resepi masalodeh simple,cara buat masalodeh,masalodeh

Tadaaa.. Masalodeh homemade gituuu..Dulu k.fiezz pernah cuba buat masalodeh ni tapi tak jadi..haha..Masa bentukkan okey lagi..Sekali masuk dalam kuali, tu diaaa lerai hancur..haha..sehancur hatiku tengok rupa dia yang lerai dalam minyak..

Lepas tu tak buat lagi dah. Serik weii. Membazir pun iya juga. Membazir bahan-bahan mentah, minyak. haih. sayang tengok berbuang dalam tong sampah tau. 

Baru-baru ni ternampak salah sorang kawan facebook k.fiezz berkongsi resipi masalodeh simple ni. Simple?Betul ke simple..Yup, sebab k.fiezz tengok cara buat masalodeh ikut resipi tu macam simple je. Jom lah cuba. 

So percubaan kali ke-2. Menjadi ke idak..Jom check it out..Debor tau nak buat ni. Masa nak bentukkan tu tak ada masalah, dah masuk dalam minyak tu nanti yang nak tahu macamana ke ghupe dia. Lerai ke tidak?

dan tadaaa...bawah ni gambar masalodeh yang k.fiezz buat dah masuk dalam minyak yang betul-betul panas. 

resepi masalodeh simple,cara buat masalodeh,masalodeh

Lerai tak?Macam tak kan..hehe..

resepi masalodeh simple,cara buat masalodeh,masalodeh

Dan hasil selepas di goreng. Bentuk tak berapa nak comel macam sebelum digoreng tapi yang penting masih nampak bentuk dia tu, kan..hehe..

Sebab menjadi percubaan kali ke-2 masalodeh ni so tepek lah cara buat masalodeh kat sini. Nanti boleh rujuk lagi..hehe..


Bahan-Bahan - 

Bahan A 
  • Kacang Dhal (Basuh & Rendam semalaman) *Toskan air sehingga kering & kisar kering guna blender kecil [untuk kisar kering]

  • Bawang Besar *Dihiris halus

  • Cili Kering *Digunting kecil

  • Daun Kari 

    *Dihiris halus

  • Cili Hijau (1) *Dihiris halus

Bahan B
  • Jintan Manis (1/2 - 1 Sudu)
  • Halia
  • Bawang Putih 
Bahan B ditumbuk / kisar kering
  • Garam & Gula secukup rasa

Cara Masak - 

1) Kisar kacang dhal yang telah ditoskan dengan blender kering (jenis kecil). Kemudian masukkan dalam bekas.

2) Dalam bekas yang ada kacang dhal tadi, letakkan semua bahan  A & B (bawang, daun kari, cili kering, cili hijau,  jintan manis, halia, bawang putih, garam, gula). Gaul  sehingga sebati dan boleh dibentukkan.

3) Bentukkan masalodeh (k.fiezz guna senduk kecil yang buat air). Masukkan dalam senduk & mampatkan dengan adunan. Buat satu per satu sehingga semua siap.

4) Panaskan minyak (Pastikan minyak cukup & betul-betul panas untuk menggoreng supaya masalodeh tidak lerai/hancur dan cepat keras).

**K.fiezz guna separuh peket kacang dhal, dapat 15 ketul masalodeh**


Komen mr hubby - sedap.. wah..kembang muntot sis..hehe..

Simple kan cara buat masalodeh ikut resipi ni. Untuk k.fiezz simple. Yang penting menjadi. Hehe. Kalau korang nak cuba buat masalodeh & peminat masalodeh. Boleh cuba resipi masalodeh simple ni. Selalu masalodeh ni boleh beli kat kedai mamak. Tapi ni tengah PKP, semua TUTUP..Jadi kita buat lah sendiri. Puas hati..



7 Comments

  1. Sedapnya ...terus rindu nak makan masalodeh ada ada area Brickfield tu..selalu beli ...

    ReplyDelete
  2. sdap ni..thanks sharing resepi..:)

    ReplyDelete
  3. kuih ni adik kite pndai sgt buat dan memang sedap ^_^

    ReplyDelete
  4. sounds familiar tp rasanya x pernah try pun

    ReplyDelete
  5. Terbayang terasa terus di dalam mulut ini 😁

    ReplyDelete
  6. ohhh,pernah makan kuih ni. Kat gerai India nun dulu makan. Baru tau nama melayu kuih ni.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. SS pun mmg dah lama teringin nak buat tapi tak buat2 jugak ni... tengok resepi mcm senang je. bila baca entry kak fiez ni baru sedar kalau tak kena cara mmg jadi lerai dan tips nya minyak yang cukup dan betul2 panas ye. Tq kak fiez utk tips ni..

    ReplyDelete