Musim-musim pandemik ni nak keluar pun seriau. Tambah pula kes makin lama makin tinggi. Kes semalam dah cecah angka 8k. Uiii Seriau sangat tengok angka yang makin lama makin naik. Bila nak turunnya ni. Harap cepatlah virus covid ni berlalu dari muka bumi ni. Rindu nak macam sebelum ni. Bebas nak keluar ke mana. Sejak-sejak Covid melanda ni, segala pergerakan terbatas. Nak balik kampung pun kena minta kebenaran kat Balai Polis. Fuhhh stress rasa. Tu part balik kampung. Dah tak boleh nak balik kampung? Nak jalan-jalan ke mall? Allah serius lah, tak berapa nak berani sebabkan virus covid yang masih berlegar kat sekeliling kita sekarang ni. Kalau dah ke mall pun takut, apa lagi nak ke salun. Lagiiii lah takut. Nak bagi orang asing pegang-pegang muka kita. Errrr. Entah lah sejak covid melanda ni, memang jadi paranoid sikit nak dekat atau bersentuhan dengan orang lain. Seingat k.fiezz sejak COVID ni memang dah lama tak jejak ke salun buat facial. Rindu nak buat facial muka kat salun. Eh, apa ada hal. Tak boleh ke salun, kita buat facial muka di rumah je lah, kan. Susah sangat.

Jom tengok cara buat facial muka sendiri di rumah. K.fiezz dapat info cara buat facial muka sendiri di rumah ni melalui Pinterest. So k.fiezz kongsikan kat sini untuk rujukan diri sendiri & untuk korang juga. 

5 Cara Buat Facial Muka Di Rumah

Mungkin ramai nak buat facial muka sendiri di rumah tapi tak tahu caranya kan?Meh sini sis kongsikan dengan korang. Dah tahu cara buat facial muka sendiri di rumah ni, selain untuk diri sendiri boleh lah buat kat ahli keluarga yang lain juga (kakak, mak, adik, ayah atau abang) korang sekali. Hehe. Bila kita dah tahu cara buat facial muka sendiri di rumah ni senang bangat. 

Tak banyak pun cara buat facial muka sendiri di rumah. 5 langkah je. Apa langkah-langkahnya?Jomsss check it out.

cara buat facial muka sendiri di rumah, buat facial muka

Langkah 1 -  Cuci muka dengan pembersih muka dan bersihkan sekitar muka serta leher dengan teliti. Kalau kat rumah korang pakai mekap, tanggalkan dulu mekap tu dengan makeup remover yea. Lepas tu baru guna pembersih. 

cara buat facial muka sendiri di rumah, buat facial muka

Langkah 2 - Guna skrub untuk keluarkan sel-seli kulit mati, kotoran/debu dan sisa mekap yang masih ada pada lapisan kulit. Cara ini juga untuk membolehkan kulit kita menyerap khasiat dari produk skincare lain yang kita guna. 

cara buat facial muka sendiri di rumah, buat facial muka

Langkah 3 - Steam. Yang ni memang proses biasa kalau kita buat facial muka di salun. Di salun diaorang guna alat steamer. Tapi kat rumah kita guna cara manual. Ambil satu bekas air panas. Tutupkan kepala dengan tuala. Halakan muka pada bekas air panas ni untuk proses membuka pori-pori.  Selepas langkah ni di salun biasanya beautician akan buat proses keluarkan whitehead/blackhead. Kalau kat rumah korang ada alat ni, boleh lah buat. 

cara buat facial muka sendiri di rumah, buat facial muka

Langkah 4 - Pakai mask bersesuaian dengan kulit & masalah kulit korang. Lepas pakai mask, biarkan 15-20 minit atau sehingga kering. Selepas mask dah kering, cuci muka & lap dengan tuala bersih. 
Macam k.fiezz biasanya guna sheet mask. Jadi lepas 20 minit, k.fiezz tanggalkan mask dan biarkan ekstrak mask yang masih ada untuk menyerap dalam kulit. Bila ekstrak dah kering, baru k.fiezz cuci muka dengan air biasa. 

cara buat facial muka sendiri di rumah, buat facial muka

Langkah 5 - Pelembap. Selepas cuci muka dengan air, lap dengan tuala bagi kering. Kemudian dap dap toner . Barulah guna pelembap atau serum. Sambil tu urut muka dengan gerakan bulat ke atas. 

Dah siap. Siapa kata tak boleh buat facial muka sendiri di rumah. Senang je kan. Yang penting rajin atau tidak je. 

K.FIEZZ RAJIN KE BUAT FACIAL MUKA DI RUMAH

K.fiezz rajin ke idok buat facial muka di rumah. Hellooo see the leg (bak pepatah omputih). haha. Haruslah buat. K.fiezz kan menjaga kecantikan kulit, memang jaga sangat, hokay. Terutama yang exfoliate tu wajib k.fiezz buat sekali-dua kali seminggu. 

Jadi kalau korang jenis pentingkan kecantikan kulit, wajib lah jaga dari awal terutama yang muda. Macam k.fiezz mula jaga kulit bila dah menginjak pertengahan usia 30-an sebab baru tahu. Maklumlah memang sejenis lambat  dari segala segi. haha. Budak-budak sekarang yang very da advance sebab semua di hujung jari. Senang nak cari info. Untung tau budak-budak sekarang. Point nya antara rajin dengan tidak je. Tanya lah diri sendiri. Nak kulit cantik, sihat & kekal awet muda, jaga lah kulit. Kalau malas, hadap je lah kulit bila dah menginjak usia nanti kusam, jeragat, nampak tua. Jadi pilihan di tangan sendiri. Tepuk dada tanya selera..

3 Comments

  1. tak adalah susah sangat kan, malas dengan rajin je sekarang hahaha

    ReplyDelete
  2. Kann kak fiezz, facial buat sendiri je kat rumah hehehe. Exfoliate tu wajib 2-3 kali seminggu, clay mask, sheet mask punnnn termasuk sekali :D

    ReplyDelete
  3. kalau mcm ni xyah buang duit, buat sendiri je kat umah

    ReplyDelete