Menambah stok lagi di musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni. Malas nak ke pasar, bersesak beratur beramai-ramai, k.fiezz order je dengan adik yang k.fiezz pernah order sebelum ni. Lepas cuba servis adik SITI ni bulan lepas untuk beli barang basah online, dah beberapa kali juga k.fiezz repeat beli dengan dia. Puas hati lah servis dia. Beli buah-buahan pun okey dengan dia. Buah elok masak, manis. Memang puas hati sangat lah..

Selain meniaga barang basah, dia ada jual juga buah-buahan..Sakan lah k.fiezz membeli. hehe. Orang kita meniaga,kan. Kena lah support. Gitu.. Tambah adik siti ni memang fully buat bisnes jual barang basah / dapur online ni. Jadi kita bantu lah mana yang patut. Sebab dia tolong mak dia juga. Jadi bila kita order dengan dia, upah yang dia ambil dari setiap order kita tu dapat juga dia bantu mak. 

beli barang basah online

Restock Haiwan Laut

Ni yang terbaru semalam, k.fiezz restock haiwan laut pula. hehe. Bosan dah weiii asyik ayam, ikan ayam ikan..Allah, macam tak bersyukur pula rupanya. Idak..bukan tak bersyukur. Tapi bila dah hari-hari keluarkan dari peties bila time nak masak, ayam ataupun ikan..dah naik blur nak masak apa?Tu yang k.fiezz top up beli sotong, udang, ikang kembong & kerang. Tukar selera pula. 

Kenapa ada Apollo?order juga ke camne dengan Siti ni..haha. Idak..Kisahnya semalam, lepas dah keluarkan semua haiwan laut ni dari plastik, sekali tengok sotong tak ada.. WhatsApp Siti, tanya Sotong tak ada.. Kot lah memang tak ada stok ke,kan. Rupanya Siti tertinggal dalam peties dia sotong yang k.fiezz order ni. So sebagai mintak maaf, dia bagi coklat Apollo ni.. Yummy..

Terima kasih Ct. Comel pula dapat free gift Apollo ni..hehe

SOLUTION DI MUSIM PKP NI BELI BARANG BASAH ONLINE

Ni lah solution k.fiezz & mr hubby di musim PKP ni, beli barang basah online je. Agak paranoid nak ke pasar / pasaraya kena beratur panjang, berselisih dengan orang lain , jadi kita ambil jalan selamat beli barang basah online sajo..Selain dengan Siti ni, kitaorang order juga beli barang basah / kering di My Grocer. 

Mengikut saranan kerajaan, kurangkan pergerakan di luar selain untuk beli barang keperluan. Tapi kalau ada perkhidmatan pembelian barang dapur secara online, baiklah kita pilih yang memudahkan kita dan mengurangkan kesesakan di pasaraya dan jalanraya. 

1 Comments

  1. Bagus ada perkhidmatan jualan macam ni pada masa PKP ni.

    ReplyDelete