Ada Masalah Kulit Muka Kering. Jom Ikut Langkah Penjagaan Kulit Muka Kering Ni
Kulit Kering. Adeh. Siapa pernah alami. Kebiasaan terjadi bila kulit kering ni kulit kita akan jadi mengelupas. K.fiezz ada mengalami masalah kulit muka kering ni. Mula k.fiezz tak perasan sangat tapi boleh jadi perasan masa nak mekap lepas solat di pejabat. Mungkin faktor dalam surau yang terang sebab cahaya matahari terus masuk memandangkan tingkap jenis tak bertutup sepenuhnya. Tu yang baru k.fiezz nampak masa nak mekap masalah kulit muka kering di sekitar kawasan pipi. Nampak mengelupas. Ishhh. Pening fikir pasal apa? Mandi air panas atau duduk dalam bilik aircond di pejabat k.fiezz yang sejuk gila tu. Kurang minum air? Nak minum air banyak kali, boleh tu boleh tapi mengulang ke bilik air pun banyak kali sebab sejuk bebenor weiii. Banyak kali dah buat aduan tapi macam tak ada tindakan pun dari pihak pengurusan yang jaga pejabat k.fiezz. Haih. Buat aduan pun serupa tak payah buat.
Tak tahu la punca pada masalah kulit muka kering k.fiezz ni. Tapi tak pe kena ambil langkah cara penjagaan kulit kering yang bersesuaian mengikut masalah kulit muka kering k.fiezz ni, takkan nak bior je. Yea tak?Sebelum tu jom kita tengok punca kulit kering ni.
PUNCA KULIT KERING
Faktor kulit kering ni punca dari keadaan persekitaran macam mandi berlebihan atau terdedah pada suhu panas atau sejuk boleh sebabkan kulit kering. Nama saintifik kulit kering, dipanggil Xerosis. Punca kulit kering disebabkan kurang lembapan. Bagi sesiapa yang ada masalah kulit kering ni, susah sikit bila mekap sebab ada kesan pecah atau bahasa omputihnya digelar cakey. Dalam bahasa mudah faham, tak cantik bila pakai foundation, blusher sebab dia jadi tak sekata.
Berbalik pada punca kulit kering ni, antara puncanya :
- Dehidrasi - Kekurangan air dalam badan. Air antara faktor penting untuk pastikan kulit sentiasa lembap dan segar. Bila badan kurang air, kulit kita mula alami kadar penurunan lembapan sekaligus menyebabkan kita senang sakit kepala kerana peredaran darah tak berjalan dengan elok.
- Cuaca - Kulit boleh jadi kering kalau cuaca terlampau sejuk atau terlampau panas. Kalau terlampau panas boleh menjadi faktor strok haba sebab air tak cukup dalam badan. Peluh banyak keluar pun boleh sebabkan kulit jadi kering. Tu antara sebab pentingnya kita minum air secukupnya untuk pastikan badan terhidrat. Selain dari kita gunakan set penjagaan kulit muka yang ada fungsi lembapkan kulit.
- Kurang Pengambilan Makanan Sihat - Cara paling neutral untuk mencantikkan kulit dengan pengambilan makanan yang sihat. Dalam makanan sendiri, ada banyak serat, vitamin yang berfungsi untuk kesihatan & kecantikan kulit. Kurang pengambilan makanan sihat, kulit cepat kusam dah kering.
- Udara Kering - Penyebab utama kulit kering. Terutama dalam kawasan yang sejuk & menggunakan aircond. Malaysia seperti yang kita tahu cuaca panas dan lembap. Jadi kebanyakan pejabat, wajib menggunakan penghawa dingin. Bila kita lebih banyak berada dalam bilik yang berpenghawa dingin, ia akan serap keluar lembapan dari kulit yang menjadi punca kulit kering & keluar garis halus putih bila kita garu di kawasan kulit kering. Ni antara tanda bahawa kita mengalami masalah kulit kering.
- Sabun - Menggunakan sabun atau pencuci muka dengan kerap (lebih 2x sehari) untuk mencuci muka pun boleh jadi penyebab kulit kering. Sebab pencuci muka/sabun boleh hilangkan lembapan dalam kulit sampai kulit jadi kering.
- Mandi Air Panas - Walaupun sebenarnya seronok mandi air panas tetapi AWAS tak bagus untuk kulit kita. Sebabnya air panas membuka pori-pori pada kulit dan menyingkirkan minyak yang elok untuk kulit kita. Boleh kalau nak mandi air panas tetapi jangan terlalu lama.
- Peningkatan Usia - Seiring dengan meningkatnya usia, kulit kita kehilangan minyak yang berfungsi untuk kekalkan lembapan pada kulit kita. Selain dari kita kehilangan kolagen sedikit demi sedikit yang menyebabkan kulit menjadi kurang anjal & kenyal.
1 Comments
Thanks kak share..berguna niii
ReplyDelete