Dapur FiezaSani - Sambal Sotong Resipi Mudah
Try resipi sambal sotong ni semalam tapi kena reject dgn mr hubby. Tak sedap katanya. Sabor je la tau. K.fiezz saja tukar resipi sebab k.fiezz perasan masak sambal ikut resipi biasa yang k.fiezz masak, mr hubby tak berapa nak makan. Mungkin tak sedap kat tekak mr hubby. So okey lah. Kita google cari resipi lain.
Bahan - Bahan :
Sotong (kuantiti terpulang)
Cili Kisar (1-2 sudu)
1 biji bawang merah (kisar)
2-3 ulas bawang putih (kisar)
1 keping asam keping
1 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji bawang besar - hiris bulat
Garam
Gula
Cara Masak :
Sotong dimasak dahulu untuk keluarkan air. Selepas itu tos & ketepikan. **Elakkan masak sotong terlalu lama untuk elakkan liat**
Tumis bahan kisar dengan api perlahan sampai cili betul-betul masak (naik minyak).
Masukkan gula, kacau seketika dan biarkan sehingga garing serta keluar minyak. Kemudian masukkan sotong yang telah ditos tadi. Kacau-kacau sekejap.
Akhir sekali, masukkan garam, asam keping dan biar sampai air sotong kering. Masukkan bawang besar dan tutup api bila bawang layu dan sambal jadi kering serta pecah minyak.
Sedia untuk dihidangkan.
Review K.fiezz -
Ikut tekak k.fiezz sedap. Terasa pedas sebab cili kering kisar tu pedas weiiii..So cili kisar tu korang agak-agak lah nak masuk berapa sudu. Kalau cili kering jenis pedas, letak 1 sudu pun dah cukup. K.fiezz punya ni pedassss..
So memandangkan mr hubby cakap sambal sotong ni tak sedap & ada lagi balance, hari ni k.fiezz bawa bekal ke pejabat. Time lunch jap gi top up beli sayur atau ulam-ulam je.
Sebab walaupun panaskan sambal sotong ni untuk dinner hari ni, mr hubby tak makan punya. Sebab tak sedap, kan..hehe..Kang tak makan sotong ni, berbuang pula, Membazir, Sotong mahal weiii..
4 Comments
waahhhh sedapnya sambal sotong!
ReplyDeletesotong mahal. laki xmakan takpe, kita je habiskan ye. kdg2 tak kena dgn tekak suami, sedangkan kita rasa mcm dh ok kn.
ReplyDeletehuhu..ganas encik suami merejek. takpe cuba lagi sampai jumpa yg sesuai ditekak mr. hubby ye
ReplyDeleteSedapnya nampak!
ReplyDelete