Wajib Pakai Sunscreen Setiap Hari Ke?
Siapa yang baru tahu kita wajib pakai sunscreen setiap hari?Mana yang baru tahu tu, sep sikit. Kita geng. haha. Sebelum ni k.fiezz ingatkan kena pakai sunscreen ni bila kita jalan-jalan atau berkelah ke pantai. Senang cerita time nak berkelah atau buat apa-apa aktiviti di pantai, baru ingat nak tepek sunscreen ni. Rupanya idak yea. Wajib pakai sunscreen hari-hari walaupun duduk di rumah.
Dah tua-tua macamni baru tahu. haha. Sebelum ni sunscreen bukan dalam list yang wajib beli. Tengok sunscreen pun sebelah mata je bila tiap kali ke drugstore untuk beli barang-barang skincare. Sebab duk fikir, buat apa nak beli. Bukannya nak ke pantai pun. Macam sekarang ni, lagi lah. Jangan kata nak berkelah?Nak balik kampung pun tak lepas. haha. Tapi silap yea anggapan sunscreen = pantai. Sekarang sunscreen = hari-hari walaupun duduk di rumah.
So lepas ni kena masuk sunscreen dalam senarai wajib beli. Dan k.fiezz dah jadikan rutin sekarang. Hari-hari memang wajib pakai sunscreen selepas selesai sesi langkah penjagaan muka. Sunscreen ni pakai last sekali dalam step tu.Sebelum ni tak buat sebab tak tahu.
Nasib lah jeragat belum nampak lagi memunculkan diri di permukaan kulit. Beberapa tahun lepas masa k.fiezz buat facial treatment kat satu salun kecantikan. Beautician ada tanya k.fiezz, pakai tak sunscreen?K.fiezz cakap pakai sebab dah sekali ada dalam foundation. Memang masa tu harapkan sunscreen yang dah ada dalam foundation je. hehe. K.fiezz tanya dengan dia kenapa?Dia beritahu dari penelitian masa scan kulit k.fiezz sebelum mulakan rawatan, dia cakap kulit k.fiezz dah nampak bintik jeragat-jeragat dari dalam kulit. Tengah tunggu masa nak keluar je. erkkk. Tapi tetap tak sedar diri masa tu, k.fiezz dengar je masa dia cakap macam tu. Hehe. Maklumlah tak tahu kena pakai sunscreen. Tak cukup harapkan dari spf dalam foundation yang k.fiezz pakai masa tu saja.
KENAPA KENA PAKAI SUNSCREEN?
Mesti ramai tertanya-tanya soalan di atas ni termasuklah k.fiezz sendiri masa mula-mula tahu kenapa kena pakai sunscreen hari-hari. Jom kita tengok sebabnya :-
- Untuk elakkan kulit nampak kusam, tak bermaya, tona kulit tak sekata, gelap ataupun sunburn.
- Elakkan kulit kita lembik, berkedut & nampak lebih tua dari usia
- Mengelakkan pertumbuhan jeragat (sebab punca timbulnya masalah jeragat disebabkan kita tak pakai sunscreen)
- Elakkan kulit kita dari terdedah kepada kanser kulit
CARI SUNSCREEN ADA PA+
UVB: Burning - Pakai sunscreen yang ada SPF30-50 untuk elakkan kulit jadi burn.
DUDUK RUMAH PUN KENA PAKAI SUNSCREEN KE?
Yea.. Walaupun duduk di rumah, wajib pakai sunscreen. Eh duduk kat rumah bukan kena cahaya matahari pun?Ehhh sapa kata tak kena. Cahaya matahari boleh masuk dalam rumah bila kita buka pintu, tingkap. Melainkan kalau korang duduk di rumah, langsir pun jenis gelap. Memang tak buka pintu, tingkap, jadi cahaya matahari memang tak boleh nak masuk. Hah, kalau macam tu, tak payah pakai sunscreen pun tak apa sebab kulit kita tak terdedah pada cahaya matahari. Tapi kalau kita buka pintu & tingkap dan cahaya matahari masuk ke dalam rumah, kalau tak nak pakai sunscreen memadai kita pakai pelembap yang ada spf 15-30.
