Macam yang korang tahu, k.fiezz ni peminat mekap. Dah kalau mekap, wajib lah pakai foundation bagai tu,kan. Sampai K.fiezz sendiri jadi agen sah Obsess Cosmetic. Hah, nampak tak. Minat sangat dengan mekap sampai jadi agen terus. Hehe. Sebelum k.fiezz guna jenama Obsess ni, k.fiezz memang pengguna tegar foundation. Kalau keluar, tak pakai foundation rasa togel muka. Nak mencari foundation terbaik yang sesuai ni pun kena try & error konsepnya. Jenuh mencari yang sesuai tau. Macam k.fiezz kulit kombinasi, ada  foundation yang jadikan kulit makin berminyak ataupun kulit makin kering. Pernah lah juga k.fiezz ter beli foundation yang tak sama ton dengan kulit. Adeh. Haruuu. Untuk korang yang mungkin bukan peminat mekap, mesti tertanya perlu ke pakai foundation ni?Sebenarnya walaupun korang bukan peminat mekap pun, tapi sebenarnya bila keluar korang perlu juga tepek foundation untuk perlindungan kulit. 

Eh..yea ke k.fiezz foundation boleh melindungi kulit?

PERLU ke PAKAI FOUNDATION?

Mungkin ada yang tertanya-tanya atau sangsi perlu ke pakai foundation? K.fiezz pasti ramai wanita-wanita di luar sana tak minat nak bermekap-mekap ni. Ada yang tak suka sebab kulit jadi makin kering atau berminyak dan jadi punca kepada timbulnya jerawat. Untuk pengetahuan korang, dengan pemakaian foundation sebenarnya sebagai tambahan skin layer pada wajah kita Maksudnya bila ada kotoran dan debu-debu ni dia akan melekat pada foundation kita dahulu. Jadi bila kita basuh muka, segala kotoran dan debu ni akan keluar semasa proses ni. Jadi lapisan kulit kita masih bersih & dilindungi. Bila kita tak pakai foundation, segala debu-debu dan kotoran ni akan terus melekat pada muka kita dan masuk ke dalam pori-pori yang boleh sebabkan tersumbat. Bila pori ni dah tersumbat, mula lah cik J a.k.a jerawat ni timbul pada muka kita. Tu yang tak nak tu. 

foundation terbaik, obsess foundation, foundation terbaik untuk kulit kering, foundation terbaik untuk kulit berminyak,  perlu ke pakai foundation


FOUNDATION TERBAIK PILIHAN K.FIEZZ

Jadi kalau korang yang masih tercari-cari foundation terbaik yang korang nak guna.K.fiezz suggest obsess foundation ni. Antara kelebihan obsess foundation dari pandangan peribadi k.fiezz sebagai pengguna dan juga agen Obsess Cosmetic :

  • Sesuai untuk semua jenis kulit tak kisahlah berminyak, kering atau kombinasi
  • Ikut ton warna kulit. Mula-mula pakai dia nampak cerah dari warna kulit kita tapi bila dah lama sikit, dia akan tone down ikut warna kulit kita
  • Tak berminyak atau melekit. 
  • Cara pakai yang senang sangat. Ko dap dap kan sahaja. Pastu rata. Setel
  • Boleh tutup segala parut-parut jerawat, jerawat ataupun jeragat di muka kita
  • Dalam jangka masa lama, obess foundation boleh membantu atasi masalah jerawat dan parut jerawat cuma kena KONSISTEN
  • 1 bekas tahan beberapa bulan (bergantung pada kekerapan penggunaan)
  • Harga yang berpatutan (RM59 sahaja

Review K.fiezz - 

Kalau yang tertanya-tanya macamana ke rupa Obsess Foundation.?Obsess Foundation ni dalam bentuk cushion & dalam dia dah siap dengan sponge sekali. Senang nak bawa ke mana-mana. Ada 2 saiz yang ready stock iaitu Mummy & Baby. Siapa yang baru nak berjinak-jinak atau nak cuba obsess foundation ni, boleh ambil saiz baby dulu (tahan untuk 1 bulan). 

Dari segi fungsi obsess foundation ni dia bagi effect flawless dan boleh tutup kesan-kesan parut jerawat, jeragat dan jerawat pada muka kita. Lepas pakai obsess foundation ni, k.fiezz gunakan losse powder pula untuk mekap tahan lebih lama & tak berminyak.

Overall k.fiezz boleh rumuskan obses foundation ni antara foundation terbaik untuk kulit kering, kulit berminyak ataupun kombinasi. Sebabnya k.fiezz sendiri pengguna tegar Obsess Foundation. 

Siapa yang nak ber Obsess Foundation, roger k.fiezz >> https://wa.link/383jk3

3 Comments

  1. dh online learning ni tkde keluar..so tk pakai foundation dh..heheh

    ReplyDelete
  2. Sejak wfh kembali, lama tak make up. Rindu pulak nak make up hehe

    ReplyDelete
  3. thanks sharing this sis! nak check it out la jenama ni.. skrg mmg tgh cari foundation yg sesuai pon

    ReplyDelete