Jimat masa. Serius lah mudah giler ada pressure cooker ni. Dulu masa mr hubby beli pressure cooker  macam blur juga nak masak apa guna menda alah ni, weiii. Tak reti lah. Lepas tu belajar sikit-sikit dengan explaination dari mr hubby, baru lah tahu kegunaan pressure cooker ni. Banyak rupanya kelebihan dia macam steam, rebus daging (yang ni k.fiezz biasa guna), rebus kacang hijau, masak kek pun macam pernah. Sis ni sejenis tak lah pandai sangat barang-barang dapur ni. Mr hubby yang lebih advance & idea dia lah ni beli pressure cooker untuk jadi assistant isteri di dapur. Nampak sangat suruh isteri pandai masak sebab senang dia nak request macam-macam. hehe. Berbalik pada topik pressure cooker ni, masa dekat nak raya haritu, mr hubby beli 2 pek ketupat palas frozen. Dia beli dari member pejabat. Mr hubby tak cakap pun dah order ketupat palas ni. Tahu-tahu dah bawa balik rumah. Kawan dia beritahu cara masak ketupat palas segera ni. Apa ada hal pressure cooker kan ada. Senang kerja. Nasib k.fiezz dah expert sikit fungsi pressure cooker ni.hehe.

Entry berkaitan < KEK COKLAT >

CARA MASAK KETUPAT PALAS SEGERA


Senang ke idak cara masak ketupat palas segera ni. Senang sangat uoll. Kalau kena buat dari langkah pertama, anyam daun dia. Hah, yang part ni memang susah lah der. Tah mana ke rupa ketupat palas tu. Haha. Tapi ni sebab dah siap. Cuma kena kukuskan sahaja. Senang bangat. Tambah ada pressure cooker ni. Lagi lah senang. 

Jom tengok cara dia. 
masak ketupat palas frozen, cara masak ketupat palas segera, masak ketupat palas guna pressure cooker

Dalam periuk ni, kat bahagian bawah tu isi air (tak lah banyak sangat. agak-agak). Lepas tu letak pelapik.  Dah letak pelapik ni, baru buh loyang yang dah isi ketupat palas frozen ni atas pelapik tu. Tutup pressure cooker

masak ketupat palas frozen, cara masak ketupat palas segera, masak ketupat palas guna pressure cooker

Dah tutup. Pastikan penanda kat bahagian atas penutup ni, berada di tengah.  Lepast tu beralih ke bahagian tepi macam dalam gambar ni, pilih button RICE.  Nanti automatik keluar macam gambar ni. 14, maksudnya proses untuk masak ketupat palas ni 14 minit. Dah tekan button Start. Biarkan. Sambil sambil tu boleh lah kita buat kerja lain.

Note - Setiap button berbeza tempoh masaknya. Contoh untuk rebus daging, 15 minit. Jadi masa nak guna ni, pastikan pilih fungsi betul untuk bahan yang nak di masak & cara yang kita nak untuk masak samaada rebus ke, kukus ke & lain-lain. Senangnya pressure cooker Philips ni kita boleh pilih fungsi button & boleh juga masak secara manual. Tak pasti pressure cooker yang lain. K.fiezz punya ni jenis Pressure Cooker Philips. 

masak ketupat palas frozen, cara masak ketupat palas segera, masak ketupat palas guna pressure cooker

Dan tadaaa selepas 14 minit. Dah masak secukupnya. Sedap sedap. Makan pula dengan rendang tok/rendang biasa. Layanzzz..

MUDAH KERJA DI DAPUR 


Senang sangat ada pressure cooker ni. Pembantu kat dapur yang mudahkan kerja-kerja memasak k.fiezz. Main tekan-tekan lepas tu biar saja sampai masak. Tak payah nak tengok-tengok. Tapi kalau masak secara manual kena alert lah yea. Sat gi ada yang hangit.

Overall memang senang sangat masak ketupat palas guna pressure cooker ni. Dalam masa 15 minit, kita dah boleh menikmati ketupat palas dan rendang. Dapppp. Sambil taip ni teringat pula ketupat palas yang mr hubby beli haritu. hehe. Nak masak lagi, dah habis. Nampak tak. Senang tak senang lah nak masak guna pressure cooker ni. Sampai habis dah ketupat palasnya dalam masa seminggu beli. hehe. K.fiezz ni sejenis kalau bahan makanan tu susah nak masak memang tak rajin lah nak ulang masak. Tapi kalau senang macam ketupat palas ni yang boleh guna pressure cooker, memang suka sangat lah. Masak ulang-ulang pun tak ada hal.

Jadi kalau korang yang belum ada pressure cooker, wajib tau ada kat rumah. Pembantu didapur yang mudahkan kerja-kerja memasak kita.  Banyak lagi fungsi pressure cooker. Konsepnya all in one multi cooker

Kalau yang berminat nak cari Pressure Cooker Philips macam k.fiezz punya ni, boleh klik link bawah ni. 

7 Comments

  1. ok, take a look dekat link kak fiez share ni heheh !! thank you sharing link

    ReplyDelete
  2. Senang nya kita goreng dlm kuali

    ReplyDelete
  3. Memang best masak pakai pressure cooker ni, cepat siappppp.

    ReplyDelete
  4. Nak kena beli satu la pressure cooker ni .heheeh

    ReplyDelete
  5. mmg mudah kalau ada pressure cooker ni. nanti duk rumah sendiri nk belilah satu

    ReplyDelete
  6. Senang kerja jadinya bila ada pressure cooker kan!!

    ReplyDelete
  7. rindunya ketupat palas cam ni..lama dah tak dapat

    ReplyDelete