Sediakan Tempat Letak Barang Untuk Kurier.
Kreatif ke idak buat macamni. Haha. Kita sediakan tempat letak barang untuk kurier masukkan parcel masa nak hantar barang kat rumah. Bila sejenis suka shopping online, lepas tu kurier hantar barang time k.fiezz masuk pejabat. Aiyakkk. Macam ni lah solution nya. Barang ni k.fiezz bukan beli dari shopee. K.fiezz beli direct dari seller. Jadi lepas buat pembayaran Jumaat lepas, memang k.fiezz dah pantau proses penghantaran barang dari seller. Tengok dalam sistem seller, barang dah di hantar kat kurier hari ahad. Isnin k.fiezz masuk pejabat. Eh, tak boleh jadi ni. Jap gi budak kurier datang rumah nak hantar barang, tak ada orang kat rumah kena pi tempat diaorang pula nak ambil. Lecehnya. Jadi kita sediakan tempat letak barang untuk mudahkan kerja kurier. Tak payah diaorang nak call penerima. Ada setengah kurier rajin call. Ada yang tak berapa nak rajin. hehe. Ikut pada kurier tu sendiri.
SEDIAKAN BEG & NOTA
K.fiezz memang dah terfikir nak buat macamni. Sediakan beg tempat letak barang (parcel). Nak buat macam ni ikut kesesuaian rumah masing-masing lah yea. Macam k.fiezz ni rumah flat. Tak ada masalah kalau hujan sebab tak kena pun. Untuk rumah teres mungkin, tengok kesesuaian, takut hujan. Basah nota & parcel.
Sebelum ni k.fiezz pernah buat juga. Masa tu nak keluar teman mr hubby ke klinik. Takut budak kurier datang ke rumah masa kitaorang keluar. K.fiezz letak beg tempat letak barang kat luar rumah. Mr hubby tak berapa setuju sebab macam war-war kat orang kitaorang tak ada kat rumah masa tu. Risau lah kan takut rumah jadi sasaran pencuri ke apa. Mana kita nak tahu. Tapi tak ada pilihan. K.fiezz cakap kat mr hubby. Kejap je sementara kita gi klinik. Klinik pun tak lah jauh dari rumah. Dalam setengah jam dah sampai rumah semula.
Tapi nasib baik masa tu budak kurier belum sampai lagi. Cuma k.fiezz biar je letak beg & nota ni kat luar sebab nak tutup pintu. Masa tu k.fiezz tunggu 2-3 barang. Ada yang dapat lepas kitaorang dah sampai rumah. Hat lain lambat. Dah lewat petang. K.fiezz biasanya buka pintu sampai pukul 5 lebih je. Pukul 6, k.fiezz dah tutup pintu. Tak elok kan dah nak senja. Jadi k.fiezz decide biar je beg & nota ni kat pagar sebab tunggu budak kurier yang lain sampai. Memang cara terbaik buat macam ni sebab elok k.fiezz dah siap mandi, dengar budak kurier ketuk pintu. Dia letak barang dalam beg ni. hehe. See ada gunanya. hehe.
BARANG SAMPAI
Ni kali ke-2 k.fiezz buat cara yang sama. Pagi semalam sebelum k.fiezz nak keluar gi kerja, k.fiezz letak siap-siap beg & nota ni kat depan pagar. Cakap kat mr hubby sebab takut time dia gi kerja. Dia pi tanggalkan pula. haha. Dia kan tak suka buat macam ni.
Nota pesanan sebab tuan rumah tak ada kat rumah. hehe
KENA BELI BAKUL UNTUK LETAK BARANG
Memandangkan cara ni berhasil, nanti nak cari bakul atau tempat letak barang yang boleh sangkut kat pagar. Senang budak kurier nak letak barang. Maklumlah sis suka shopping online. Haha. Hobi.
Eh sedar tak sedar kita dah masuk tahun baru dalam Islam hari ni. Salam Maal Hijrah kepada semua umat islam. Moga kehidupan kita lebih baik dari sebelum ni & kita memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Moga lebih banyak kejayaan yang kita capai dari tahun sebelum.
Kita mulakan tahun baru dengan lafaz Bismillah & ada salah silap, saling memaafkan antara kita.
SALAM MAAL HIJRAH 1443H
5 Comments
bagus jgk idea ni kak fiezz.
ReplyDeletesyu slalu letak alamat tmpt keja je, senang. hehe
Idea yang bagus
ReplyDeletebagus ni kan, boleh kurangkan contact
ReplyDeleteBagus juga . At least memudahkan lagi urusan courier tu nak letak barang kalau2 owner barang tiada di rumah
ReplyDeleteBagus jugakk idea ni
ReplyDelete