PKPB? Untung Pada 1Golongan Sahaja. Yang Lain Masuklah Pejabat Seperti Biasa
Salam PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) korang. Yang bekerja dari rumah, selamat bekerja. Duk kat rumah pun kena buat kerja juga. Kat bahagian k.fiezz, kena hantar laporan senarai tugasan apa yang dibuat dari rumah. K.fiezz?Biasalah bila PKP ke PKPB ke PKPP ke atau lu pikir pikir lah sendiri. Haha. K.fiezz dalam golongan yang tetap MASUK KERJA macam biasa hari-hari sebab keutamaan pada YANG ADA ANAK SAHAJA. pfffttt..Bukan lah dengki tapi dari pemerhatian k.fiezz. Sebenarnya tak ramai yang memerlukan kerja dari rumah. Ada yang ambil kesempatan pun iya juga. Sebabnya bila tempat kerja keluarkan arahan untuk penggiliran bekerja dari rumah mesti yang ada anak sebab taska, tadika, sekolah semua tutup. Jadi mak pak kena jaga anak dari rumah. Yang betul-betul memang suami isteri bekerja, okey tak pe. Faham kena bergilir-gilir antara suami isteri untuk kerja dari rumah untuk jaga anak. Memandangkan anak tak ada orang jaga sebab memang sepenuhnya hantar ke taska, tadika & sekolah. Bila tempat-tempat ni dapat arahan kena tutup sebab Perintah Kawalan Pergerakan, memang tak boleh buat apa. Kita sebagai rakyat wajib ikut arahan yang dikeluarkan.
Hat betul dalam situasi ni, tak pe lah. k.fiezz faham. Cuma..dari pemerhatian k.fiezz lah. Ramai ambil kesempatan ni yang anak-anak mak jaga, mak mertua jaga & duduk dalam kawasan atau daerah sama. Tak ada kena mengena pun taska, tadika atau sekolah tutup sebab nenek diaorang jaga. Tapi hat ni ramai lah yang ambil kesempatan. Tadi bersembang dengan seorang pegawai dari bahagian lain tempat k.fiezz kerja ni, pegawai tu pun cerita yang sama. Ada staff tempat dia anak mak jaga kat kampung. Tapi sebab nak mohon bekerja dari rumah punya pasal, sanggup ambil anak dari kampung. huh. Bukan lah dengki ke apa. Geram dengan golongan yang ambil kesempatan macam ni.
Untuk yang belum berkahwin, yang belum ada anak kena masuk kerja hari-hari. Perintah Kawalan Pergerakan ni nak mengurangkan jumlah peratusan ke pejabat. Jadi lebih adil kalau buat untuk semua gilir-gilir kerja dari rumah tak kisah lah ada anak, bujang atau yang belum ada anak. Baru adil untuk semua. Ni tiap kali keluarkan arahan je, golongan ada anak je dapat keisitimewaan..Lagi menyampah bila kitaorang yang kena datang kerja hari-hari ni, kena buat pula kerja kawan pejabat yang bekerja dari rumah tu. Eh...ko sedap duk rumah bagai, orang yang datang kerja hari-hari ni kena buat kerja ko. Kata kerja dari rumah,kan. Buatlah kerja dari rumah.
Macam golongan yang tak kahwin lagi, belum ada anak yang diarahkan hari-hari keluar bekerja seperti biasa ni kebal ke?Virus tu tak boleh melekat ke pada golongan ni. Tak terfiki ke yang masih single mugnkin duduk sekali dengan orang tua, yang berkahwin pula, mungkin pasangannya ada masalah kesihatan. Bukan lah kita minta virus tu melekat kat kita cuma nak beritahu risiko tu tetap sama untuk semua orang. Macam yang selalu kita tengok iklan, virus ni paling mudah dijangkiti pada warga emas & yang ada masalah kesihatan. Sebab virus yang kita tengah lawan ni, tak nampak. Tambah-tambah yang naik pengangkutan awam. Lagi risiko tinggi. Macam-macam orang naik kenderaan awam tu. Tapi tu lah nak komen lebih-lebih dengan orang atasan pasal ni pun tak boleh. Diaorang lagi bijak pandai dari kita yang beshe-beshe ni.
So kalau tanya k.fiezz PKPB ni?Perlu ke? Dah kerajaan keluarkan arahan, kena lah ikut je. Nak buat macamana kan. Mana yang dapat penggiliran bekerja dari rumah tu, ikut lah pada niat masing-masing. Betul ke duduk di rumah nak jaga anak & nak tengok anak kelas online..Kalau tanya k.fiezz, macam ramai yang ambil kesempatan. Ni dari pandangan peribadi dan pemerhatian sekeliling k.fiezz sahaja. Mungkin tempat lain berbeza.
Untuk yang bekerja dari rumah tu, pastikan lah buat yea kerja. Jangan lah have fun sangat. Ada tugasan perlu di buat, sila lah buat. Gaji dibayar masa tempoh bekerja dari rumah tu. Bukan suruh goyang kaki tengok tv pula. Sis tahu duduk kat rumah sebenarnya lagi banyak kerja nak dibuat dari bekerja di pejabat..Jadi kalau ada arahan dari bos untuk siapkan tugasan, sila la buat. Kesian pada kawan-kawan yang kena masuk kerja hari-hari ni nak cover kerja korang yang duduk kat rumah. huh!!
Sebenarnya penggiliran bertugas ni ikut pada budi bicara Ketua Jabatan juga. Janji mencapai piawaian kerajaan untuk hadkan pergerakan pekerja ke pejabat untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID. Jadi point dia,k.fiezz rasa boleh je nak buat penggiliran adil untuk semua orang. Bukan tertumpu pada 1 golongan sahaja.
Entahlah nak cakap lebih-lebih pun tak berani. Ni cuma pandangan peribadi k.fiezz sahaja.
Yang mana dari kerja dari rumah tu, SELAMAT BEKERJA!!..
4 Comments
hopefully cepat la habis covid ni... dah mcm lama sngt dah :(
ReplyDeleteAdehhh. Ada juga perangai macam tu ye...
ReplyDeleteBenarlah tu.. mmg ada yg jenis ambik kesempatan mohon wfh guna alasan anak... dan anak pun dh besar.. nk perlu jaga apa lg kan?
ReplyDeleteAda juga yang buat macam tu ye...? Hmmm..
ReplyDeleteMoga cepat la covid ni reda..