Saja cuba resipi udang masak lemak style lain. Selalu k.fiezz masak lemak ni ikut cara sendiri. Tapi ni saja nak cuba resipi hat lain sikit. Nak masak sambal udang, mr hubby macam kureng je. So masak lemak lah. Selalu masak lemak ni, laju sikit mr hubby makan.

udang masak lemak,resipi udang masak lemak,udang masak lemak cili api yatie kitchen

Hasil google, jumpa resipi Udang Masak Lemak Cili Api Yatie Kitchen. Kak yatie kitchen ni glamour juga. Kalau google je, mesti keluar nama dia dulu. Tu yang k.fiezz selalu guna resipi kak yatie kitchen. Selalunya resipi k.yatie ni memang sedap-sedap pun. Jadi bila google, nampak resipi kak yatie kitchen ni, memang laju je k.fiezz cuba resipi dia. Hasilnya walaaahhh.cewah. haha. ikut tekak sendiri, memenuhi piawaian tekak lah yea. Orang lain tak pasti. Nak tahu, cuba lah sendiri resipi-resipi kak yatie kitchen ni. 

RESIPI UDANG MASAK LEMAK

Bahan - Bahan :
  • Udang (kuantiti terpulang)
  • 1 batang serai [di ketuk]
  • 1 kotak santan *k.fiezz guna 1/2 sahaja
  • Sekeping Asam Keping
  • Garam
  • Serbuk perasa [pilihan] *k.fiezz tak guna sebarang serbuk perasa
Bahan Untuk Dikisar/Tumbuk :
  • 1 Biji Bawang Merah (besar)
  • 2-3 Ulas Bawang Putih
  • Beberapa tangkai cili padi [ikut tahap kepedasan masing-masing]
  • 1 inci kunyit hidup
Cara Masak : 
  • Kisar bahan yang untuk dikisar dulu.
  • Masak bahan kisar bersama santan, serai dengan api perlahan sampai mendidih. Kacau-kacau supaya santan tak berketul-ketul.
  • Bila dah mendidih, baru masukkan udang. Diikuti asam keping, garam & serbuk perasa (kalau guna).
  • Kacau seketika & nampak udang dah masak, tutup api & SIAP.
Agak senang resipi udang masak lemak ni,kan. K.fiezz suka. Yang penting sedap. Cara masak dia pun tak renyah sangat. Petang-petang time balik kerja, nak masak pun tak kelam kabut sangat. Keluarkan udang dari peties. Defrost sekejap. Lepas tu dah boleh start masak. 

2 Comments