Sambal sedap. Yummmy. Habit k.fiezz sekarang bila makan mesti nak ada sambal. Kena ada pedas-pedas gitu baru selera nak makan. Sebelum ni k.fiezz selalu buat sambal belacan. Tapi datang hari malas nak buat, tak rajin lah ceritanya nak buat. Kebetulan haritu ternampak ada salah seorang kawan di facebook k.fiezz promote sambal penyet sedap yang dia buat sendiri. Cuma sangat limited kuantiti yang dia buat dan dia tak buat selalu sambal penyet ni. Ikut dia, rasa nak buat dia buat. Gitu. Sebab dia pun ada bisnes printing. Jadi jual sambal ni, sampingan saja. Masa dekat nak puasa haritu, ternampak dia promote sambal penyet dia ni, k.fiezz pun menyelit lah sekali order.

SAMBAL PENYET & SAMBAL HIJAU


Ada 2 jenis sambal yang member ni buat. Satu sambal penyet yang warna merah tu. Satu lagi sambal hijau. Harga RM15 setiap satu & sempena raya haritu, ada promosi 2 botol RM27 tak termasuk postage. Satu botol tu tahan lebih kurang 2 minggu atau lebih, tengok pada kekerapan makan. Masa dapat 2 botol sambal ni haritu, k.fiezz buka satu botol dulu. Dah habis satu, baru buka yang satu lagi. Jadi k.fiezz rasmikan yang sambal penyet tu dulu. Dah habis sambal penyet ni, baru rasmikan sambal hijau tu pula. 

sambal penyet, sambal sedap, sambal sedap,sambal hijau

Orang lain berebut nak beli sambal KhairulAming tu, k.fiezz sejenis malas nak berebut. Kita support member bisnes. Tapi nanti nak try juga sambal Khairulaming yang viral & orang cakap susah nak dapat tu sebab kena berebut beli bila dia buka order kat Shopee. Nanti lah dah surut sikit orang berebut, baru k.fiezz beli. hehe. Nampak benor sejenis malas nak berebut. 

SEDAP KE?

Berbalik pada sambal penyet yang kawan k.fiezz jual ni..Sedap ke idok?Untuk tekak k.fiezz ni memang sambal member buat ni sedap weii. Sambal Penyet warna merah tu dah habis pun. Haha. Rasa dia cukup pedas manis masam. Pedas dia pun tak lah sampai pedas sangat pun. Dalam kategori boleh tahan lagi lah pada lidah k.fiezz ni. Itu yang jadi wajib ada tiap kali makan. Tambah pula masa bulan puasa haritu, biasalah bila nak bersahur kadang tak berapa nak selera. Letak sambal penyet ni sikit, terus setel nasi untuk sahur. hehe.

Sambal hijau tu ada lagi. Tak sedap ke?Eh, bukan tak sedap. Cuma tak selalu makan. Rasa dia sedap. Cukup segala rasa. Pedas pun boleh tahan ikut lidah k.fiezz. 

Kalau nanti kawan k.fiezz ni buka order untuk sambal dia ni, k.fiezz nak beli lagi.

Hah nampak tak. Dah nak ulang beli tu, maksudnya sedap lah tu. Kalau tak sedap, tak ada nya k.fiezz nak ulang beli. Selain dari 2 sambal ni k.fiezz ada beli satu lagi sambal kat shopee. Sambal Petai!! Yang ni k.fiezz beli untuk mr hubby sebab dia yang nak. Tapi tak habis-habis sebab rasa dia macam tak berapa kena dengan tekak. Mr hubby pun tak berapa nak makan. Sebab...ermmmm

Nanti lah yang sambal petai tu k.fiezz share next entry

6 Comments

  1. Memang betul betul sedapppp tuu kalau repeat order! Tapi memang best kan makan nasi dengan sambal, saya boleh makan sikit sikit je sebab perut mudah meragam kalau over pedas :')

    ReplyDelete
  2. mmg nmpk sedap sambal ni k.fiezz. 2-2 sambal ni fav syu. slalu beli sambaleena je

    ReplyDelete
  3. wah nampak sedap sambal tu..makan pedas baru syok kan.hehehe

    ReplyDelete
  4. kalau ada stok sambal2 ni senang la kan. goreng ikan pun dah cukup

    ReplyDelete