. Sebab bag idaman. Kakak ipar k.fiezz punya beli yang original. Dia beli harga RM10k kalau tak silap. Kelip-kelip mata je lah weiii.   Dia meniaga & ada kedai kek sendiri, memang mampu lah beli. K.fiezz yang pekerja gomen ni, sedar diri sikit.haha. 


Terjebak Seller Jual Bag Branded Di Shopee Live

Bila k.fiezz dah terjebak duk melayan shopee live yang boleh terjumpa seller-seller jual bag branded ni. Boleh dikatakan semua seller yang jual bag branded,fiezz follow.Rajin jugalah k.fiezz layan live seller sebab nak tengok bag-bag branded yang diaorang jual.

Masa duk layan live seller-seller ni lah ternampak ada yang jual bag saddle dior ni. Dah nampak tu,mula lah datang balik minat dengan bag saddle dior ni.  Memang k.fiezz aiming nak beli dior saddle bag ni. Lama dah usya. hehe Tengok harga seratus lebih je sebab bag copy ori. Kira boleh lah kan. Ukur baju di badan sendiri konsepnya.

Setiap kali ada seller yang buat live jual bag saddle dior ni, k.fiezz memang usya je. Nak beli kena tunggu dalam akaun menebal dulu. Ni dah tengah bulan, duit gaji yang ada untuk belanja, jadi kita usya je dulu seller yang jual. Buat perbandingan harga dulu. Tengok yang mana jual murah.  Nanti dapat gaji, kita beliii. hehe.


Bag Saddle Dior Dah Sampai. Yeay!!!


Dalam usya punya usya, terbeli juga. Eh. Kata nak tunggu gaji. Haha. Ceritanya mr hubby bagi duit uolls. Mr hubby tak tahu pun k.fiezz nak beli bag saddle dior ni. Tak cerita pun. Duk ingat nak beli dengan duit gaji lah. Itu yang nak tunggu dapat gaji. Tapi ni dah dapat rezeki terpijak, apa lagi. jom layan live seller kat shopee. hehe. Kebetulan ada salah satu  seller yang jual bag-bag branded  buat live. K.fiezz pun melayan lah. Sekali seller keluar bag saddle dior ni. Laju k.fiezz lock (beli). Stok baru sampai kat dia. Jadi banyak warna lagi ada. K.fiezz pilih hitam. Senang nak matchy-matchy dengan baju. 

Bag Saddle Dior yang k.fiezz beli ni, gred 1:1 saja. Apa gred 1:1 ni,k.fiezz? Untuk yang tak tahu, meh k.fiezz explain sikit. K.fiezz pun baru je tahu gred-gred bag ni bila dah terjebak dengan bag berjenama ni. Sebelum ni tak tahu pun. Ingatkan kalau bag berjenama ni, ada yang original saja. Rupanya ada juga bag ala-ala ori tapi gred biasa contoh macam 1:1 ni. K.fiezz beli saddle dior bag ni baru punya bukan bundle atau pre loved. Kalau bag bundle atau prelove, k.fiezz tak minat nak beli sebab mesti ada rosak sikit-sikit & harga yang seller letak tak adalah murah pun. Ratus juga. Baik beli yang baru macam ni walaupun copy ori sajo. 

Okey, membebel la pula k.fiezz ni. Berbalik kepada topik, bag 1:1 ni corak & saiz dia macam original dari A-Z. Apa yang kita beli di butik, sama lah yang kita dapat bila beli gred 1:1 ni. Kotak, kad,  dust bag & lain-lain. Senang cerita, semua sama macam ori. Mungkin ada sedikit perbezaan tapi kalau orang tak belek bag tu betul-betul, tak perasan pun. Melainkan dia baik punya belek,dapat detect lah original & copy bag ni.  Tapi why bother why bother. Bak kata Diva AA. haha. Kita beli sebab berkenan design dia,kan. Bukan harga & keaslian dia tu. Unless korang kategori ada-ada macam k.fiezz beritahu atas tadi, terpulanglah pada akaun bank masing-masing nak beli original atau copy saja. hehe.

Untuk k.fiezz dapat yang 1:1 macam ni pun dah puas hati weiii. Serius cantik giler bag dia. 

Jom tengok bag saddle dior ni dengan lebih dekat gitu. K.fiezz masa mula-mula nak beli saddle dior bag ni, was-was juga tau sebab bag ni boleh masuk ke purse saiz panjang. Kang tak boleh masuk, rugi je beli. Tanya dengan seller masa dia tengah review, dia cakap boleh masuk purse saiz panjang. Okey, cunnn...  


bag saddle dior, dior saddle bag

Bahagian dalam. Boleh muat purse saiz panjang (purse k.fiezz saiz 19 cm), handphone, hand sanitizer (kecil) & beberapa barang yang bersaiz kecil boleh slot in dalam ni. 
Korang, boleh tengok kat Tik Tok k.fiezz (fiezasani). K.fiezz ada tunjuk masukkan barang-barang dalam ni.


bag saddle dior, dior saddle bag

Belakang ada satu lagi slot yang letak handhone atau benda yang kecil & nipis.


bag saddle dior, dior saddle bag

Tag label di bahagian dalam dia. 


bag saddle dior, dior saddle bag

Dari luar. Cantik ke idok? Cakap cantik. Mahal ni tau dak. Walaupun idak lah belas ribu tapi seratus lebih pun, mahal gak untuk k.fiezz. haha. 


bag saddle dior, dior saddle bag

Dapat kotak & dust bag

Overall k.fiezz puas hati dengan bag idaman ni. Dapat-dapat je terus unboxing. Siap post kat Tik Tok. hehe. Surprisely, dapat view 400++ setakat ni. Tu dia. Siap ada lah yang komen tanya beli kat mana? Nampak tak ramai weii berkenan dior saddle bag ni. Kalau tengok dalam live seller pun, bila dia tunjuk dior saddle bag ni ramai berkenan. Berebut juga lah masa nak lock saddle dior bag ni haritu. Rezeki k.fiezz dapat selit seketul juga. hehe. 

Dari pemerhatian k.fiezz dari tengok live seller di Shopee, harga dior saddle bag ni,  untuk gred copy ori macam ni, anggaran RM100-RM200 harganya. Tengok pada seller. ada yang jual murah. Ada yang jual paling mahal RM180.  K.fiezz beli ni harga RM140. 

Kalau korang yang nak beli bag-bag berjenama tapi tak mampu nak beli original, cari saja seller di shopee yang jual bag-bag branded. Ramai jual. Bag yang harga riban-riban kalau original, cari di shopee untuk harga mesra poket.  hehe. Bag-bag berjenama macam ni kena beli melalui live saja yea. Jadi nak beli ni, korang kena tengok seller live & lock dalam tu. 

SELAMAT SHOPPING UOLLS!!!

DIOR SADDLE BAG, MY FAVOURITE!!!

4 Comments

  1. Cantik reka bentuk beg dior ni . Memang unik .. Design mahal ni

    ReplyDelete
  2. Whoaaa..saya pun tak pernah beli bag sampai harga rm 100..Ni kalau saya beli, kira paling mahal la..hahaha~Cantik design nyaa..Alhamdulillah, finally berada dalam genggaman ya!

    ReplyDelete