Banyak dah syarikat kurier yang ada di Malaysia ni. Macam-macam ada. J&T, PosLaju, Ninja Van, DHL, GDex, FeDeX,City Link. Hah, banyak syarikat kurier yang ada di Malaysia ni. Pilih je yang mana kita rasa servisnya bagus & proses penghantaran cepat, pantas. Paling penting, kurang bermasalah sebelum & semasa proses penghantaran barang.  

PILIH J&T DI SHOPEE


K.fiezz bila membeli belah online di Shopee, memang akan pilih kurier J&T. Tak tahu lah kenapa?Kadang tu ada juga nak cuba kurier lain. Eh tapi alih-alih tetap J&T yang jadi pujaan hatiku. hehe. Memang puas hati setakat ni dengan servis J&T yang cepat pantas. Kadang order harini esok dah sampai. Sehari je barang dah dapat kat tangan. So expectation k.fiezz memang sangat tinggi dengan J&T kurier ni. Untuk penjualan barang k.fiezz di Shopee pun, k.fiezz pilih J&T untuk proses penghantaran. Faham sangat kehendak pelanggan yang nak barang dengan cepat dan pantas. Jadi tetap pilih J&T. 

Ni order terbaru yang k.fiezz beli di Shopee guna penghantaran dengan J&T. K.fiezz beli 30 Januari 2021, esoknya barang dah selamat sampai di tangan. Wahhhh..suka weiiii...advance tau J&T ni.. Keep up the good work J&T.


kurier yang bagus, kurier yang ada di malaysia


kurier yang bagus, kurier yang ada di malaysia

Seller di Perak. Dalam masa sehari, barang dah sampai di KL.

CUBA NINJA VAN 

Barang ni order sebelum barang kat atas ni. K.fiezz beli pada 26 Januari 2021. Kali ni saja nak cuba Ninja Van pula. Kebetulan sebelum tu ada terbaca kes J&T di Selangor bermasalah. Ada terbaca komen di post tu, kalau nak beli di shopee & seller tu di area Selangor. Guna kurier lain sebab J&T kat area Selangor bermasalah. Lambakan barang & tak cukup staff katanya. Wallahualam, k.fiezz pun tak pasti kesahihan. Baca dari perkongsian orang je di facebook.  Aisehhhh. Failed baca kes macam ni, tau (kalau betul seperti yang di kongsi dalam facebook). Awat lah buat hal J&T. Perfomance dah cun tau. So untuk barang yang k.fiezz nak beli ni, seller nya pula di Selangor. Alamakkkk...So cuba lah Ninja Van. Tak cuba tak tahu walaupun sebelum ni pernah ada kes, barang k.fiezz hilang. Guna Ninja Van masa tu. << Barang Hilang >>

Cuba je lah. Lagipun yang k.fiezz beli tu seller di Klang, Selangor. So Ninja Van kat sana yang hilangkan barang k.fiezz beli masa tu. Kali ni k.fiezz beli seller di K.Selangor. Jadi 26hb Januari k.fiezz submit order & seller dah siap packing barang hari yang sama. Tapi Ninja Van tak datang pick up. Esoknya 27hb Januari & 28hb Januari, status sama tak begerak. 29hb Januari, seller drop barang di Ninja Point. 30hb Januari dah scan barang dah sampai kat stesen Ninja Van di Selangor. Lepas tu tak bergerak. Cakap kat mr hubby pasal ni. Mr hubby beritahu Sabtu Ahad, Ninja Van tutup daaa...Laaaa...sabar je lah. Mood nak tunggu barang tu sampai dah tak berapa nak excited. 

So 1hb Februari, cuti hari Wilayah. Tak expect Ninja Van kerja. Eh, sekali tengok dalam status shopee 1hb barang dah on the way untuk dihantar. Yeay...Lepas 1 seminggu, dapat pun barang..Seminggu baru dapat barang. Hehe. Okey lah dapat juga kan. Dari hilang. haha.

kurier yang bagus, kurier yang ada di malaysia


kurier yang bagus, kurier yang ada di malaysia

KURIER MANA LAGI BAGUS?


K.fiezz tak boleh nak cakap yang mana lagi bagus syarikat kurier ni. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Lagipun servis ni tak boleh nak pukul rata sama je semua cawangan. Kadang ada cawangan yang bagus & ada yang sebaliknya. Apapun ikut masing-masing yang dah guna mana-mana syarikat kurier. Korang lebih tahu yang mana servis bagus dan cepat serta kurang bermasalah. Lagipun macam k.fiezz beritahu atas ni setiap cawangan syarikat kurier ni berbeza servis masing-masing. Jadi ikut pada pengalaman sendiri yang dah guna servis penghantaran cawangan syarikat kurier tersebut. 

Secara peribadi, k.fiezz pilih J&T kurier. J&T di hatiku konsepnya. Ewah. hehe

5 Comments

  1. Mana-mana kurier pun kalau nasib tak baik, macam-macam perkara boleh jadi pada barang kita. Tapi so far Ai selesa dgn J&T. Maybe sebab dekat dengan rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..ikut nasib juga bila guna kurier ni..x kisah kurier mana pun..tapi setakat ni mmg puas hati dengan J&T. dan dekat dgn rumah juga kalau nk pos brg. hehe

      Delete
  2. saya pulak, kalau nak pos barang pun memang suka J&t, mudah sangat, dia siap balutkan lagi kadang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..terbaik servis J&T setakat ni..

      Delete
  3. Cik TK biasa pakai j&t. Kadang pakai pos laju. Pernah sekali pakai ninjavan. Seminggu gak sampai.

    ReplyDelete