Nak Kulit Cantik Dan Licin, Wajib Amalkan Bedak Sejuk
Dulu-dulu sebelum kahwin, masa sis zaman anak dara..hehe..K.fiezz memang penggemar pakai bedak sejuk ni. Bedak sejuk handmade opah k.fiezz buat sendiri tau. Memang asli gitu..Cuma lepas kahwin, rutin nak pakai bedak sejuk tu dah kureng sikit sebab penyakit M satu. Satu lagi, acane nak pakai bedak sejuk selalu, kang mr hubby tetiba nak 'merenyam', haha. Jadi rutin pakai bedak sejuk waktu malam memang dah berkurang sangat-sangat lepas kahwin.
Bedak sejuk untuk jerawat. Yea. Betul. Memang bedak sejuk boleh merawat masalah kulit macam jerawat. Cuma KONSISTEN je guna. Insyaallah, boleh membantu.
TIPS NAK KULIT CANTIK DAN LICIN
Ni tips k.fiezz kongsikan untuk korang yang nak muka cantik gebu's, licin tak ada jerawat. Sila lah jadikan rutin pemakaian bedak sejuk. Tak payah nak pakai produk mahal-mahal. Guna bedak sejuk pun boleh. Cuma kena KONSISTEN lah yea. Dah nama guna barang asli macam bedak sejuk ni, hasilnya ambil masa baru nampak.
Salah sorang kawan pejabat k.fiezz ada cerita, kawan satu U dengan dia dulu kulit memang cantik gilerr. Licin gebu's. Kawan dia cuma pakai bedak sejuk sahaja yea. Dan jenis kawan dia bila tepek bedak sejuk, memang tebal. Bila dah satu U & satu asrama, tahu lah rutin kawan sendiri, yea tak. Dari situ kawan pejabat k.fiezz ni tahu macamana kulit kawan dia cantik licin tak ada jerawat dan kawan dia cerita, memang dah lama amalkan pemakaian bedak sejuk. Nampak tak, memang terbukti bedak sejuk memang bagus, elok untuk kulit. Keyword nya KONSISTEN sahaja..
Petua pemakaian bedak sejuk ni memang tak asing untuk kita masyarakat Melayu. Ini petua turun temurun sejak zaman nenek moyang kita lagi.
Seperti yang kita tahu, zaman dulu mana ada produk-produk penjagaan muka macam sekarang ni, jadi majoriti masyarakat melayu zaman dulu memang gunakan bahan-bahan semulajadi untuk mendapatkan kulit muka yang cantik, mulus dan licin. Contohnya pemakaian bedak sejuk ni. Sehingga sekarang pun, bedak sejuk yang diperbuat daripada beras ni masih dijual di pasaran.
Kelebihan Bedak Sejuk
Jom kita tengok kelebihan bedak sejuk ni.
- Licin kulit muka.
- Kulit lebih segar.
- Kurangkan penghasilan minyak di muka
- Tanggalkan sel-sel kulit mati.
- Sejukkan kulit
- Tegangkan kulit muka
- Mengecut & hilangkan jerawat
- Sejukkan kulit yang terdedah pada cahaya matahari
Cara Membuat Bedak Sejuk
Bahan-Bahan Yang Diperlukan:
- Beras yang sudah dibersihkan.
- Air daun pandan.
- Bunga melur, bunga tanjung, dan bunga cempaka.
- Akar-akar dan rempah-ratus seperti jintan hitam,kayu manis, dan kunyit.
Cara Proses Bedak Sejuk:
1. Rendam beras dalam air daun pandan selama 3 hari 3 malam. Kemudian, taburkan bunga melur, bunga tanjung dan bunga cempaka di dalam rendaman beras untuk mendapatkan aroma yang menyegarkan.
2. Tutup bekas rendaman itu dengan kain yang berlubang kecil untuk mengelakkan serangga ataupun binatang kecil masuk.
3. Simpan bekas rendaman itu di tempat yang mudah mendapatkan titisan embun.
4. Akar-akar dan rempah ratus tadi dicampur, ditumbuk, lalu dikeringkan dan ditapis sampai mendapatkan debu halusnya saja.
5.Setelah 3 hari 3 malam, beras akan mengembang dan wangi. Kemudian tumbukkan beras tersebut sehingga halus seperti tepung.
6. Ayak tumbukan beras itu sehingga anda mendapatkan beras yang halus.
7.Campurkan hasil tumbukan beras dengan debu halus akar-akar dan rempah ratus tadi.
8. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga campuran tersebut sebati.
9.Titikkan campuran tersebut membentuk bulatan kecil di atas kain yang bersih.
10. Jemur bulatan kecil itu selama 3 hari sehingga kering.
11. Bedak sejuk yang telah kering itu dapat digunakan.
Sumber : WOM
Alhamdulillah, breakout k.fiezz pun dah okey sekarang. Kulit pun dah cantik macam sebelum ni. Eh..haha..perahsan..haha..
3 Comments
cakap kat mak saya.."Nak pakai bedak sejuk boleh tak?"
ReplyDeletedia tak bagi.HAAHHA
dulu mama rajin pakai bedak sejuk kulit jadi halus aje.. skrg dah malas.. kena carik balik bedak sejuk ni
ReplyDeletezaman muda remaja dulu (eh dah tua ke?) ada lah cik tk pakai. then semua ke lauttt. boleh try balik pakai pedak sejuk ni
ReplyDelete