Bulan lepas biras k.fiezz tanya pasal mesin penyedut blackhead ni samaada okey ke tak? Biras plan nak beli. Tu yang tanya k.fiezz sebab k.fiezz dah beli. Dah beli mesti lah guna kan. Tapi masalahnya masa biras cakap k.fiezz ada mesin penyedut blackhead ni. K.fiezz memang tak ingat lah pun ada beli. Bila pula sis ada mesin penyedut blackhead dan whitehead ni? Biras cakap k.fiezz ada tulis di blog. Buka blog, cari punya cari. Tak jumpa. Kalau mask yang tampal kat hidung untuk keluarkan whitehead/blackhead ada k.fiezz share dalam blog ni. Mesin mesin ni memang tak ada k.fiezz tulis atau review

Sekali biras bagi setepek gambar. Nah, amik kau k.fiezz. haha. Baru lah ingatan tu pulih, kan. Ada rupanya uolls. Tak ingat. Dasar shopaholics sangat kan. Beli je. Pakainya idak. Memang dah lama beli blackhead extractor vaccum ni rupanya. K.fiezz tengok di IG sebab k.fiezz ada post gambar sebab beli blackhead extractor vaccum ni sekali dengan iron rambut. Beli dari bulan Ogos tahun lepas lagi. Dah tu kenapa boleh lupa ni. Sebabnya k.fiezz simpan. Tak nampak kat depan mata. Memang tak ingat lah cerita dia. 

So lepas biras cakap k.fiezz ada mesin penyedut blackhead ni, terus selongkar kat mana simpan. Nasib barangnya ada. K.fiezz risau kot terbuang je. haha. 

Minggu lepas k.fiezz dah cuba kat mr hubby & k.fiezz sendiri. Jom tengok sikit review  k.fiezz pasal blackhead extractor vaccum ni atau nama melayu dia k.fiezz panggil mesin penyedut blackhead.

APA BLACKHEAD & WHITEHEAD?

Majoriti kita ni mesti ada blackhead & whitehead. Confirm mesti ada punya. Tipu lah kalau kata muka bersih tak ada. Ada yang tak tahu ke blackhead & whithead ni. Jom baca sikit info blackhead & whitehead ni.

BLACKHEADS (BINTIK HITAM)

Blackhead (bintik hitam) ni berwarna hitam & boleh rasa kekasaran dia di permukaan kulit bila di sentuk. Terbentuk bila sebum (minyak) pada kulit muka (liang pori yang terbuka) terdedah pada udara & jadikan ia bertukar warna menjadi bintik hitam. Bila dipicit blackhead ni, kita boleh tengok bahagian bawah dia berwarna putih sebabkan bahagian bawah tak terdedah dengan udara macam di permukaan atas kulit. Blackhead ni boleh melekat pada kulit dalam waktu yang lama. Kalau semakin lama kita biarkan di muka, dia akan semakin kuat & susah nak keluarkan.

WHITEHEAD (BINTIK PUTIH)

 White head (bintik putih) terbentuk di bawah kulit yang tak kena pada udara yang berpunca dari debu, sisa-sisa mekap yang tersumbat)

BLACKHEAD EXTRACTOR VACCUM @ MESIN PENYEDUT BLACKHEAD

So untuk mengatasi masalah blackhead dan whitehad ni, selain dari gunakan penanggal atau mask untuk keluarkan dua menda alah ni, satu lagi cara adalah guna blackhead extractor vaccum atau nama melayu dia, k.fiezz panggil mesin penyedut blackhead. 

mesin penyedut whitehead, mesin penyedut blackhead, blackhead extractor, blackhead extractor vaccum,blackheads, whitehead

Ada 3 pilihan muncung dia selain yang pada mesin ni. Jadi total ada 4. Pilih lah mengikut kesesuaian untuk pemakaian pada muka.


mesin penyedut whitehead, mesin penyedut blackhead, blackhead extractor, blackhead extractor vaccum,blackheads, whitehead

extra tools dalam mesin penyedut blackhead ni. Yang ni guna untuk keluarkan whitehead / blackhead juga tapi secara manual. Sakit wooo pakai ni. Rasanya yang kat  SPA untuk buat facial, kalau yang pekerjaa SPA nak keluarkan blackhead/whitehead kita secara manual, pekerja situ guna ni..


mesin penyedut whitehead, mesin penyedut blackhead, blackhead extractor, blackhead extractor vaccum,blackheads, whitehead

Comedo Suction

mesin penyedut whitehead, mesin penyedut blackhead, blackhead extractor, blackhead extractor vaccum,blackheads, whitehead

Ni hasil k.fiezz buatkan mr hubby. Nampak tak yang putih-putih tu. Ewwww..haha...ewww sangat. 


mesin penyedut whitehead, mesin penyedut blackhead, blackhead extractor, blackhead extractor vaccum,blackheads, whitehead

Ni k.fiezz punya. Ewah..bersihnya. haha. Padahal k.fiezz baru guna mask untuk keluarkan blackheads / whitehead. Tu yang bersih ni sebab baru je servis guna mask.

Review Mesin Penyedut Blackhead

K.fiezz ada kongsikan gambar mesin penyedut blackhead ni di Facebook, ada kawan  komen. Tak elok guna mesin penyedut blackhead ni sebab boleh rosakkan kulit kita. walaupun tak nampak pada mata kasar tetapi kulit kita rosak sebabkan tarikan kuat & besarkan lagi pori. Di tik tok ada banyak share pasal mesin penyedut blackhead ni. 

Ada kawan k.fiezz yang lain pun komen, dia guna mesin penyedut blackhead ni, puas hati. Sebab dia sedut habis segala blackhead / whitehead.

K.fiezz dah guna haritu, mula-mula cuak nak try kat hidung sendiri. haha. K.fiezz buat kat mr hubby. Memang puas hati sangat. Nampak dia tarik blackhead/whitehead kat hidung mr hubby. Geram tengok dia keluar tu. Mr hubby cakap sakit. K.fiezz buat kat hidung sendiri, okey je. Manjerrr sangat mr hubby tu tau. Cakap kat mr hubby, k.fiezz buat kat hidung sendiri okey je. tak sakit. Mr hubby cakap, memang lah sebab buat kat diri sendiri. Masa buat kat hidung dia, k.fiezz tonyoh kuat. haha. Nasib lah kan. Degil sangat blackhead dia tak mau keluar. Tu yang kena tekan lebih sikit. haha. Tapi memang puas hati sangat guna. Licin hidung lepas tu. Kalau idak menggerutu keras-keras bila terpegang.  Lepas guna mesin ni, ada bekas-bekas merah, tuam guna ais kiub tu. 

Overall k.fiezz suggest sangat guna ni pada yang ada masalah blackhead/whitehead jenis degil susah nak keluar tu. Cuma untuk elak kulit kita cepat rosak, guna mesin penyedut blackhead ni bila blackhead/whitehead banyak atau yang ada yang susah nak keluar. Lepas beberapa bulan sekali baru ulang guna semula. Dalam masa tu, kalau blackhead / whitehead manja-manja je, guna mask biasa pun boleh.

Note - Mesin ni nak guna, caj dulu.

Beli di mana ni? K.fiezz beli di SHOPEE. 

2 Comments

  1. Seronoknya ada mesin tarik blackhead... rasa berminat pula nak beli satu. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  2. Boleh pulak lupa ye... nasib baik jumpa dr tmpt ‘persembunyian’.. hihihi

    ReplyDelete