Cleansing Balm Obsess Combo, 1st Order Dari Kedai Shopee
Alhamdullilah. Order pertama yang k.fiezz dapat dari shopee. Customer order cleansing balm obsess combo (3 ketul). Selepas beberapa bulan sewa tapak kedai di shopee, bulan Jun baru k.fiezz dapat order pertama kat situ. hehe. Okey lah kan. Ada orang cepat dapat order, ada orang lambat. Hah, k.fiezz dalam kategori yang lambat tu.
KENA RAJIN PROMOTE BILA DAH BUKA DI KEDAI DI SHOPEE
CARA PERTAMA -
Macamana cara mendapatkan order pertama di Shopee ni?Sebenarnya lepas korang dah buka kedai kat shopee, korang tak boleh biar gitu je. Kena rajin promote kedai shopee korang di sosial media contoh macam di facebook, instagram feed, instagram story, whatsapp status. Eh semua lah sosial medai yang korang ada. Korang kena war-warkan pada semua yang korang ada kedai di shopee. Kalau tak promote macamana diaorang nak tahu, betul tak?
CARA KEDUA -
Kita minta tolong pada adik beradik, saudara-mara atau kenalan kita untuk beli barang yang kita jual melalui Shopee & selepas diaorang dah terima barang, minta tolong diaorang untuk rating kedai kita. Minta lah diaorang bagi rating elok-elok. hehe. Sebabnya biasalah kan, kita pun bila nak beli barang di shopee tengok rating kedai dulu yea tak?Kalau tengok rating elok, baru nak beli. Sama lah juga kita kena buat bila orang masuk ke kedai shopee kita tu. Rating baik & review dari customer semua yang elok-elok. Orang nak beli dengan kita pun confident. Untuk permulaan memang susah nak tarik orang supaya beli dari kedai kita tambah pula tak ada pelanggan lagi so orang takut nak beli sebab ingatkan kita scammer. Jadi cara mendapatkan order pertama di shopee, kita minta tolong pada adik beradik, saudara-mara atau kenalan kita beli barang yang kita jual melalui shopee untuk bagi rating & review elok-elok pada kedai kita. Tapi cara ini bukan lah pi paksa pula diaorang beli. Kalau dah kebetulan diaorang nak beli barang yang kita jual, kita minta tolong lah diaorang untuk beli melalui kedai shopee kita terutama kalau diaorang duduk di tempat lain yang kena guna guna pos/kurier. Memang tak boleh COD lah kan. Jadi suruh lah diaorang beli di kedai shopee kita.
CARA KETIGA -
Buat auto boost setiap 4 jam untuk 5 produk dalam kedai kita. Kalau kat kedai kita banyak produk, kita buat lah secara penggiliran. Cara ni mula-mula k.fiezz buat setiap 4 jam tapi macam leceh lah pula sebab kena buat secara manual & kena alert bila dah cukup 4 jam. Jadi k.fiezz cuba google pasal cara nak promote barang di kedai shopee kita. Terjumpa satu lagi kaedah iaitu boleh buat secara auto boost di Big Seller (Nanti k.fiezz kongsikan cara dia di next post).
ORDER PERTAMA
Alhamdulillah..baru-baru ni k.fiezz dapat order pertama dari kedai shopee k.fiezz selepas beberapa bulan. Haha. Eh tapi bagi cara bagai kat atas ni k.fiezz. Dah tu kenapa lepas beberapa bulan baru dapat sales pertama. haha. Cara kat atas ni k.fiezz dapat di FB dari group seller shopee & ramai yang dapat order cepat bila dah praktikan cara di atas ni. Cuma k.fiezz, antara 3 cara ni yang ketiga saja k.fiezz buat dengan konsisten (itu pun sebab automatik autoboost. hehe). Cara yang lain k.fiezz kurang praktikkan. Ada sesekali k.fiezz buat cara pertama tapi tak konsisten. Kejap promote kejap idak. Macamana nak dapat customer. Jadi hasilnya k.fiezz buka kedai di shopee bulan Februari 2021, bulan Jun 2021 baru dapat order pertama di shopee. Jadi kalau korang yang baru buka kedai di shopee & nak tahu cara mendapatkan order pertama di shopee, korang boleh praktikkan 3 cara asas di atas.
Ada testimoni dari seller yang cuba cara di atas, boleh dapat order pertama di shopee dengan cepat. Antara yang k.fiezz baca dalam group seller shopee di FB ni, diaorang praktikkan ketiga-tiga cara atas ni dengan konsisten, tak sampai sebulan diaorang dah berjaya dapat order berderet-deret.
K.fiezz punya style, jangan ikut. Kalau ikut style k.fiezz, ni yang lepas beberapa bulan baru dapat order pertama kat situ. hehe.
Terkejut sis tetiba dalam kul 6 lebih (pm) tetiba notification shopee masuk. Tengok-tengok ada orang order cleansing balm obsess kat shopee. Terus debor uolls. haha. Sebab 1st time dapat order kat shopee. Tak tahu nak buat apa. haha. Peghak gitu. hehe..
PROSES PENGHANTARAN
Lepas dapat order dari 1st customer ni, k.fiezz terus terima & uruskan penghantaran. Lepas klik je penghantaran tu, masuk ke Seller Centre untuk print AWB. Kurier yang k.fiezz pilih J&T sahaja yea uolls sebab dekat dengan rumah. Mana-mana customer yang beli dengan k.fiezz akan dapat kurier J&T. Untuk makluman semua sebab sekarang customer tak boleh pilih kurier. Jadi k.fiezz beritahu siap-siap kot ada yang nak membeli cleasing balm obsess atau mana-mana produk Obsess Cosmetik dengan k.fiezz. hehe.
2 HARI PENGHANTARAN
Lepas drop off barang kat J&T untuk proses penghantaran, hari-hari k.fiezz check sistem tracking tau sebab risau ada masalah masa penghantaran. hehe. Benornya lebih kepada excited sebab 1st customer. Seronok tengok dalam rekod kedai k.fiezz dah ada pembeli. hehe
Alhamdulillah lepas 2 hari, cleansing balm obsess selamat sampai pada customer. Masa lepas hantar barang, k.fiezz ada mesej customer ucapakan terima kasih beli dari k.fiezz. Ada lah terselit juga note minta dia bagi rating yang elok untuk kedai k.fiezz selepas terima barang. hehe.
Dan ini rating & review dari customer pertama k.fiezz. Alhamdulillah.
Kot ada yang nak membeli cleansing balm obsess yang tengah viral sekarang ni, boleh roger k.fiezz. Barang ready stock pada k.fiezz. Bukan Cleansing Balm Obsess ni je, barang obsess yang lain pun ada (obsess foundation, obsess blusher, obsess loose powder). Korang boleh check it out kedai shopee k.fiezz (link di bawah) atau nak COD pun boleh.
Kedai shopee k.fiezz : fieza_sani
**kat shopee ni ada penjimatan kos penghantaran.hehe.**
Whatsapp - https://wa.me/60163333046
**untuk cod - SOGO, OUG Jln Klang Lama, Kinrara, Bkt Jalil, P.Dalam**
4 Comments
wah dah ada kedai kat shopee..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah kak 😍 rabia ada usha jugakk shopee akak . Hehe. Semoga dimurahkan rezeki kak
ReplyDeleteBoleh nanti ni kalau nak beli sebab ika dok tengok2 feedback lagi hee tp ramai kata best
ReplyDeletesemoga terus sukses dengan obsess
ReplyDelete