Dua minggu lepas k.fiezz beli barang di shopee. Selalu k.fiezz akan pilih J&T untuk penghantaran. Boleh pula masa tu k.fiezz tukar pilih guna Ninja Van. Saja nak cuba. Sebab J&T dah selalu guna. Setakat ni memang puas hati dengan J&T. Penghantaran pantas & tak ada lagi masalah barang hilang guna J&T. Alhamdulillah..Ninja Van ni jarang k.fiezz guna. Jadi tak pasti servis diaorang macamana. Tu yang gatai cuba. Sekali.....

Barang Hilang Lepas Pick Up Oleh Ninja Van

Cuma pilihan kurier kali ni, k.fiezz tersalah pilih derrr..Barang hilang lepas di ambil oleh Ninja Van di tempat seller. Ahh sudah. Tengok dalam sistem, barang dah collect by Ninja Van pada 18.9.2020 (Jumaat). Esoknya k.fiezz tengok balik dalam sistem, tak bergerak. Tapi k.fiezz fikir positif, cuti kot sebab hari sabtu. Tak pe, tunggu hari Isnin. Tak bergerak. Sama juga statik. Tak boleh jadi ni. Terus k.fiezz isi borang aduan dalam website Ninja Van. Dalam hari yang sama juga k.fiezz dapat response dari Ninja Van. Mula-mula pihak Ninja Van beritahu, diaorang akan check dulu. Tak pe, kita bagi masa pada diaorang. 

ninja van, barang hilang, cara refund shopee,refund dari shopee

Ni status barang k.fiezz beli dalam sistem Shopee. Lepas pick up pada 18hb September 2020, terus senyap sepi tak bergerak. 

Lepas tu 24hb September 2020 k.fiezz terima e-mail di bawah ni dari Ninja Van. Dimaklumkan oleh pihak Ninja Van, barang hilang.

ninja van, barang hilang, cara refund shopee,refund dari shopee

Minta Refund dari Shopee

Dah dapat  confirmation macam dalam kes k.fiezz ni, barang hilang. K.fiezz terus masuk di shopee, klik Request Return/Refund pada 24hb September 2020. Lepas tu kena tunggu kelulusan dari pihak penjual. Tak lama pun tunggu response dari seller. Hari yang sama juga k.fiezz dapat notification melalui e-mail, penjual menolak permohonan refund k.fiezz atas sebab 'pihak diaorang dah hantar barang mengikut order k.fiezz'.

ninja van, barang hilang, cara refund shopee,refund dari shopee


Yea..memang tak salahkan penjual pun. Betul, diaorang hantar barang seperti yang di pesan dalam sistem shopee. Cuma sebagai penjual diaorang kena terima juga risiko macamni bila kecuaian berlaku di pihak kurier. Barang memang tak diterima oleh pelanggan iaitu k.fiezz. Takkan lah k.fiezz nak bagi duit pada penjual padahal barangnya k.fiezz tak dapat pun. 

So memandangkan seller menolak refund yang k.fiezz mohon, pihak shopee ambil alih kes & buat penyiasatan berkenaan kes k.fiezz ni.  

Dan semalam (28.9.2020), k.fiezz terima e-mail dari shopee permohonan refund k.fiezz lulus dan akan terima refund dalam masa 7 hari. Pembayaran akan masuk dalam akaun ShopeePay sebab masa bayar order ni, k.fiezz guna Shopee Pay. 

Update - Duit refund dah masuk dalam Shopee Pay masa k.fiezz tengah menaip entry ni. Yeay..Jom shopping lagi di Shopee. haha..

ninja van, barang hilang, cara refund shopee,refund dari shopee

Cara Refund Shopee

So kalau korang yang ada masalah tak terima barang, barang hilang macam kes k.fiezz ni, tak payah rungsing macamana nak buat. Macamana cara refund dari shopee  Ni caranya.

- Masuk ke pesanan korang yang tak terima tu
- Bawah sekali ada butang 'Request Refund/Return'. Klik situ. Lepas tu tunggu sampai penjual luluskan permohonan kita tu. Kalau kata penjual tak mau lulus, korang boleh rujuk pada Shopee terus. 
- Kalau sekiranya tak ada masalah, penjual lulus permohonan kita, tunggu je duit masuk semula ke akaun kita (rujuk pada cara pembayaran masa kita order barang tersebut). Proses pembayaran kebiasaanya dalam masa 7 hari lebih kurang. 

Risiko Untuk Penjual Yang Meniaga di Platform Shopee

Dalam kes k.fiezz ni, tak salahkan penjual pun, memang betul diaorang tak menipu & barang dihantar mengikut pesanan. Tapi bila jadi kes barang hilang di pihak kurier, penjual kena terima dan bertanggungjawab. Nak buat macamana,kan..Adat meniaga gitu lah. Lagipun ni risiko yang perlu ditanggung oleh penjual walaupun bukan salah dari pihak diaorang. 

Tak Semua Ninja Van Bermasalah

Bagi side Ninja Van, k.fiezz tak lah cakap semua Ninja Van bermasalah. Kadang tengok tempat juga. Ada tempat yang okey. Ada yang tak. Cuma nasib kurang baik kali ni, k.fiezz dapat dari tempat kurier Ninja Van yang ada masalah rasanya sebab barang lepas pick up terus hilang. Adeh. Pengalaman. Hah ni dah experience sendiri, baru lah tahu kan. hehe. Rasain. Cuma k.fiezz nak puji juga pihak Ninja Van yang melayan pertanyaan dari pelanggan bila dapat aduan. Bukan diaorang krik krik je. Part ni i wanna say, good job Ninja Van. 

Serik tak guna Ninja Van?Jujurnya k.fiezz serik. Tunggu dah lama sikit baru k.fiezz guna semula Ninja Van. Buat masa sekarang memang pilihan k.fiezz samaada J&T, DHL atau Pos Laju sahaja bila beli barang dari Shopee..

5 Comments

  1. antara risiko yang kita perlu hadapi juga kan kak....thanks for the tuto

    ReplyDelete
  2. sorry kak...saya test komen kt sini,mcm ad masalah je bila komen guna id lgi stu..hehhe

    ReplyDelete
  3. fuh mujur dpt balik refund tu

    ReplyDelete
  4. nasib baik dapat refund.. mmm itulah kadang kala risiko beli barang online. tapi kita tetap beli barang online. sebab mudah, hujung jari je. hehe

    ReplyDelete