8 Punca Lingkaran Gelap Bawah Mata dan Cara Menutup Lingkaran Tersebut
Siapa ada masalah lingkaran gelap bawah mata atau omputih panggil dark circle?K.fiezz rasa ramai rakyat Malaysia atau satu dunia ni mengalami masalah lingkaran gelap bawah mata ni. Apa punca dark circle ni?tak cukup tidur, faktor usia, genetik atau apa lagi yeak sebab kewujudan lingkaran gelap bawah mata kita ni yang menganggu penampilan kita. Untuk wanita terutamanya. Nak tutup kawasan lingkaran gelap bawah mata ni bukan senang weiii..Nak kena beli beberapa produk untuk tutup masalah tu dari orang lain perasan.
- Letih - terlebih tidur, terlampau letih, berjaga melepasi dari waktu tidur normal kita atau kurang tidur boleh jadi punca kepada wujudnya lingkaran gelap bawah mata kita ni. Antara sebab ini menjadikan kulit kita kusam,pucat serta buatkan tisu menjadi gelap dan saluran darah bawah mata menonjol. Bila kita kurang tidur, ni menjadi punca cecair muncul bawah mata dan mata nampak seperti bengkak. Sekaligus jadikan lingkaran gelap bawah mata macam bayang kepada bengkak di mata kita tu.
- Tekanan Pada Mata - Selalu menghadap televisyen, skrin komputer terlalu lama boleh sebabkan tekanan pada mata yang jadi punca wujudnya lingkaran gelap bawah mata.
- Genetik - Faktor keturunan dan genetik juga boleh jadi punca kita ada lingkaran gelap bawah mata.
- Usia - Tak boleh dinafikan lagi faktor usia. Bila kita semakin berusia, kulit menjadi lebih nipis. Kehilangan lemak dan kolagen untuk keanjalan kulit menjadi punca saluran darah gelap bawah kulit menjadikan wujudnya lingkaran gelap bawah mata kita.
- Kurang Nutrisi - Kurang nutrisi dari rutin pengambilan makanan kita boleh jadi faktor wujud lingkaran gelap bawah mata. Untuk menghilangkan masalah tersebut, kita perlu amalkan diet pemakanan yang kaya nutrisi seperti Vitamin A, C, K, E.
- Terdedah Kepada Cahaya Matahari - Terdedah secara berlebihan pada cahaya matahari terutama di bahagian mata boleh sebabkan pigmentasi sekitar kulit menjadi lebih gelap.
- Dehidrasi - Lingkaran gelap bawah mata ni juga boleh menjad tanda bahawa kita kekurangan air dalam badan disebabkan lebih pada pengambilan minuman berkafein dalam rutin harian. Dehidrasi ni juga boleh menjadi punca wujudnya lingkaran gelap bawah mata. Bila badan kita kurang menerima air secukupnya, kulit nampak kusam & mata juga kelihatan tenggelam.
- Perubahan Hormon - Berlaku pada wanita disebabkan proses kehamilan atau ketika datang haid, perubahan hormon semasa dalam 2 keadaan ni boleh jadi wujudnya lingkaran gelap bawah mata.
Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata?
Mungkin lingkaran gelap bawah mata ni cuma bersifat sementara kalau disebabkan faktor usia atau kekurangan tidur. Dan tiada masalah serius yang lain berpunca dari lingkaran gelap bawah mata ni. Tetapi normal kita sebagai wanita, k.fiezz spesifikasi untuk wanita sebab kita kaum perempuan ni memang concern terlebih bila melibatkan penampilan. Jadi bila ada gangguan di muka kita dengan kewujudan lingkaran gelap bawah mata tu, boleh menyebabkan kita kurang yakin atau selesa bila berdepan dengan orang lain.
