Rendang Daging Maman, siapa pernah cuba? Komen sikit. K.fiezz first time cuba rendang daging maman ni. Saja support kawan pejabat yang jual rendang daging maman frozen ni. Harga rendang 
maman daging ni, berapa?Yang kawan k.fiezz jual ni, satu bekas RM18 saja. 

Rendang Daging Maman yang kawan k.fiezz jual ni jenis frozen. Bila nak masak, panaskan saja dalam microwave. Lepas tu siap untuk di makan. Satu bekas, boleh ulang makan 2-3x kali. Tengok pada kuantiti isi rumah masing-masing yea. Rumah k.fiezz. Kitaorang berdua saja. Jadi satu bekas tu agak banyak sekali masak. Boleh ulang 2-3 kali. 

Jangan tanya k.fiezz resipi ni, hah. Jenuh pula nak cari daun maman kat KL ni. haha. Kalau korang yang ada pokok maman kat sekitar kawasan rumah, boleh cuba google Resipi Daging Maman ni.


RENDANG DAGING MAMAN MASAKAN NOGORI


Rendang Daging Maman ni resipi dari Nogori Sembilan. Masa kawan k.fiezz promote dalam Whatsapp, macam was-was nak beli sebab tak pernah makan. Daun maman, k.fiezz pernah dengar. Sebab kalau tak silap belah abah k.fiezz suka buat jeruk maman. Itu yang biasa dengar daun maman ni. Tapi daun maman masak rendang bersama dengan daging, pertama kali nak cuba ni. 

Bila baca asal-usul rendang daging maman ni dari Nogori Sembilan, patut lah k.fiezz tak pernah makan. Sis kan orang Perak + KL. haha. 

Untuk korang yang tak pernah tengok rendang daging maman ni, rujuk gambar di bawah. 

rendang daging maman, harga rendang maman daging, jeruk maman,khasiat pokok maman

TAK PASTI MR HUBBY SUKA KE TAK RENDANG DAGING MAMAN NI?


Haha. Serius weii, k.fiezz main beli je rendang daging maman ni. Lepas dah order dengan member, baru k.fiezz teringat mr hubby makan ke?Dah lah warna dia kuning. Mr hubby masakan yang warna kuning macam masak lemak, dia tak berapa suka. Lepas tu yang rendang daging maman ni, ada daun maman. Sejenis sayur. K.fiezz duk syak confirm mr hubby tak nak sebab dia tak suka sayur. Aiyakkk lupa pula part ni masak order dengan kawan pejabat tu. 

MACAMANA RASA RENDANG DAGING MAMAN NI?


Percubaan pertama kali makan rendang daging maman ni untuk tekak k.fiezz boleh terima. Mr hubby?Seperti yang di agak, memang tak berapa gemor. Dia makan juga sikit tapi k.fiezz kena pilih. Ambil daging saja. Daun maman tu dia tak mau. Adeh, sabor je lah sebab nak asingkan daun maman & daging tu agak payah juga sebab daun maman dah melekat kat daging. 

Overall rasa rendang daging maman ni. boleh diterima tekak. Untuk yang suka makan atau tak kisah makan sayur, rasanya tak ada masalah makan rendang daging maman ni. Tapi kalau jenis tak makan sayur macam mr hubby, agak jenuh kena asingkan. 

K.fiezz tengok di Mr Google, ada juga masak rendang maman ni guna ayam selain dari daging. Ikut selera masing-masing. 

INFO POKOK MAMAN & KHASIATNYA?

Dah kenal daun maman. Meh baca sikit info pasal daun maman ni dari mana & apa khasiat dia?

Pokok maman ni banyak di tanam di Terengganu & Negeri Sembilan. Dikenali sebagai pokok yang mudah untuk dijaga & kaya dengan pelbagai vitamin seperti ZAT BESI, KALSIUM & VITAMIN C. 

Antara khasiat daun maman :-
  • Merawat angin dalam badan
  • Hilangkan rasa sakit & sengal (boleh dihancur & di sapu/gosok pada belakang pinggang)
  • Gosok pada kulit yang gatal, reumatisme & kepala untuk hilangkan sakit kepala
  • Lawaskan sistem penghadaman
  • Hilangkan masalah kahak
  • Penawar untuk penyakit hati & hempedu
  • Memelihara kulit yang kurang Vitamin C
Nampak tak khasiat dia. Bukan sebarangan tau. Lepas ni bila nampak daun maman dalam masakan contoh macam rendang daging maman ni, jangan buang daun tu. Makan je sekali dengan daging. Perut kenyang & khasiat pun dapat. Untung ke idak?

Biasa kita ni kalau masak mesti ada lauk pauk & sayuran, betul tak?Dengan Rendang Daging Maman, dah masuk 2 sekali dalam satu hidangan. Lauk utama & sayur. Complete.

Kalau korang yang nak cuba rendang daging maman ni, sila cari pada kawan atau kenalan korang tau. 
 
SELAMAT MENCUBA RENDANG DAGING MAMAN!!!

5 Comments

  1. Baru tahu khasiat maman ni . Selalu dengar jeruk maman je , tak tahu pulak maman ni boleh dibuat rendang

    ReplyDelete
  2. xpernah makan lagi rendang maman ni..:)

    ReplyDelete
  3. Biras ammi org Gemencheh. Kalau dia masak ghondang maman ni perghhh. Takyah lauk lain dah

    ReplyDelete