Jom k.fiezz nak kongsi perfomance blog untuk bulan Jun 2021. Lupa pula nak kongsi. Duk kat rumah ni, busy betul aktiviti sebab asyik lupa. haha. Perangai sangat. Padahal tengok tv je. haha. 

JOINT PROMOTE LINK DI FACEBOOK GROUP

Rujuk pada laporan Google Search Console untuk perfomance blog k.fiezz bulan Jun yang lepas nampak meningkat sebab k.fiezz baru joint promote blog link di facebook group. Ini sebenarnya antara cara menaikkan trafik blog. Nak tahu buat macamana? Contohnya kita ada tulis entry pasal resipi, jadi kita kongsikan mana-mana link entry resipi di facebook group pasal resipi atau  kalau entry pasal tips kecantikan,kesihatan kongsi kan link di mana-mana facebook group yang dirasakan sesuai. Lepas dah buat tu, screenshot & bagi link entry yang kita kongsi di facebook group tu pada admin BITERS in charge & dia akan kongsikan pula link entry kita dalam group telegram berkaitan. Jadi dari situ, kita tarik orang yang ada dalam group Telegram tu untuk masuk ke blog kita pula. Satu hari satu link entry saja dibenarkan. Setiap kali kongsi link entry tu pastikan entry yang berbeza contoh macam resipi masakan. Takkan hari-hari nak kongsi resipi yang sama yea tak?Jadi setiap hari kongsi kan lain-lain resipi. 

Ini konsep & cara yang dipraktik oleh ahli-ahli BITERS

Untuk yang bukan ahli BITERS, korang boleh kongsikan link entry blog di facebook group yang bersesuaian mengikut isi kandungan entry. Nak tengok hasil dari cara menaikkan trafik blog yang dah dipraktikkan ni samaada berjaya ke tidak bukan terus boleh nampak. Kena konsisten yea korang. Jadi cuba lah praktikkan beberapa bulan. Lepas tu korang nilaikan sendiri hasil dia macamana. 

CARA UNTUK MENAIKKAN TRAFIK BLOG

Bila dah joint BITERS, banyak info kita dapat. Cuma antara rajin dengan tidak saja. Macam cara menaikkan trafik blog ini antara tips yang kitaorang dapat di situ. Bila trafik blog meningkat, sekaligus dapat menaikkan income Adsense sekali. Kalau yang mana konsisten buat cara ini, boleh keluarkan duit dari income Adsense setiap bulan. 

Mula-mula K.fiezz macam segan nak joint promote blok link ni kat facebook group. Lagi satu k.fiezz ni tak berapa nak rajin juga lah nak share-share ni. Tapi duk fikir, buat saja lah kan. Tak buat mana nak nampak hasilnya. Selepas seminggu-dua k.fiezz buat cara ini, nampaknya trafik blog meningkat. Alhamdulillah.  

Income Adsense k.fiezz pun dah bertambah jadi USD90+ . Sebelum tu statik kat USD70+ tak bergerak. Hari-hari asyik check bila lah nak naiknya. Lepas joint promote link ni terus naik USD10+. Alhamdulillah. Tak sabar nak cash out. hehe. Sebab bayaran dalam USD. Tukar ke duit kita, korang kira lah sendiri berapa. hehe.


Perfomance blog k.fiezz untuk bulan Jun 2021

duit adsense, cara menaikkan trafik blog
Entry tertinggi untuk bulan Jun 2021

duit adsense, cara menaikkan trafik blog

Carian di Mr Google yang orang masuk ke blog k.fiezz

duit adsense, cara menaikkan trafik blog

1st page - Buah Menia. Kisah buat menia ni cerita lama weiii. Terkejut tengok ini antara carian utama yang orang masuk ke blog k.fiezz

duit adsense, cara menaikkan trafik blog
1st page - Mamom Mik Booster. Carian kedua tertinggi yang orang masuk ke blog k.fiezz.


duit adsense, cara menaikkan trafik blog

1st page - Masak Kambing Bakar Guna Air Fryer. Carian ketiga tertinggi yang orang masuk ke blog k.fiezz. 


Overall perfomance blog untuk bulan Jun 2021 ni k.fiezz puas hati dan happy sebab trafik meningkat dari bulan sebelumnya. Cuma kena konsisten ikut cara yang BITERS ajar ni untuk dapatkan trafik ke blog. Ini sebenarnya antara cara menaikkan trafik blog. Ada antara ahli BITERS buat dengan konsisten cara ini  & berjaya cash out duit adsense konsisten setiap bulan, tau. 

Awa, founder BITERS memang setiap bulan cash out duit Adsense & antara cara yang dia buat ialah share entry dia kat facebook group. Paling banyak dia selalu kongsikan entry resipi sebab resipi memang orang cari. tak kisah lah resipi apa pun. K.fiezz boleh kategorikan entry resipi antara carian yang evergreen. Memang Awa sendiri pernah cakap sebelum ni dengan ahli BITERS dia berjaya keluarkan duit adsense setiap bulanCuma macam k.fiezz beritahu, k.fiezz ni bukan lah seorang yang rajin nak share link blog kat facebook group setiap hari. Tapi nak duit tapi malas, acane tu. haha. Jadi nak duit, kena rajin lah ceritanya. hehe.

Harapnya k.fiezz konsisten untuk ikut cara ini. Tengah usaha nak cuba keluarkan duit adsense setiap bulan. Kalau sebelum ni duit dari akaun adsense pertama kali k.fiezz berjaya keluarkan selepas beberapa tahun kumpul untuk cukupkan USD100. Kali kedua sekarang yang k.fiezz masih kumpul & setakat ni dah berjumlah USD90+, k.fiezz dah kumpul dari tahun 2020. Jadi lepas ni nak aiming keluarkan setiap bulan pula. 

Caiyok caiyok k.fiezz. hehe

6 Comments

  1. Teruskan konsistensi kak. Tahniah.

    ReplyDelete
  2. Tahniahhh
    Jemput komen yg rabia kak

    https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2021/07/your-june-performance-on-google-search.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Wahhhhh tahniahh kak fiezz! Saya nak share jugak link dekat facebook bloggers, tapi nampak macam tak aktif aje huhuhu. Semoga blog kak fiezz terus maju ya, biar boleh cashout adsense setiap bulan :)

    ReplyDelete
  4. teruskan ... konsisten.
    kita punya adsense dah kena banned , katanya invalid trafik.
    nak nangis !

    tapi x mengapalah, berdoa setiap hari semoga boleh jana pendapatan menulis blog dgn cara lain.

    Alhamdulillah, dapatlah upah tulis artikel untuk orang. Dan dilamar untuk join jadi penulis kat website. Semoga rezeki yang baik2 untuk semua. Amiin.

    ReplyDelete
  5. Congrats! Semoga bertambah cepat dpt keluarkan duit adsense - kalau dpt tiap2 bulan mmg paling best!

    ReplyDelete
  6. wah tahniah. memang mendadak naik tu. terbaik ^_^

    ReplyDelete