Percubaan kali pertama masak nasi tomato, ke laut.. Haha.. Dari segi rupa, ada.. Bau pun ada.. Sekali bila makan, hambar.. Haha.. Mungkin sebab air banyak sangat jadi bahan-bahan yang lain hilang rasa...Lepas tu lembik plak.. Aduh duh duh... K.fiezz plak konpiden masak sampai 2 cup utk cukup sampai ke sahur..

Sekali dah siap masak, time nak makan.. Mr hubby langsung tak sentuh nas tomato.. Dia tak suka nasi jenis lembik-lembik ni.. Memang dia tak makan la jawabnya sebab tak kena dengan tekak. Masa masak resipi nasi tomato ni semalam, k.fiezz pun macam dah syak, tak lembik ke?Sebab banyak sangat buh air..Ada susu, ada air pastu tomato yang dah dikisar pun berair juga..Adeh...Tapi ghasak la..kang derhaka kat resipi, tak jadi pulak..So masak je ikut  resipi nasi tomato yang k.fiezz dapat kat Mr  Google ni..Letak periuk nasi, on suis.. Biarkan sampai dengar periuk nasi bunyi dah masak, k.fiezz buka tutup periuk.. Tu dia.. Air penuh lagi belah atas. Terus k.fiezz tukar masak lagi sekali guna pressure cooker philips k.fiezz.. Pilih button rice dan biarkan sampai masak lebih kurang 15minit. Memang dah auto, tekan je rice dia dah set 15 minit..


resipi nasi  tomato,resipi ayam masak merah nasi tomato,nasi tomato
Alhamdulillah selepas 15 minit, masak pun.. Bahagian atas yang berair tu, masak...Legaaa...tapi tapi macam lembik je nasi tomato ai ni..adeh..tak pe, kita tunggu rasa time berbuka..kadang rupa tak menggambarkan rasa..ewah..haha..

Bila dah time berbuka, masuk je suapan pertama dalam mulut..Tu diaaa... Taworrr weiii..haha...Tengok mr hubby langsung tak sentuh nasi dalam pinggan dia.. Lagi angin mr hubby cakap termakan nasi yg tak masak / mentah.. Eh... Org tua ni.. 2 kali kita masak.. tak kan tak masak.. Sentap jap... K.fiezz punya portion elok je..Ke memang sebab dah lembik lepas tu k.fiezz tercerita masa masak guna periuk yang pertama, air penuh lagi dalam periuk, terus mr hubby set nasi tak masak.huhu..Geram pula rasa...

K.fiezz habiskan juga sepinggan yang dah buh dalam pinggan. Mr hubby punya & seperiuk nasi tomato lembik tu,  k.fiezz buang. Huhu.. Memang sayang.. Tapi apa nak buat..Lembik sangat..Tak reti nak oter macamana?

Sebabkan mr hubby tak makan lagi nasi..Dia cuma ratah ayam masak merah tu je,  Mr hubby suruh masak yg 2nd round .. Mula-mula mcm malas takut tak jadi lagii.. Tapi lantaklah.. Cuba je la, kan.. 

resipi nasi  tomato,nasi tomato
Tadaaa.. Hasil 2nd round.. Hat ni mr hubby makan & cukup untuk makan time sahur tadi.... 

Yang kali ke-2 ni, k.fiezz tak masukkan air langsung..Memang guna susu & tomato yang kisar tu sahaja untuk proses memasak nasi tomato...Okey, ni bahan-bahan & cara masak Nasi Tomato k.fiezz dapat dari Mr Google yang hasil pertama tak jadi..Alhamdulillah, kali ke-2 menjadi cuma kuantiti beras, k.fiezz kurangkan & tak gunakan air...

Jangan risau pula nak cuba resipi ni sebab k.fiezz buat tak jadi..haha..K.fiezz 1st time buat so k.fiezz tak reti nak agak air dia banyak mana nak guna...Tapi percubaaan kali ke-2 berjaya cuma k.fiezz adjust tak guna air untuk masak yang kali ke-2 ni..

RESEPI NASI TOMATO

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2 cawan beras biasa / beras Basmathi
  • 4- 5 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • Beberapa kuntum bunga cengkih
  • 4-5 biji buah pelaga
  • 1/ 4 cawan minyak zaitun (boleh ganti dengan minyak masak)
  • 2 sudu besar menggunung minyak sapi (boleh guna mentega)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar gula
  • 1/ 2 sudu besar garam
  • Sehelai daun pandan (simpul)
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 1 biji tomato (kisar)
  • Kismis untuk hiasan 
  • 1-2 biji bawang besar*
  • Beberapa ulas bawang putih*
  • 1 ketul halia sebesar ibu jari*

Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus

CARA-CARA

1. Rendam Beras

Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain. Kalau guna beras biasa (rendam dalam 15-20 minit). Kalau guna beras basmathi, rendam lama sikit dalam 30 minit. Kemudian, basuh dan toskan.

2. Tumis Bahan

Cairkan minyak sapi dalam kuali & masak atas api yang sederhana. Bila minyak dah cair, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau sampai naik bau.

3. Masukkan Beras

Kecilkan api dan masukkan semua bahan dalam periuk nasi. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.Seterusnya masukkan susu cair, tomato puri, tomato yang dah dikisar, simpulan daun pandan, gula dan garam secukup rasa dan masak seperti biasa.

Sementara tunggu nasi tomato siap, kita masak ayam masak merah. Nasi tomato biasa lawannya dengan ayam masak merah..Untuk lauk dia ni, k.fiezz lulus..tak ada masalah..haha..So jom tengok resipi ayam masak merah pulak..

RESEPI AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam – potong kecil, basuh bersih
  • 1-2 biji bawang besar (besar)*
  • Beberapa ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 3-4 senduk cili kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 biji tomato
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 5 buah pelaga
  • Garam dan gula secukupnya

Kisar semua bahan bertanda *

CARA-CARA

1. Goreng Ayam

Gaulkan ayam dengan garam, kunyit. Panaskan kuali, letak minyak dan goreng ayam. Tak perlu garing sangat sebab nanti nak campu dalam kuah dia.

2. Tumis Rempah & Bahan Kisar

Kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar & tumis sampai garing.

3. Masukkan Cili Kisar

Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.

4. Perasakan

Akhir sekali masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali.

Letak garam sikit. Lepastu bolehlah masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Campurkan semua dan gaul sebati.

Siap!




 




10 Comments

  1. alhamdulillah berjaya juga buat.
    mcm ni la bila 1st time buat, kdg2 tak jadi, tapi seronok bila buat lagi dan lagi dan berjaya. yeay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la..alhamdulillah..menjadi yang kali ke-2..tapi membazir la yang 1st round punya..terpaksa buang..

      Delete
  2. Alhamdulillah
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  3. Pertama kali masak biasa lah kak..nanti dah selalu masak ok lah..bila masak mcm nie air jangan ikut sukatan biasa sebab campur susu cair nanti akak jadi lebih air..kurang kan sedikit sahaja air lepastu susu cair masuk pon sikit jangan semua sekali..

    ReplyDelete
  4. Biasa la tu kan kalau pertama kali pula dalam bulan puasa memang mencabar..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..berjaya juga hehe. Kita pun camni juga dulu tapi bila dah 2/3 kali buat dah boleh bajet la

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, menjadi tu. Susah juga buat nasi tomato ni. leceh kan.

    ReplyDelete