Siapa suka order Nasi Goreng Kampung bila makan kat luar?Okey, kita tak geng..haha...K.fiezz kalau makan kat luar,kureng sikit order Nasi Goreng Kampung sebab portion dia banyak sangat. Biasanya k.fiezz suka order Kuew Tiow Goreng atau apa-apa yang portion tak banyak. Cuma tengah PKPB ni, mana nak makan kat luar.  So yang mana suka makan nasi goreng kampung di luar tu, meh cuba sendiri masak resipi nasi goreng kampung yang very da simple ni. Walaupun k.fiezz ni bukan penggemar nasi goreng kampung tapi sesekali kita masak sendiri kat rumah resipi nasi goreng kampung, apa salahnya kan?Tengok resipi dari google tak susah sangat pun nak buat. Kebetulan bahan-bahan semua cukup so let's cook Nasi Goreng Kampung, gais.

RESIPI NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahan :-

Untuk Tumbuk-

1 Biji Bawang Besar
2-3 Ulas Bawang Putih
5-6 Biji Cili Padi Hijau (kalau nak pedas, tambah lagi)
Sikit Belacan
Ikan Bilis

**untuk elak terpercik dengan bahan-bahan ni masa tumbuk, lepas basuh toskan sekejap. lepas tu baru tumbuk. bawang merah masuk yg akhir sekali sebab bawang merah berair**

Bahan lain - 
  • Nasi Putih (kuantiti terpulang)
  • 1 biji telur ayam
  • 2 Sudu Makan Sos Tiram
  • Isi Ayam atau apa-apa yang nak letak dalam nasi goreng **isi ayam - goreng dahulu)
  • Ikan Bilis ** Ikan bilis - goreng dahulu
  • Sayur kangkung
  • Garam
  • Kicap (tambahan)
K.fiezz buat 2 versi..satu lagi k.fiezz tambah kicap..hehe

Nasi Goreng Kampung, Resipi Nasi Goreng Kampung

Versi original 


Nasi Goreng Kampung, Resipi Nasi Goreng Kampung

Versi Kicap

Cara Masak - 

  • Tumbuk dulu bahan-bahan untuk tumbuk. Jangan kisar tau. Tumbuk lagi sedap sebab hasil tumbuk, dia kasar sikit. Kalau kisar, hasilnya halus..
  • Panaskan minyak, goreng dulu ayam & ikan bilis. Kemudian ketepikan sekejap.
  • Dengan minyak yang sama, tumis bahan-bahan tumbuk sehingga nampak garing. Guna api kecil saja. Kemudian masukkan telur. Lepas telur dah nampak masak & sebati dengan yang lain, baru masukkan sos tiram & garam sikit.
  • Lepas tu baru masukkan ayam dan sayur kangkung. Diikuti dengan nasi putih. Gaul sebati.
  • Kacau beberapa minit, besarkan api sikit supaya nasi nampak kering. Masa ni baru masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Kalau nak buat versi kicap, boleh letak masa ni juga. Kacau-kacau sekejap.
  • SIAP
SELAMAT MENCUBA!!!

7 Comments

  1. Kagum dengan orang goreng nasik sedap2 guna rencah buat sendiri, saya selalu guna rencah nasi goreng segera tu je hahaha

    ReplyDelete
  2. Nyummy!!! Cik tk suka makan nasi goreng kampung!

    ReplyDelete
  3. my favvv heheh tq for the recipe.nnti boleh try buat ni

    ReplyDelete
  4. hantar sepinggan please... adeh , rasa nak makan, tapi malas nak masak.

    ReplyDelete
  5. hmmmm sodap nyer, fieza.
    sib baik jam da nak kul 1 ptg.
    xde la terseksa sgt tgk paparan ni :) ha ha ha ha...
    jap lagi boleh layan sepingga nasi goreng kampung.
    tapi beli kat kedai la. tak dpt nak menggoreng kat ofis ni ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. Nasi goreng kampung memang sedap. Saya jenis hantu pedas, sudah ada cili padi dalam nasi, tambah lagi hirsan padi waktu makan. Betul2 hantu.

    ReplyDelete