Cuma bila kita nak keluar rumah untuk sidai kain atau angkat kain dari ampai, siram pokok bunga, ambil daun serai/kunyit/pandan untuk masak atau apa-apa aktiviti yang korang melangkah keluar dari rumah di waktu siang hari, wajib pakai sunscreen hokay sebab kulit kita dah terdedah kepada cahaya matahari. Jadi kita wajib pakai sunscreen untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Pastikan pakai sunscreen dengan jumlah yang mencukupi iaitu 2 jari supaya kulit kita dapat perlindungan maksimum. K.fiezz pun baru tahu juga info pakai sunscreen 2 jari ni. Sebelum tu, main tonyoh je ala kadar gitu sebab nak jimat. hehe. Jadi dah tahu teknik ni, pastikan ikut. Ada sebab kenapa suruh pakai banyak itu (rujuk gambar).
Reapply Sunscreen
Setiap 3-4 jam kena reapply sunscreen untuk pastikan sunscreen sentiasa mencukupi untuk melindungi kulit kita dari sinar UV. Jangan lah korang pakai pagi sampai petang lepas tu kulit gelap, korang bising kenapa kulit gelap. Jadi itu lah sebabnya kita kena reapply sunscreen selepas 3-4 jam.
Mudah faham kenapa kena reapply sunscreen setiap 3-4 jam, jumlah yang kita dah tepek sunscreen mampu bertahan beberapa jam sebelum kulit kita sunburn daripada sinar uvb. Jadi sebab itu kita kena reapply sunscreen selepas 3-4 jam.
SUNSCREEN @ SUNBLOCK?
Ada orang panggil sunscreen. Ada yang panggil sunblock. Jadi yang mana satu benornya. Jom kita tengok sikit apa beza sunscreen dan sunblock ni?
Sunscreen adalah bahan yang menapis segala bentuk radiasi sebelum masuk ke dalam kulit kita dan hanya benarkan radiasi yang tidak memudaratkan sahaja untuk tembus masuk ke dalam kulit kita.
Boleh dipakai hari-hari di rumah & dimasukkan dalam salah satu rutin wajib penjagaan kulit kita. Fungsi sunscreen sebagai pelindung untuk kulit kita dari terdedah kepada cahaya radiasi yang lain seperti cahaya telefon bimbit, laptop, komputer, tv, lampu & lain-lain yang boleh menjadi punca kulit kusam serta menyebabkan penuaan seperti munculnya bintik-bintik hitam pada kulit muka, kedutan & lain-lain.
Sunblock bahan pelindung yang akan menyekat segalanya dari masuk ke dalam kulit kita. Sekat ni maksudnya SEKAT semua termasuk yang elok dan tidak elok.
Sesuai dipakai bila kita buat aktiviti yang bukan kita buat hari-hari contohnya berkelah atau mandi di laut sebab kita terdedah kepada cahaya matahari yang terik masa ni.
Jadikan sunscreen rutin harian
Dah tahu kepentingan sunscreen ni & kenapa wajib pakai sunscreen, jadikan rutin harian kita setiap hari tak kisah samaada kita keluar rumah atau duduk di rumah. Malas?Memang ikut kan malas tapi bila dah makin berumur nanti muka nampak kusam, berkedut dan nampak lagi tua dari usia sebenar. hehe. Macam k.fiezz memang tak mau lah nampak macam tu sebab sis memang dah berumur sekarang. hehe. Nak lah maintain nampak muda remaja, jadi key point dia kena rajin pakai sunscreen.
Sapa yang baru tahu kepentingan wajib pakai sunscreen hari-hari jadikan rutin mulai sekarang. Tak apa walaupun baru tahu sebab tak salah pun mula pakai dari bila-bila. Sebelum ni kita tak tahu wajib pakai sunscreen tapi ni kita dah tahu, boleh saja mula dari sekarang.
Jangan Skip Pakai Sunscreen!!
4 Comments
Dulu saya tak pakai sunscreen, sekarang saya baru pakai
ReplyDeleteDuduk rumah pun kena pakai K. Fiezz heheh tapi tu ah kita ni bukan rajin sangat. ikut mood :P dah nak kena reapply juga
ReplyDeleteJangan skip! Tu penting .
Sy jarang guna juga kalau di rumah.. kalau ingat tu memang gunalah haha
ReplyDeleteSunscrren & sunblock memang ccl akan wajib pakai even kalau duduk di rumah pun . Takut makin berusia ni nanti kalau tak jaga naik jeragat bertompok2 pulak
ReplyDelete