Kegunaan Ais Batu Pada Muka. Serius Boleh Guna Untuk Muka?
Ais kiub atau ais batu siapa tak suka. Ada ke yang tak suka. Ada rasanya tapi tak ramai. Majoriti ramai suka sebab ais kiub ni penambah rasa sejuk bila kita campurkan dalam air minuman kita. Tak kisah lah air kosong ke air manis ke. Minum je air yang dah sejuk dengan ais kiub ni, sedap lalu kat tekak. Tambah-tambah kalau hari panas. K.fiezz pun jarang minum air ais-ais ni. Jaga badan gitu. eh. hehe. Tapi sesekali layan juga terutama bila hari panas lit lit. Tapi korang tahu tak ais kiub ni ada kegunaan dia yang lain tau selain dari jadi minuman kita. K.fiezz terbaca di pinterest, kegunaan ais batu pada muka dan kulit. Senang cerita ais kiub ni berguna dalam kecantikan. Seriusly.
K.fiezz macam mula-mula tu 'hah, ais batu ada guna dia untuk kecantikan'. Serius ke. Baru tahu ni wei. Korang ada yang tak tahu juga ke, jom k.fiezz kongsi sikit info yang k.fiezz dapat dari pinterest. Berguna rupanya ais batu ni pada muka kita terutama yang kaki mekap dan yang menjaga kesihatan kulit muka. Antara info yang k.fiezz baca, ais kiub ni memang berguna sangat untuk tips mekap tahan lama. Wah..menarik ni. Maklumlah k.fiezz kan suka mekap-mekap ni. Cuma nak buat ni kalau hari biasa, lambat lah nak pi kerja. Kalau hari cuti, time nak keluar boleh lah cuba buat. Eh, panjang pula membebelnya. Jom kita check it out apa kegunaan ais batu pada muka kita ni.
KEGUNAAN AIS BATU PADA MUKA
TIPS MEKAP TAHAN LAMA
Sapukan ais kiub pada muka sebelum mekap untuk kecilkan liang pori, segarkan kulit untuk solekan yang sempurna dan mekap tahan lama.
CABUT BULU KENING
Okey, tips ni untuk yang cabut bulu kening sahaja. Diingatkan untuk muslim, tak boleh yea cabut bulu kening. Manakala bagi bukan muslim yang mencabut bulu kening boleh guna ais kiub ni pada kulit sebelum sesi mencabut bulu kening untuk mengurangkan rasa sakit.
KESIHATAN KULIT
Lalukan ais kiub pada garis-garis halus pada muka untuk menggalakkan peredaran darah bagi menegangkan muka.
MATA PANDA
Sapu ais kiub keliling mata untuk kurangkan lingkaran gelap & bengkak pada bahagian mata.
MASALAH JERAWAT
Letak ais kiub pada jerawat untuk kurangkan merah dan bengkak.
Banyak guna rupanya ais kiub ni untuk kecantikan. Hah, jangan pandang rendah weiii. Atas ni kita dah baca kegunaan ais batu pada muka. Jom tengok kelebihan ais batu secara keseluruhan untuk kulit dan kesihatan.
KELEBIHAN AIS KIUB UNTUK KULIT & KESIHATAN
Dehydration
Cuaca panas di negara kita ni menjadi punca kulit kekurangan air yang menyebabkan kulit jadi kusam dan tak bermaya. Macamana nak atasi, worry not sapu ais kiub pada muka kita. Automatik akan bagi kesan melegakan dan menyejukkan.
Regangan Kulit
Kalau terasa kulit kering dan regang. Rasa macam kulit tu tertarik, boleh nampak tanda regangan warna merah akan terbentuk sekitar kawasan regangan. Bila ni jadi, cuma minum air sejuk atau sapu ais kiub pada seluruh muka.
Selamat Tinggal Kulit Berminyak
Ada masalah kulit berminyak?So here the solution sapu je ais kiub pada kulit, minyak akan terperangkap semasa sesi menggosok ais kiub pada kawasan muka.
Lingkaran Gelap Bawah Mata
Bila kita banyak habiskan masa menghadap laptop atau telefon ataupun suka tidur lewat waktu malam, memang jadi punca kewujudan lingkaran gelap bawah mata tu. Nak mengatasi masalah ni, sapu sahaja ais kiub dengan campuran air timun setiap hari pada kawasan mata. Lama-kelamaan kawasan hitan tu akan pudar.
Sel Kulit Mati
Sapukan ais kiub pada muka akan membuatkan liang pori terbuka dan menanggalkan sel kulit mati sepenuhnya.
Jerawat
Untuk yang ada masalah jerawat, ais kiub salah satu penyelesaian terbaik untuk korang. Cuma gosokkan ais kiub yang dicampur dengan aloe vera gel ataupun tomato. Lama-kelamaan jerawat makin berkurangan.
Kulit Berseri
Ambil jus buah yang telah dibekukan dan menjadi ais kiub. Gosok ais kiub buah ni pada kawasan muka, boleh menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.
Blackheads
Cara paling mudah untuk membuang blackheads, hanya gosokkan ais kiub pada kawasan tersebut.
Sunburn
Berjemur tengah panas & kulit jadi sunburn, ais kiub cara terbaik untuk mengatasi masalah ni. Balutkan ais kiub dalam kain dan gosokkan pada kawasan kulit yang sunburn. Lama kelamaan kulit akan beransur elok.
Lancarkan Perjalanan Darah
Perjalanan darah yang lancar menjadikan kita lebih sihat dan kulit nampak berseri secara semulajadi. Tipsnya mudah sahaja, ais kiub. Gosokkan ais kiub pada muka, boleh membantu melancarkan pergerakan darah.
Masalah Kulit
Gosokkan ais kiub pada muka melancarkan perjalanan aliran darah dan kulit jadi lebih sihat dan melambatkan proses penuaan serta penghasilan kedutan.
JANGAN PANDANG SEBELAH MATA DENGAN AIS KIUB
Hah, nampak tak kelebihan ais kiub ni. Banyak sangat khasiat untuk kulit, kecantikan. Rugi lah siapa yang malas nak buat. Benda ada dalam peti ais, tinggal ambil & guna sahaja selain untuk minum. hehe.Murah dan jimat.
10 Comments
Wow..boleh cuba ni kak fieza..tq sharing kak :)
ReplyDeleteOh, baru tau rahsia ais kiub ni.. menarik tu kalo nak hilangkan mata panda.. hehehe
ReplyDeletepernah try,tapi sejuk dia tu tak tahan huhuhuhu
ReplyDeletebestnya kan...sejuk sejuk :D
ReplyDeletebanyak fungsi ais ni..bagus
ReplyDeletewah.. banyak benda boleh buat dengan ais ni.. part mata panda ni paling cik tk rasa nak buat
ReplyDeletePernah buat dulu. Letak ais cube di muka ni. Nak letak balik lah ais ni di muka
ReplyDeletewow tq fiez for sharing. mama nak try la utk mata panda dgn kesan kedut tu
ReplyDeleteIka last buat rasanya masa nak nikah. MUA mintak letak ais dekat muka. hehe
ReplyDeleteanak2 dara aida, berjerawat. memang guna tips ketulan ais ni kat diorang. sebab tak nak tempek cream ntah hape hape kan. now, tips paling baru, bekukan tomato yg da dipotong. tenyeh la kat muka kita. elok juga :)
ReplyDelete