Baru-baru  ni k.fiezz beli ring light di Shopee. Tapi masa nak dapat ring light ni buat darah turun naik kejap tau. Pasal ring light ni nanti k.fiezz share. Ni k.fiezz nak kongsi masa nak terima ring light. 

K.fiezz order ring light 6hb Jun. Esoknya 7hb ring light dah sampai pada k.fiezz. Cepat kan penghantaran. Dah tu k.fiezz nak complaint pasal apa?

ring light murah,J&T buah hal

Ceritanya masa nak terima ring light ni, 7hb Jun hari Ahad. K.fiezz tengok dalam sistem tracking shopee, tak ada sebarang update yang ring light ni nak bawa keluar untuk penghantaran haritu.

Kebetulan k.fiezz & mr hubby nak keluar. Shopping kat Berjaya Times Square >>Sempena Anniversary Shopping Baju Murah Di- Berjaya Times Square << Kitaorang proceed keluar sebab tak ada nak tunggu budak kurier J&T. 

Pi lah shopping dengan senang hati kat Times Square. 

Sampai rumah dah malam. Sambil-sambil nak sejukkan badan untuk mandi, check sistem tracking Shopee. Eh, sekali tengok update ring light ni dah DELIVERED. Ahhh sudah deliver kat sapa ni?Masa nak masuk rumah, tak ada nampak rasanya sebarang bungkusan depan pintu. Kot lah kurier main letak je depan pintu,kan..

K.fiezz dah membebel. Call J&T complaint pasal ni. Lepas tu k.fiezz chat dengan seller. Tapiiii tak membantu langsung seller. Benci. Tahu lah bukan salah seller tapi bagi lah servis selepas pembelian. Tak salah pun. At least tolong call J&T ke?ni takkkk.. Seller suruh check sendiri..Yea tahu. Cuma nak lah bantuan juga dari seller. Pernah dengar tak servis selepas pembelian. So apa salahnya bantu customer. Kurang-kurang bila dua-dua pihak complaint, J&T cepat siasat & selesaikan kes ni.

Mr hubby dah #redha je ring light ni dah hilang. Memang lah murah je ring light ni tapi duit juga tu. Nak beli lagi yang lain, kena keluar duit juga kan. Bukan bagi kertas ke daun ke? Aduiii...

Serabut fikir, siapa lah yang ambil ring light kitaorang ni. K.fiezz siap cakap siapa yang sesuka hati ambil ni, biar ring light tu cepat rosak. Hah..Sampai macam tu sekali marah tau.

Sekali tetiba mr hubby saja suruh whatsapp jiran sebelah kitaorang ni kot lah ada ternampak budak kurier J&T datang kat rumah. dan guess what? ada yea korang. Rupanya budak kurier J&T bagi pada jiran kitaorang ni. 

Dah tu kenapa jiran tak cakap dengan k.fiezz?sebab jiran tanya dengan budak kurier J&T tu dah beritahu ke pada penerima (k.fiezz) yang nak tinggalkan barang ni pada dia (jiran). Budak kurier tu cakap 'dah'..Sabar je lah. Padahal tak ada call pun. Tu yang jiran k.fiezz tak ada whatsapp k.fiezz beritahu J&T tinggalkan barang pada dia.

Lega bila jiran beritahu barang ada pada dia. Malam sikit lepas jiran k.fiezz balik rumah, dia bagi ring light ni. Fuhhh..baru sejukkk hati. 

1st time J&T buat hal macam ni. Main hantar barang pada jiran. Sebelum ni, tak pernah J&T buat hal. Mungkin sebab lambakan barang banyak sangat kot. Jiran k.fiezz beritahu ternampak beg budak kurier masa hantar tu, banyak lagi barang..Mungkin kurier tu malas nak ulang ke rumah k.fiezz untuk penghantaran, tu yang dia tinggalkan pada jiran. K.fiezz tak kisah lah kurier bagi pada jiran tapi beritahu lah dengan penerima (macam dalam kes ni, k.fiezz). Ni sonyap je. Tetiba update delivered. Kita yang cuak kejap 'ah sudah, siapa pula yang ambil barang kita?'

Tak pe lah. Apapun legaa ring light dah sampai.

Ring light baru rasmi minggu lepas. hehe. Orang nak ring light, dia pun nak juga. hehe. K.fiezz nak guna untuk video mekap & bergambar. Rumah k.fiezz lighting tak berapa nak cun. Kadang jenuh cari angle menarik. 

Apapun hi new ring light..hehe..

6 Comments

  1. Selalu mereka nak cepat tapi orang punya gelabah kan.. ok nak tahu beli dekat shop mana okeh..cepat update

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..masih ada rezeki fieza..:)

    ReplyDelete
  3. Jiran patutnya bagi tahu lah ..ni senyap pulak

    ReplyDelete
  4. Risau jugak kan kalau brg hilang/salah deliver ke sapa2 kn. Kalau dorang bagitahu awal takde la kita salah faham macam ni kan..

    ReplyDelete
  5. saya nasib jiran yang simpan dan bagikan
    terkejut sebab bagus betul dia pelawa posmen tu untuk simpankan
    hehehe

    ReplyDelete
  6. rasanya jiran pun kena la inform kan. yg orang jnt pun kena letak remarks ke kat tracking tu. delivered to jiran. huhu

    ReplyDelete