Secara asasnya memang kita akan guna pelbagai cara untuk menutup lingkaran gelap bawah mata tersebut. Kebiasaanya kita akan guna concealer?Betul ke tidak kaum-kaum wanita sekalian. K.fiezz pun salah seorang pengguna concealer sebelum ni. Cuma agak leceh sebab concealer seperti yang kita tahu untuk menutup kawasan tertentu sahaja. contoh macam lingkaran gelap bawah mata, parut-parut jerawat, menyamaratakan warna kulit atau sebarang cela/parut yang ada di muka TETAPI bukan untuk keseluruhan muka. Lepas tu kita kita guna foundation pula untuk seluruh muka supaya bagi kesan sekata dengan concealer yang kita dah letak sebelum tu. Kan dah jadi 2 kerja di situ.
Jadi cara yang senang dan mudah, k.fiezz nak cadangkan guna Obsess Cushion Foundation je. Korang boleh check it out video di bawah ni.
Tutup Kawasan Lingkaran Gelap Bawah Mata Dengan Obsess Cushion Foundation.
Kalau sebelum ni k.fiezz guna concealer untuk menutup kawasan lingkaran gelap bawah mata tetapi terkini k.fiezz dah beralih arah dengan obsess cushion foundation yang antara fungsinya untuk menutup sekitar kawasan lingkaran gelap bawah mata kita. Bukan setakat untuk tutup kawasan gelap bawah mata je, obsess cushion foundation ni juga boleh digunakan untuk keseluruhan muka iaitu boleh menutup segala parut-parut jerawat, jeragat, kedutan, kulit kusam kat muka kita. Lebih praktikal sebab guna 1 barang je untuk keseluruhan muka berbanding concealer yang boleh guna untuk di kawasan tertentu sahaja. Lepas tu kena guna juga foundation sebab nak bagi sekata dengan concealer yang dah diguna sebelum tu. Dah jadi 2 barang kita guna. Ada pula setengah concealer jadi kelabu bila kita guna di kawasan lingkaran gelap bawah mata. Dah nampak muka kita macam apa je pulak..tak cantik..kat muka dah okey, eh sekali tengok bawah mata warna kelabu sebab kesan pemakaian concealer yang tak sekata dengan warna kulit..
Jadi kalau tanya k.fiezz antara concealer dan Obsess Cushion Foundation, mana k.fiezz lagi suka. Memang confirm k.fiezz pilih Obsess Cushion Foundation yang praktikal dan menyeluruh fungsinya untuk muka termasuk lah masalah menutup lingkaran gelap bawah mata ni. Selain senang nak bawa juga ke mana-mana sebab saiznya yang kompak.
Untuk korang yang sejenis suka mekap simple-simple, guna Obsess Cushion Foundation ni pun dah cukup. Paling penting Obsess Cushion Foundation boleh tutup semua kawasan dimuka kita yang bermasalah seperti lingkaran gelap bawah mata, parut jerawat dan jeragat.
Untuk korang yang ada masalah di atas & mencari cara untuk mengatasi masalah di atas ni, boleh roger k. fiezz..
Order - https://wa.link/383jk3 (klik link)
🚘 Jln Klang Lama, Bkt Jalil, Kinrara, SOGO, KKR/JKR/ Bank Negara
🛵Seluruh Malaysia
7 Comments
kadang2 dah redha je dengan mata panda saya ni kak fiez huhu
ReplyDeleteshida pun mata panda makin pekat ^_^ redoo jugeeee
ReplyDeletedepends dgn keadaan individu yg menyebabkan lingkaran gelap ni kan. sometimes penat, tak cukup tidur, makan tak jaga ... semua penyumbang kepada lingkaran gelap. tapi yg bestnya, now dah senang nak tutup lingkaran gelap ni, guna obsess jer ... bukan setakat tutup, kulit nampak cantik dan muka berseri seri ...
ReplyDeletewow menarik..
ReplyDeletesejak ada 2nd baby ni memang mata panda asyik keluar. huhu. TQ for tips. Jemput join my segment. Dah nak tamat! :)http://www.aimisyahirah.com/2020/09/special-september-giveaway-by-misya.html
ReplyDeleteammi mmg factor genetik..yelah anak india kan and rasanya baru sekali kot beli concealer tp terbiar gitu je. pembaziran
ReplyDeleteCik TK pun kadang jadi panda!
ReplyDelete