Baru-baru ni mr hubby order daging kambing perap frozen dari kawan game dia. Mr hubby order 2kg. Satu bekas 1kg - RM50. Kitaorang ambil 2 bekas. Daging kambing perap frozen ni dah siap dengan bahan perapan & sos dia. Balik rumah cuma grill/bakar sahaja daging kambing. Lepas tu defrost sos dia. Siap untuk di makan. 

masak kambing bakar guna air fryer,daging kambing perap frozen,

First time nak masak daging kambing bakar frozen ni. Tak pernah beli sebelum ni. Mr hubby yang suka kambing bakar ni. K.fiezz kureng sikit. Bukan sebab apa, risau pening lepas makan kambing. Pernah sebelum ni makan kambing kat pejabat k.fiezz sebab ada jamuan sempena Raya Haji. Lepas makan, pening-pening jap. Terus serik nak makan daging kambing. Tapi k.fiezz rasa mungkin sebab daging baru, tu yang pening. Masa raya haji semua kambing/lembu baru sembelih. Daging fresh gitu. 

Tak pe, kita cuba pula makan daging kambing ni, okey ke idak. K.fiezz pening ke tidak. Tapi apapun jom kita masak dulu. Cara masak ni, Mr hubby yang cari cara masak kambing bakar guna air fryer di You Tube. Hasil carian di You Tube, ada 2 cara masak kambing bakar ni. Satu guna air fryer & satu lagi guna pressure cooker

Kitaorang pilih masak kambing bakar guna air fryer sebab lebih mudah & bentuk daging kambing masih sama macam sebelum masak. Berbanding pressure cooker fungsinya untuk melembutkan daging, jadi rupa dia macam dah lerai bila masak. Lepas dah lembutkan kena goreng pula sekejap. Bentuk dia pun dah out masa tu.. So k.fiezz & mr hubby sepakat masak kambing bakar guna air fryer.

Masak kambing bakar guna Air Fryer, kelebihan dari segi  rupa masih ada bentuk yang asal & lepas  masak dia ada macam hangit-hangit sikit kat daging. Baru lah macam feel kat kedai..   

Jom nak kongsi cara masak kambing bakar guna air fryer ni. 

Video cara masak kambing bakar guna air fryer

CARA MASAK DAGING KAMBING GUNA AIR FRYER
  • K.fiezz guna air fryer jenis Elba. Kena panaskan dahulu. 
  • Set suhu 180c. Lepas dah panas, masukkan daging kambing dalam air fryer. Kuantiti ikut pada keluasan air fryer dan saiz daging. Macam air fryer ELBA ni boleh masukkan antara 1-2 keping daging.
  • Set masa 5 minit. Selepas 5 minit, terbalikkan posisi daging kambing & masak lagi 5 minit. Jadi jumlah minit yang diperlukan untuk masak daging kambing secukupnya 10minit. Dah uji 10 minit tu daging masak secukupnya kedua-dua bahagian & juga isi dalam. **Jumlah minit ni bergantung pada jenis air fryer masing-masing. Macam dalam You Tube yang k.fiezz mr hubby tengok sebelum masak ni, orang tu masak 7minit sahaja untuk kedua-dua bahagian depan & belakang. Dia menggunakan air fryer brand philips.** K.fiezz cuba masak 7minit dengan air fryer ELBA ni tapi tak berapa masak. Cuma masak satu side sahaja & ada nampak lagi merah-merah (bahagian yang tak masak). Jadi kitaorang up 10 minit untuk kedua-dua bahagian, baru masak secukupnya. 
Macamana Rasa Daging Bakar Guna Air Fryer ?

Seriously sedap. Lembut. Cukup masak bahagian dalam & tak terlalu kering isi dalam dia. Juicy bak kata adik ipar k.fiezz.. 

So dah tahu cara masak kambing bakar guna air fryer ni, boleh lah selalu beli daging kambing bakar frozen kat kawan mr hubby. 

Ingatkan susah benor nak masaknya. Sonang rupanya. Cuma yang masak sendiri kat rumah ni, tak ada lah side dish macam kat kedai tu. Ingat semalam nak buat juga potato wedges/fries tapi rushing nak keluar petang semalam lepas lunch.. Lain kali lah k.fiezz cuba buat side dish pula macam kat kedai tu..

5 Comments

  1. Alaaa..kita takde air fryer la..kita ada oven jer..hahahaha..tapi SA kalau bab ni guna kuali ajaib je..suka masak medium atau medium well

    ReplyDelete
  2. sedapnya, dah lama tak panggang daging, makan cicah black papper sauce plak

    ReplyDelete
  3. Lama tak makan daging bakar. Air fryer ada je dekat rumah ni

    ReplyDelete
  4. saya biasa masak atas pemanggang je...hehe sedapnya daging..

    ReplyDelete
  5. alahai..sedapnya kambing bakar..

    ReplyDelete