Idea Unik Untuk Cenderahati Majlis Kahwin
Unik cenderahati majlis kahwin dari member k.fiezz bagi ni. Pertama kali tau tengok cenderahati majlis kahwin macam ni. Kicap tu biasa juga dapat cuma bentuk dan packaging yang ni lain sikit dari kebiasaan. Lagi 2 tu pula, memang pertama kali lah k.fiezz dapat cenderahati kenduri kahwin sempoi macam ni, hah. Praktikal & sesuai guna setiap masa. Tak ada lah asyik dapat cenderahati kenduri kahwin jenis perhiasan tu. Bukan tak suka cuma kadang dah berlambak kat rumah, k.fiezz buang je. Serius. Tapi bukanlah k.fiezz terus buang lepas dapat tu. Simpan dulu dalam setahun..So bila rasa macam makin banyak kuantiti cenderahati majlis kahwin yang dapat dari majlis-majlis kahwin kitaorang pergi, k.fiezz akan 5S & terpaksa buang. Sorry pengantin. Rumah k.fiezz kecil je. Ruang terhad nak simpan banyak-banyak koleksi perhiasan.
Cenderahati Majlis Kahwin yang sempoi
Kali ni dapat cenderahati majlis kahwin yang sempoi ni, memang menarik perhatian k.fiezz. Kicap tu saiz comel je, boleh bawa kalau pi jalan-jalan atau berkelah kat mana-mana. Minyak gamat. Sesuai sangat ni untuk sakit-sakit badan. Kena standby je minyak gamat ni kat rumah. Satu lagi tu roll on Aura Serai Wangi Collagen.
Khasiat Aura Serai Wangi Collagen
- Masalah Kulit
- Gigitan serangga berbisa
- Lenguh & sengal otot
- Kebas kaki & tangan
- Senak & Kembong
- Luka-luka ringan
Cenderahati yang lebih praktikal
To be honest cenderahati kenduri kahwin yang member k.fiezz bagi ni sangat praktikal dan lagi bagus sebab banyak kegunaan dia. Seisi keluarga boleh guna. Korang yang bakal adakan majlis kahwin, kalau tak ada idea nak bagi cenderahati apa pada tetamu, mungkin boleh guna ni sebagai contoh cenderahati kahwin yang boleh bagi pada tetamu.
9 Comments
ammi suka kalau gi kenduri kawin dapat doorgift camni instead of mug keciklah, sudu sebatanglah.. kalau dapat telur rebus pun dah suka sangat.
ReplyDeletesimple ja tapi bole guna jangka masa lama.. hadiah yg bermanfaat ^^
ReplyDeleteBagusnya dia bagi roll Minyak Aura tu. Aien suka pakai tu. Sedap je rasa badan lepas sapu-sapu tu. :)
ReplyDeletebagus bagi barang2 gni..:)
ReplyDeleteAura Serai Wangi..shida pn guna kak fieza :)
ReplyDeleteKalau cenderahati macam ni memang tak membazir
ReplyDeleteelok lagi cenderahati gini...at least berguna..kalau yg kotak2 hiasan tu,kaca sume tu..herm takyah la bagi..tak berguna...kita kalau nak beri kena beri barang yang memang org akn guna..bukan perhiasan semata..
ReplyDeletesuka dapat door gift yg boleh guna macam ni. now dah byk idea door gift yg lebih praktikal kan.
ReplyDeleteCik TK pun suka dapat doorgift yang macam ni. boleh digunakan satu famili. satu lagi, Cik TK suka kalau doorgift tu dapat makanan!
ReplyDelete