Holaaaa..Lama pula k.fiezz tak menaip kat blog kesayangan ni. Ater busy bebenor lah pun k.fiezz oiiii. Padahal kerja dari rumah je. haha. Biasalah sis busy layan Netflix waktu siang. Malam layan Disney pula. Duk marathon Criminal Minds. Haha. Okey, berbalik pada topik utama. K.fiezz nak kongsi resipi serawa durian. Resipi ni dari mak mertua k.fiezz. K.fiezz pertama kali tau dak masak serawa durian ni, hah. Kisah macamana terbuat resipi serawa durian ni dari adik ipar k.fiezz. Baru-baru ni k.fiezz beli roti. Lepas tu adik ipar cakap, kalau cicah dengan serawa durian sedap ni. Kakak fiezz ko ber huhu kejap sebab tak pernah masak serawa durian ni, hah. Terus suruh adik ipar telefon mak mertua tanya resipi serawa durian ni. 

Dah dapat resipi serawa durian, apa lagi meh lah masak. Jadi tak jadi, tak tahu lah. Harap-harap menjadi. Kalau tak jadi, membazir beli durian. hehe. Stok durian kebetulan ada kat rumah sebab baru-baru ni mr hubby beli durian kat area flat kitaorang ni. Nak jadi cerita durian yang mr hubby beli ada yang elok, ada yang tak berapa nak elok rasa dia. Jadi yang mana macam kureng sikit rasa dia & rupa pun macam tak berseri, letak dalam 1 bekas untuk buat apa-apa macam cekodok durian ke atau lain-lain. Tengok lah apa yang boleh dibuat gunakan durian. Sekali adik ipar bagi cadangan buat serawa durian, baik jom lah cuba walaupun tak pernah masak sebelum ni weiii.

RESIPI SERAWA DURIAN

Ni resipi serawa durian dari mak mertua k.fiezz. Very da simple resipi dia. Sap sap soi gitu. Haha. Eksen. K.fiezz dah lah pertama kali nak masak serawa durian ni lepas tu rasa dia pun k.fiezz tak pasti tau sebab jarang atau tak pernah makan. Tak ingat sangat pernah ke idak makan serawa durian ni. Jadi time masak serawa durian ni, minta tolong adik ipar untuk cuba macamana ke rasa dia. Okey ke tidak air tangan sis masak serawa durian ni. 

Bawah ni hasilnya selepas adik ipar & mr hubby dah rasa dia okey ke tidak. 


serawa durian, resipi serawa durian

BAHAN UNTUK SERAWA DURIAN

  • Durian (ikut lah nak banyak mana. K.fiezz masak ni guna banyak ulas sebab habiskan 1 bekas)
  • 1 Kotak Santan (kecil)
  • Garam (sikit)
  • Gula Perang (3-4 sudu besar)
  • Air (1-2 cawan) 
  • Daun pandan (kalau ada, boleh masukkan sekali sebab dia naikkan lagi bau)
CARA MASAK :
  • Durian tu k.fiezz keluarkan dulu isinya dari biji. Biji-biji tu ada yang k.fiezz gunakan untuk dapatkan bau dia. Tak terlalu banyak. Agak-agak berapa biji yang kita nak letak dalam serawa durian ni.
  • Bila dah siap sesi pengasingan isi & biji dia, masukkan 1 santan kotak. Kalau pekat sangat tambah air. Tapi jangan terlalu cair. Sedang-sedang je. Masukkan sekali garam & gula. Gula tu agak-agak ikut tahap kemanisan yang kita nak. Garam untuk rasa lemak-lemak santan. Tak terlalu banyak, jap gi masin lah pula.
  • Dah siap semua bahan-bahan ni di sekalikan dalam periuk. Buka api & kacau perlahan-lahan sampai mendidih. Kalau nampak dah pekat & rasa semua okey, dah siap.

serawa durian, resipi serawa durian

Tadaaaa. Siap untuk cicah dengan roti.

Komen dari mr hubby & adik ipar, sedap kata dorang serawa durian air tangan sis ni. hehe. Lain kali boleh lah masak lagi serawa durian ni. hehe. Dah terer. Ewah perasan. haha

4 Comments

  1. Lama dah tak makan serawa durian ni

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaa.....rasa mcm lama tak nampak fiza kat ig jugak hehehhe

    ReplyDelete
  3. Sedap. CCL pun selalu makan serawa durian dicicah brsama roti

    ReplyDelete
  4. Sedap. CCL pun selalu makan serawa durian dicicah brsama roti

    ReplyDelete