VIT Makanan Sdn Bhd, pengilang dan pengeluar makanan segera dan mee kering sejak 1975, telah menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menghulurkan sokongan kepada petugas barisan hadapan dan masyarakat terpinggir dalam mengharungi situasi Covid19 ini. Dengan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada 14 April 2020. Vits berjanji untuk meringankan beban petugas dan golongan sepanjang waktu PKP ini.

Sejak bermulanya PKP, Vits telah mengambil langkah-langkah proaktif untuk kembali menyumbangkan kepada masyarakat yang memerlukan dan mereka yang sedang berjuang demi negara dalam situasi sukar ini. Vits sehingga kini telah menyumbang sejumlah 3000 lebih karton kepada petugas Hospital Kuala Lumpur, para petugas polis yang sedang menjalankan sekatan jalan, bomba, rumah pertubuhan, rumah kebajikan dan rumah orang tua yang kurang bernasib baik di beberapa lokasi.


Bantuan makanan di agihkan pada petugas polis dan tentera di sekatan jalan raya

Noodlesman atau Mr YT Lai, Pengarah Urusan Vit Makanan Sdn Bhd berkata, Covid19 adalah situasi yang paling mencabar pada beliau dan kita semua, terutamanya petugas barisan hadapan yang kekal bekerja tanpa mementingkan diri dalam situasi penuh risiko demi perjuangan memerangi Covid 19. Sebagai penghargaan serta sokongan kami terhadap usaha murni ini, kami ingin membantu menyediakan bantuan makanan secukupnya buat mereka. Kami komited untuk terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia pada waktu yang sukar ini.
Sebagai peneraju dalam industri makanan segera klasifikasi mee segera dan mee kering ini, kami amat mematuhi piawaian dalam memastikan makanan yang kami hasilkan melalui saringan kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Makanan. Di mana kami amat menitik beratkan soal sientifikasi di mana setiap pekerja yang masih bekerja di bahagian logistik, pembungkusan, pengeluaran serta pejabat perlu melalui pemerikasaan suhu badan, pemakaian topeng muka dan sarung tangan, pengangkutan seperti van dan lori juga perlu di nyah kumankan setiap hari bagi memberi dan menghantar produk serta stok makanan yang bersih dan terjamin, tambah YT Lai lagi.



Vit makanan juga ingin meneruskan niat murni ini dengan mencari warga emas yang berumur 60 tahun ke atas di seluruh Malaysia yang tinggal bersendirian tanpa anak yang bekerja untuk diberikan bantuan makanan.

“kami percaya gologan ini seharusnya diberikan keutamaan dalam bantuan kerana mereka ini tidak mampu untuk keluar mencari makanan di saat sukar ini. Sekiranya anda mempunyai jiran, kenalan, kenalan sekampung boleh tampil kehadapan dan kami akan hantarkan bantuan makanan ini terus kepada mereka. Kami berharap agar dengan bantuan ini kami dapat membantu bersama-sama mengangani Covid19, kata beliau.


Bantuan makanan diagihkan kepada Rumah Orang-orang Tua Kuchai Lama


Bantuan agihan makanan ke Balai Polis Rawang



Untuk maklumat lanjut mengenai anda boleh menghubungi unit komunikasi dan pemasaran /
Cik Baizura di nombor 6012-6312098 atau laman sesawang kami www.vitsnoodles.com


4 Comments

  1. Wahh.. baiknya Vits.. semoga terus kekal maju... saya ada jiran seperti yang disebutkan atas tu.. nt nak hubungi vits la...
    ~tq kak fiezz for this info

    ReplyDelete
  2. Good effort swmoga nasihlb yg korang bernasib baik terbela

    ReplyDelete
  3. bagusnya usaha Vits ni kan.

    ReplyDelete