Tips Cara Peram Pisang Cepat Masak
Baru-baru ni k.fiezz ada share dapat kiriman buah durian dari kampung, kan. Sekali dengan durian tu, ada juga buah-buahan lain. Antaranya pisang. Cuma pisangnya muda lagi macam dalam gambar bawah ni. Biasa orang cakap cara peram pisang cepat masak, balut dengan kertas surat khabar & biarkan beberapa hari. Selain dari tu, ada juga yang bagi petua kena letak apa entah masa peram tu untuk bagi cepat masak. Memamdangkan rumah k.fiezz ni, tak ada paper. Baca paper semua online saja. Itu pun tak lah rajin sangat nak baca paper. haha. Habis macamana nak peram pisang ni, weii?Kebuntuan mikior. Nak biar gitu je kat luar.
Lepas tu tetiba datang idea. Ting ting ting. Tak ada paper, apa ada hal. Biasanya balut pisang dengan surat khabar tu sebab nak bagi dia tak kena cahaya, kan. Jadi kita cuba lah cara moden ni. Nak tahu ke cara peram pisang cepat masak ikut style k.fiezz. hehe.
Masa dapat pisang ni, elok hijau lagi wei. Adeh. Pening mikior haritu macamana cara peram pisang ni sebab tak ada kertas surat khabar kat rumah k.fiezz ni.
PERAM PISANG DALAM MICROWAVE
Hah, susah sangat tak ada surat khabar. Ni lah cara peram pisang style k.fiezz. hehe. K.fiezz masukkan pisang dalam microwave & biarkan dalam tu beberapa hari. K.fiezz pun ingatkan mungkin biasanya peram pisang ni ambil masa seminggu juga. Jadi k.fiezz biarkan je pisang dalam tu. Tapi idak lah pula k.fiezz on suis microwave tu. Jenuh pula nak pasang berapa hari nak bagi pisang sampai masak. K.fiezz cuma masukkan saja dalam microwave & pisang tu k.fiezz tutup gitu je dengan tisu dapur. Masa nak guna microwave, k.fiezz keluarkan lah kejap pisang. Lepas dah siap panaskan lauk, masukkan balik pisang dalam tu.
Selepas 3 hari, tadaaa. Hasilnya seperti dalam gambar di bawah ni . K.fiezz saja screenshot sekali dengan tarikh. Jadi sis tak tipu tau. 3 hari je pisang dah elok masak lepas buat cara peram pisang cara moden ni. K.fiezz tangkap gambar pisang ni masa hari dapat & hari yang dah elok masak. Saja je benornya tangkap gambar. Lepas tu baru teringat, share je lah kat blog. Lain kali boleh rujuk. Kadang tuan blog pun boleh tahan pelupanya. haha.
Biasanya kalau buat cara peram pisang yang balut dengan surat khabar tu ambil masa seminggu juga kan. K.fiezz pernah try sebelum ni masa kawan bagi pisang hijau tak masak lagi macam gambar atas, memang dekat seminggu juga baru masak.
Lepas dah tukar warna macamni, k.fiezz bagi gambar kat mak. Mak cakap memang dah elok masak tu & dah boleh makan. Ni pisang minyak (orang kampung panggil), kalau orang bandar lebih kenal dengan nama pisang mas. Mak k.fiezz cakap makan gitu je. Tak payah buat goreng ke apa. Memang sedap lah k.fiezz & mr hubby makan gitu je. Kitaorang memang selalu beli pisang pun sebab mr hubby suka. Ni dapat free, lagi lah sedap. hehe.
NAK PERAM PISANG
Lepas ni dapat stok pisang yang belum masak, boleh lah cuba buat tips ni lagi. K.fiezz pun cuba je cara peram pisang cepat masak ni guna microwave. hehe. Mana nak tahu berhasil pula. Sebab k.fiezz ikut logik je. Biasanya balut pisang dengan surat khabar tu sebab nak bagi dia tak kena cahaya sangat supaya cepat masak. Abis dah kat rumah tak ada surat khabar. K.fiezz letak je lah dalam microwave sebab dalam tu kan gelap. Sesuai gitu untuk peram pisang. hehe.
Jadi korang kalau tetiba dapat atau beli pisang hijau tak masak lagi, boleh lah cuba cara peram pisang cepat masak style k.fiezz ni. hehe. Cuma k.fiezz tak pasti samaada cara peram pisang ni berhasil untuk semua jenis pisang ke atau jenis pisang ni je?Nanti dapat pisang jenis lain, k.fiezz cuba yeak. Kalau korang nak cuba untuk jenis pisang lain, sila lah yea. Nanti share hasil dia tau. Nak tahu juga.
SELAMAT MENCUBA!!!
1 Comments
Pisang muda sedap juga kalau dibuat kerepek
ReplyDelete